Amir Abdelkader ibn Muhieddine (6 September 1808 - 26 Mei 1883; Arab: عبد القادر ابن محيي الدين, rumi: ʿAbdu al-Qādir ibn Muḥyi id-dīn) atau juga dikenali sebagai Abdelkader El Hassani El Djazairi adalah seorang cendekiawan, ahli sufi dan panglima tentera Algeria yang memimpin perjuangan menentang penaklukan kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-19. Beliau berjaya menyatukan suku-sakat tanahnya bertahun-tahun berjaya memerangi kuasa Perancis yang pada ketika itu salah satu tentera paling maju di Eropah.[2] Beliau menawan perhatian sedunia kerana tindakan kemanusiaannya membantu masyarakat Kristian Damsyik yang terjejas akibat rusuhan oleh kaum Duruzi tahun 1860.

Amir
Abdelkader El Djezaïri
عـبـد الـقـادر الـجـزائـري
Fotograf tangkapan Étienne Carjat in 1865
Nama asalعبد القادر ابن محيي الدين
Nama lahirAbdelkader ibn Muhieddine al-Hasani-
Kelahiran(1808-09-06)6 September 1808
Guetna, Algeria Uthmaniyah
Meninggal dunia26 Mei 1883(1883-05-26) (umur 74)
Damsyik, Syria Uthmaniyah[1]
DisemadikanEl Alia
PangkatAmir
PertempuranPertempuran Macta
Pertempuran Sig
Pertempuran Sidi-Brahim
Pertempuran Oued Aslaf
Pertempuran Agueddin
AnugerahLégion d'honneur (Grand-Croix)
Darjah Pius IX
Pangkat Pertama Darjahe Medjidie
Order of the Redeemer (Grand Cross)

Di Algeria, usahanya untuk menyatukan negara itu melawan penjajah Perancis disanjung dengan perbandingan seakan Jugurtha, raja Numidia yang terkenal, kemampuannya untuk menggabungkan kuasa agama dan politik telah menyebabkan dia diakui sebagai "Wali segala Putera, Putera segala Wali".[3] Beliau turut mendapat akuan orang Eropah yang kagum[4][5] dengan keperibadian dan sifat murah hati serta simpati kepada tawanan perang.[6]

Awal hidup sunting

Abdelkader dilahirkan berhampiran bandar Muaskar pada tahun 1808.[7] Keluarganya merupakan ulama asal Rif.[8] Ayahnya, Muhieddine (atau "Muhyi ad-Din") al-Hasani adalah seorang guru agama sebuah sekolah tarekat Islam Qadiriyah;[9] beliau turut mengaku keturunan dari Hassan cucunda nabi Muhammad melalui dinasti Idrisiyah[10] lalu bergelar seorang syarif ("Syarif al-Hassani"), anaknya mewarisi gelaran demikian.[9] Beliau dibesarkan di sekolah madrasah ayahnya masa kecil.

Beliau mahir dididik mempelajari ilmu aqidah, fekah dan nahu saraf. Beliau berjaya menghafal semua surah Al-Quran pada usia 14 tahun sehingga bergelar ḥāfiẓ; setahun beliau melanjutkan pelajaran ini ke Oran untuk melanjutkan pelajaran.[9] Beliau juga seorang pemidato dan penyajak yang handal.[1] Beliau menunaikan haji di Mekah bersama ayahnya pada 1825.

Melawan penentangan Perancis sunting

Pada tahun 1830, Algeria mula dijajah Perancis menambil peluang dari banyak pemberontakan ke atas penguasaan Uthmaniyyah berlaku sepanjang awal abad ke-19, orang Algeria sama sekali tidak dapat menentang Perancis. Ketika Tentera Afrika Perancis sampai di Oran pada Januari 1831, ayah Abdelkader diminta orang sekampungnya untuk memimpin kempen penentangan terhadap mereka.[1] Maka, Muhieddine mula mengisytiharkan jihad ke atas pihak Perancis, dua anak-beranak ini terlibat dalam serangan awal di bawah tembok kota.[9]

