Emma Watson

Pelakon Inggeris

Emma Charlotte Duerre Watson (lahir 15 April 1990) ialah pelakon British yang terkenal dengan lakonannya sebagai Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter.

Emma Watson
Emma Watson
Kelahiran
Emma Charlotte Duerre Watson

(1990-04-15) 15 April 1990 (umur 34)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini
Laman web rasmiwww.emmawatson.com

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Emma Watson merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada Chris dan Jacqueline Watson, peguam yang kini bercerai. Adik lelakinya bernama Alex. Sebagai gadis muda, Watson tinggal bersama keluarganya di Oxford, England dan di Paris, Perancis. Dia menghadiri The Dragon School, Sekolah Persediaan terkenal di Oxford.

Sebelum berlakon dalam filem Harry Potter, pengalaman berlakon Watson terhad, hanya peranan kecil dalam lakonan sekolah termasuk Arthur: The Young Years dan The Happy Prince. Aktiviti sekolah lain termasuk Daisy Pratt Poetry Competition. Pada usia tujuh tahun, dia memenangi tempat pertama bagi usianya.

Pada Mei 2010, Emma dikatakan mendapat tawaran sebagai pelakon utama untuk filem The perks of Being a Wallflower dan bermula pada tahun 2011 filem itu mulakan penggambaran dan disiarkan di layar perak pada tahun 2012. Beliau juga berlakon didalam pelbagai filem seperti the Bling Ring (2013), This is The End (2013), Noah (2014), dan banyak lagi. Pada Oktober 2013, beliau telah dipilih sebagai “Women of the Year” oleh majalah GQ.

Dunia Permodelan

Pada tahun 2008, Akhbar British mengatakan Emma akan menggantikan Kiera Knightley sebagai wajah Chanel, tetapi kedua-dua belah pihak menafikan dakwaan tersebut. Pada Jun 2009, Emma telah menandatangani kontrak bersama Burberry sebagai duta fesyen tersebut bagi musim luruh/salji dan dia dikatakan menerima bayaran sebanyak enam angka. Beliau juga muncul sebagai wajah Burberry pada tahun 2010 sewaktu musim panas bersama abangnya, Alex. Pada bulan Februari, beliau memenangi anugerah Ikon Stail bagi majalah terkemuka British, Elle oleh Dame Vivienne Westwood. Emma Watson terus menjadi model berkaliber apabila menandatangani kontrak bersama syarikat kosmetik Lancome pada Mac 2011.

 
Emma Watson.

Pelajaran

Emma Watson bukanlah seorang artis yang hanya menjual wajah untuk berjaya, tetapi beliau merupakan salah seorang artis yang mementingkan pelajaran. Setelah tamat sekolah menengah, Emma memilih untuk menyambung pelajaran di University Brown yang terletak di Kepulauan Rhode. Tetapi, untuk menghabiskan pelajaran dengan kerjaya lakonan membuatkan Emma terpaksa menghentikan seketika pelajaran atas dasar tumpuan terhadap kerja yang banyak. Beliau juga menjadi pelajar sambilan di Worcester College, Oxford pada tahun 2011 sehingga tahun 2012. Emma sewaktu diwawancara oleh Ellen Degeneres, memberitahu bahawa beliau akan bergraduat dalam tempoh yang terdekat dan terpaksa mengambil masa yang agak lama iaitu 5 tahun lebih setahun daripada masa yang sepatutnya disebabkan kerjaya yang menganggu. Pada 25 Mei 2014, Emma mengumumkan di laman twitter beliau bahawa beliau sudah berjaya menghabiskan sarjana mudanya sambil mengeposkan gambar beliau sedang berkonvokesyen. Pada tahun 2013, beliau juga menjadi seorang pakar yoga dan meditasi. Beliau memberitahu majalah Elle Australia bahawa ketenangan diri hanya dapat dicapai apabila seseorang selesa dan tahu bagaimana mengawal perasaan dan beliau tidak boleh bergantung kepada sesuatu kawasan melainkan dirinya!

Kerja Kesukarelawan

Merupakan seorang yang peka terhadap isu semasa, Emma Watson telah mempromosikan betapa pentingnya pelajaran kepada warga Bangladesh dan Zambia ketika mengadakan lawatan di sana. Pada Julai 2014, beliau dilantik sebagai Duta Wanita oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu. Pada September tahun yang sama, beliau telah mendapat standing ovation (tepukan berdiri) setelah menyampaikan ucapan yang menekankan hak-hak wanita di ibu pejabat PBB bertempat di New York. Emma juga membantu kempen HeForShe iaitu kempan mengangkat hak wanita agar sama dengan lelaki. Pada bulan September 2014, Emma telah membuat lawatan rasmi sebagai duta wanita PBB di Uruguay dan menyampaikan ucapan tentang hak-hak wanita.

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Harry Potter and the Philosopher's Stone Hermione Granger
2002 Harry Potter and the Chamber of Secrets
2004 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
2005 Harry Potter and the Goblet of Fire
2007 Harry Potter and the Order of the Phoenix
Ballet Shoes Pauline Fossil Dibuat untuk BBC1
2008 The Tale of Despereaux Princess Pea Suara
2009 Harry Potter and the Half-Blood Prince Hermione Granger Dijadual keluar 17 July 2009.[1]
Napoleon and Betsy[2] Betsy Belum disahkan.
2010 Harry Potter and the Deathly Hallows - 1 Hermione Granger Dijadual keluar 19 November, 2010.[3].Penerbitan disahkan.
2011 Harry Potter and the Deathly Hallows - 2 Penerbitan disahkan.
My Week with Marilyn Lucy
2012 The Perks of Being a Wallflower Sam
2013 This Is the End Dirinya Sendiri
The Bling Ring Nicki Moore
2014 Noah Ila
2015 The Vicar of Dibley Reverend Iris Rancangan Television; episod: "The Bishop of Dibley"
Colonia Lena
Regression Angela Gray
2017 Beauty and the Beast Belle
The Circle Mae Holland
2019 Little Women Meg March

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Confirmed: HBP movie release date". MuggleNet. 2006-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-11. Dicapai pada 2007-07-13.
  2. ^ "Harry Potter Star Emma Watson To Replace Scarlett Johansson As Napoleon's Young Love: Report". MTV. 2008-04-18. Dicapai pada 2008-05-02.
  3. ^ "Release Date Set for Harry Potter 7: Part I". ComingSoon. 2008-04-25. Dicapai pada 2008-05-02.

Pautan luar sunting