Buka menu utama

Emmanuel Mayuka

Pemain bola sepak Zambia

Emmanuel Mayuka (lahir 21 November 1990) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Zambia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Inggeris, Southampton.

Emmanuel Mayuka
Emmanuel Mayuka.jpg
Mayuka bermain untuk Southampton pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuhEmmanuel Mayuka[1]
Tarikh lahir (1990-11-21) 21 November 1990 (umur 28)
Tempat lahirKabwe, Zambia
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniSouthampton
Nombor24
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2008Kabwe Warriors26(7)
2008–2010Maccabi Tel Aviv41(8)
2010–2012Young Boys62(20)
2012–Southampton16(0)
2013–2014Sochaux (pinjam)21(4)
Pasukan kebangsaan
2007–Zambia56(12)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17:17, 13 Januari 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Januari 2015

Karier kelabSunting

Dilahirkan di Kabwe, Mayuka memulakan kariernya di Zambia bersama Akademi Lusaka ketika berumur 11 tahun. Pada tahun 2007, dia menyertai Kabwe Warriors, salah satu kelab terbesar di Zambia. Dalam pasukan ini, dia menjaringkan 15 gol dalam 23 perlawanan. Dia kemudiannya dipilih untuk pasukan kebangsaan Zambia bawah-17.

Maccabi Tel AvivSunting

Pada bulan September, dia menyertai kelab Israel, Maccabi Tel Aviv. Sebelum menyertai Maccabi Tel Aviv, Mayuka hampir menyertai kelab Portugal, Porto, tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Apabila dia berpindah ke Maccabi Tel Aviv, Mayuka menyertai pasukan belia kelab itu dimana dia menjaringkan tiga gol. Pada bulan April 2010, Mayuka menyambung kontraknya bersama Maccabi Tel Aviv sehingga tahun 2014.

BSC Young BoysSunting

Pada 28 Mei 2010, ianya telah disahkan bahawa Mayuka telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Switzerland, BSC Young Boys dengan yuran perpindahan sebanyak $1.7j kepada Maccabi Tel Aviv sebagai pengganti untuk Seydou Doumbia, yang dijual kepada CSKA Moscow. Pada 1 Disember 2010, Mayuka menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liga Europa menentang Stuttgart dimana mereka menang 4–2. Pada 17 Februari 2011, Mayuka menjaringkan gol ke atas kelab Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dalam pusingan 32 terakhir Liga Europa untuk membantu kelabnya menang 2–1.

SouthamptonSunting

Pada 28 Ogos 2012, dia bersetuju untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton dengan kontrak selama lima tahun dan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.[3][4] Dia membuat penampilan sulungnya untuk The Saints ketika menentang Manchester United di Stadium St. Mary pada 2 September 2012, masuk sebagai pemain gantian.

Dia sekali lagi bermain sebagai pemain gantian ketika menang 4–1 ke atas Aston Villa. Pada 22 Disember 2012, dia berada dalam kesebelasan utama ketika kekalahan 1–0 kepada Sunderland sebelum dikeluarkan selepas 55 minit.

Gol kompetitif pertamanya untuk kelab itu datang ketika kemenangan 5–1 ke atas Barnsley dalam Piala Liga pada 27 Ogos 2013.[5]

Pada 2 September 2013, Mayuka menyertai kelab Ligue 1, Sochaux secara pinjaman semusim.[6]

Karier antarabangsaSunting

Mayuka membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam Piala COSAFA 2007, menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 3–0 ke atas Mozambique.[7] Mayuka menjaringkan gol pertama untuk Zambia dalam Piala Negara-Negara Afrika 2012 ketika menang ke atas Senegal. Dalam pertandingan yang sama, dia menjaringkan gol ke atas Libya di peringkat kumpulan, dan kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Ghana di peringkat separuh akhir. Dia kemudiannya bermain 120 minit ketika kemenangan Zambia ke atas Ivory Coast.[8]

Gol antarabangsaSunting

KejayaanSunting

KelabSunting

Maccabi Tel Aviv

Pasukan kebangsaanSunting

Zambia

IndividuSunting

  • Kasut Emas Piala Negara-Negara Afrika 2012

RujukanSunting

  1. ^ "Barclays Premier League: notification of shirt numbers" (PDF). Premier League. m/s. 16. Dicapai 16 August 2014. 
  2. ^ "Premier League Player Profile Emmanuel Mayuka". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Dicapai 12 January 2015. 
  3. ^ "Saints Make Mayuka Move". Saints FC. 28 August 2012. Dicapai 29 August 2012. 
  4. ^ "Emmanuel Mayuka signs for Southampton". BBC Sport. 28 August 2012. Dicapai 29 August 2012. 
  5. ^ "Barnsley 1 – 5 Southampton". BBC. 27 August 2013. Dicapai 27 August 2013. 
  6. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23931498
  7. ^ Emmanuel Mayuka unterschreibt bei YB
  8. ^ "Zambia shock the Black Stars". www.cafonline.com. 2 August 2012. Dicapai 29 August 2012. 

Pautan luarSunting

Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2008 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2010 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2012 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2013 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2015