 
Bendera kerajaan dipegang beliau sebagai Amir Muaskar

Anak Muhieddin, Abdelkader dilantik sebagai Amir al-Mu'minin di Masjid Agung Muaskar pada musim luruh tahun 1832 apabila ayahnya menolak kedudukan tersebut dengan alasan dia terlalu tua. Dalam masa setahun pemerintahannya, beliau berjaya merunding dan menyatukan suku-sukat di wilayah berdamai dalam pengaruhnya yang kini meliputi seluruh wilayah Oran. [9] Ketua komando Perancis tempatan, Jenderal Louis Alexis Desmichels, melihat Abdelkader sebagai wakil utama kawasan itu semasa rundingan damai, dan pada tahun 1834 mereka menandatangani Perjanjian Desmichels, yang menyerahkan hampir keseluruhan kawalan Provinsi Oran kepada Abdelkader. [1] Bagi orang Perancis, ini adalah cara untuk mewujudkan perdamaian di rantau ini sementara juga mengekang Abdelkader ke barat; tetapi statusnya sebagai penandatangan bersama juga banyak meningkatkan dirinya di mata orang Barbar/Amazigh dan orang Perancis. [9]

Penyerahan diri dan pembuangan negeri sunting

Pada 21 Disember 1847, Abdelkader menyerah kepada Jenderal Louis Juchault de Lamoricière sebagai janji bahawa dia akan dibenarkan pergi ke Iskandariah atau Akka.[1] Permintaannya dikabulkan dua hari kemudian di mana beliau diserahkan kepada Gabenor Jeneral Perancis, Algeria, Henri d'Orléans Duc d'Aumale sambil kuda perang beliau diserahkan kepadanya.[11] Namun, di tengah jalan akhirnya, pemerintah Perancis enggan menerima janji Lamoricière: di mana Abdelkader sebaliknya dihantar ke Perancis.[1][11]

Dengan naiknya Louis-Napoleon Bonaparte sebagai presiden berikutan Revolusi 1848 yang berlansung semasa pemenjaraan Abdelkader, Louis memulakan dasar-dasar yang membezakan diri dengan rejim sebelumnya:[11] Abdelkader dibebaskan pada 16 Oktober 1852 dengan pencen tahunan sebanyak 100,000 franc[12] sambil beliau berikrar bersumpah tidak akan mengganggu Algeria lagi. Abdelkader kemudian tinggal di Bursa (kini di Turki) sebelum berpindah ke Damsyik tahun 1855. Ketika waktu inilah beliau mengabdikan diri menulis mengenai teologi dan falsafah, beliau menyusun kitab falsafah Dzikr il-`Āqil wa Tanbiyah al-Ghāfil (ذكرى العاقل وتنبيه الغافل‎, "Peringatan kepada yang Berakal, Pemberitahuan kepada yang Lalai"), diterbitkan pada tahun 1858.[1]

Kerja kemanusiaan sunting

Semasa konflik kaum Damsyik 1860 sunting

Pada bulan Julai 1860, suatu konflik antara kaum-kaum Duruzi dan Maruni di Gunung Lubnan merebak ke Damsyik, di mana masyarakat Duruzi setempat di kota ini mula menyerang kawasan petempatan orang Kristian mengorbankan lebih 3,000 orang. Abdelkader sebelum ini telah memberi amaran kepada konsul perancis serta Majlis Damsyik yang telah berlaku keganasan; ketika ia akhirnya meletus, dia memeberi perlindungan kepada sejumlah besar orang Kristian, termasuk ketu beberapa konsulat asing dan juga kumpulan agama seperti Sisters of Mercy di kediamannya[13] sambil menghantarkan anak-anaknya dengan bantuan perlindungan kepada mana-mana orang Kristian yang diancam. Abdelkader dikatakan banyak orang yang selamat berperanan penting menyelamatkan mereka dengan jayanya. Laporan mengenai konflik ini turut menyatakan perkara sama.

Atas pengetahuan yang dikhabarkan ini, Abdulkader mendapat penghargaan banyak pihak antarabangsa. Darjah-darjah kehormatan dari Yunani, Turki Uthmaniyah dan pihak Takhta Suci dikurniakan kepadanya.[13] Presiden Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat menghadiahkan sepasang pistol bertatah (sekarang dipamerkan di muzium Algiers). Pemerintah Perancis terutamanya memberi penghargaan tinggi atas kesudiannya membela masyarakat Kristian dianiaya sehingga beliau dianggap "sahabat" kepada bangsa Perancis sendiri;[14][15][16][17][18][19][20] beliau dinaikkan pencennya kepada 150,000 franc serta diberikan darjah Grand-Croix de Légion d'honneur sebagai tanda penghargaan.[12]

