Noorakma binti Yunus (lahir 9 Jun 1969) atau lebih dikenali sebagai Emma Akma adalah pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3][4][5] Selain berlakon, Emma juga pernah mempunyai sebuah Production House iaitu Silver28 Production dan telah menerbitkan sebuah drama berjudul Dia Penari Dangdut pada tahun 1997. Selain itu beliau juga pernah mempunyai agensi modelling iaitu Sinar Gemilang Entertainment yang beroperasi sejak pertengahan tahun 2000.Beliau memberi peluang dan laluan kepada anak anak tempatan dengan melatih mereka selok belok model dan juga mengasah bakat bakat baru dalam bidang lakonan. Selepas itu, pada tahun 2013 beliau menubuhkan syarikat Event Management, iaitu Emma Akma Entertainment yang beroperasi sehingga kini. Belia juga pernah memegang gelaran Ratu Cantik dalam beberapa pertandingan dari tahun 1994 sehingga tahun 2000. Berbekalkan kecantikan semula jadi, beliau kerap kali dilantik menjadi Duta Duta Produk.

Emma Akma
Kelahiran
Noorakma binti Yunus

(1969-06-09) 9 Jun 1969 (umur 54)
Nama lainEmma Akma
Pasanganselamat diijabkabulkan bersama pasangan, Rnas Razaq pada pagi Jumaat 31 Mei 2019(3hari sebelum Hari Raya) ()

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Biasan Sandosh Kesavan Filem pertama

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2023 Kampung Ke Mak Yang Guru Astro First
2002 Mimpi Ella VCD
2013 Kawan TV2
Coklat Maraton TV3
2019 Dia Tak Berdosa TV1

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Kisah Benar (Musim 18) Zarina TV3 Episod: "Nombor Palsu"
2001 Kisah Benar (Musim 20) Setiausaha syarikat jualan langsung Episod: "Bekerja Sambilan di Rumah"
2002 Tegak Tak Bertiang TV1
Kisah Benar (Musim 21) Maznah TV3 Episod: "Api Dalam Sekam"
2006 Janji Diana Datin Suhana TV2
2008-2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Peranan ulangan
2009 Gerak Khas (Musim 11) Episod: "Saksi"
2010 Hani TV3
2011 Vanila Coklat Datin Dalila TV3 Slot Lestary
Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Muslihat"
2013 Kampung Girl Mazlin TV3 Slot Zehra
Tanah Kubur (Musim 8) Astro Oasis Episod: "Bahana Facebook"
Janji Adam Fatimah TV3 Slot Azalea
2014 Tuan Rumah Pembantu Rumah Puan Syafiqa Slot Dramedi
Fajar Aiman Mariah Slot Azalea
Ride Ibu Pajai TV9 Slot Aurora
2015 Selipar Jepun Stiletto Merah Hypp Sensasi
Tabir Zulaikha Wan Rozita TV3 Slot Samarinda
Mencintaimu Slot Akasia
Wadi Dr. Laila
2016 Cinta Teruna Kimchi Hajjah Hayati Slot Zehra
Satu Cinta Yati TV1 Slot Widuri
2017 Sape Dari Itali TV2 Slot Selekta Prima
Dekatkan Jarak Kita Zainab TV3 Slot Samarinda
2020 Gerak Khas The Finale Siti Episod: "Peluru Sesat"

Rujukan sunting

  1. ^ "Emma Akma sahkan sudah bercerai, hampir bunuh diri". Berita Harian. 16 Mac 2016.
  2. ^ "Emma Akma terus disihir, habis ribu ringgit berubat". Utusan Melayu. 5 Februari 2017.
  3. ^ "Bekas Suami Mahu Rujuk, Emma Akma Serik". mStar. 29 Mac 2016.
  4. ^ "Bekas dramatis jual pakaian, barangan milik sendiri". Berita Harian. 27 Disember 2016.
  5. ^ "Emma Akma - Watak dalam Mimpi mencabar". Utusan Melayu. 10 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-23. Dicapai pada 2019-01-23.

Pautan luar sunting