Kematian sunting

Abdelkader meninggal dunia di Damsyik pada 26 Mei 1883 dan dikebumikan berdekatan makam Ibn Arabi. Mayatnya ditemui semula pada tahun 1965 dan kini berada di Tanah Perkuburan El Alia Algiers meskipun melanggar permintaan Abdelkader sendiri.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Abdelkader". Encyclopædia Britannica. I (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica, Inc. 2010. m/s. 18–19. ISBN 978-1-59339-837-8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EB" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Brower, Benjamin Claude (1 Jan 2011). "The Amîr ʿAbd Al-Qâdir and the "Good War" in Algeria, 1832-1847". Studia Islamica. 106 (2): 169–195. doi:10.1163/19585705-12341257. ISSN 1958-5705. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jan 2021. Dicapai pada 19 Jan 2021.
  3. ^ Bouyerdene 2012, chapter 3
  4. ^ Dinesen
  5. ^ Bouyerdene, p45-47 "scrupulous respect for the law, the foundation of which is humanity and justice"
  6. ^ Charles Henry Churchill, Life of Abd el-Kader: Ex-Sultan of the Arabs of Algeria, 1887
  7. ^ Most modern sources give 6 September 1808; but the precise date is not clear. The earliest Arabic sources note his birth as taking place variously between 1221 and 1223 anno hegirae (i.e. AD 1806-1808), with biographical works written by his sons specifying Rajab 1222. For a full discussion of the problem, see Bouyerdene 2012, ch.1 note 14.
  8. ^ "Abd el-Kader". Encyclopédie Larousse (dalam bahasa Perancis). n.d.
  9. ^ a b c d e f Ahmed Bouyerdene, Emir Abd el-Kader: Hero and Saint of Islam, trans. Gustavo Polit, World Wisdom 2012
  10. ^ Par Société languedocienne de géographie, Université de Montpellier. Institut de géographie, Centre national de la recherche scientifique (France) Publié par Secrétariat de la Société languedocienne de géographie, 1881. Notes sur l'article: v. 4, page 517
  11. ^ a b c Bouyerdene 2012, chapter 4
  12. ^ a b J. Ruedy, Modern Algiera: The Origins and Development of a Nation, (Bloomington, 2005), p. 65; Chateaux of the Loire (Casa Editrice Bonechi, 2007) p10.
  13. ^ a b Bouyerdene 2012, chapter 5
  14. ^ "[Les nationalistes] refusent de reconnaitre le rôle d'ami de la France joué par l'émir à Damas sous le Second Empire. En 1860, en effet, Abd-el-Kader intervint pour protéger les chrétiens lors des massacres de Syrie, ce qui lui valut d'être fait grand-croix de la Légion d'honneur par Napoléon III", Jean-Charles Jauffret [fr], La Guerre d'Algérie par les documents, Volume 2, Service historique de l'Armée de terre, 1998, p.174 (ISBN 2863231138)
  15. ^ "Notre ancien adversaire en Algérie était devenu un loyal ami de la France, et personne n'ignore que son concours nous a été précieux dans les circonstances difficiles" in Archives diplomatiques: recueil mensuel de diplomatie, d'histoire et de droit international, Numéros 3 à 4, Amyot, 1877, p.384
  16. ^ "Commander of the Faithful: The Life and Times of Emir Abd el-Kader, A Story of True Jihad". Middle East Policy Council.
  17. ^ John W. Kiser, Commander of the Faithful, the Life and Times of Emir Abd El-Kader: A Story of True Jihad, Monkfish Book Publishing Company, 2008
  18. ^ N. Achrati, Following the Leader: A History and Evolution of the Amir ‘Abd al-Qadir al-Jazairi as Symbol,The Journal of North African Studies Volume 12, Issue 2, 2007 : "The French continued to pay his pension and monitor his activities, and 'Abd al-Qadir remained a self-declared 'friend of France' until his death in 1883."
  19. ^ Louis Lataillade, Abd el-Kader, adversaire et ami de la France, Pygmalion, 1984, ISBN 2857041705
  20. ^ Priestley, Herbert Ingram (1938). France Overseas: A Study Of Modern Imperialism, 1938. Octagon Books. m/s. 40. ISBN 978-0-7146-1024-5. [Abdelkader was] transferred to Damascus by Napoleon III. There he became a friend of France, saving twelve thousand Christians from the Turks at the time of the massacres in Damascus, and refused to ally himself with the insurgents in Algeria in 1870.