Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia. Terletak di Negeri Terengganu, ia dibina merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Empangan Kenyir
[[Image:{{{image}}}|270px|{{{Empangan Kenyir}}}]]
Nama rasmi {{{official_name}}}
Menakung Sungai Kenyir
Lokasi Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Panjang 800 meter (2,625 ka)
Tinggi 150 meter (492 ka)
Tinggi {{{hydraulic_head}}}
Lebar (di dasar) {{{width}}}
Tarikh dibina 1978
Tarikh dibuka 1985
Kos pembinaan {{{cost}}}
Maklumat takungan
Dicipta {{{reservoir}}}
Kapasiti 13.6 km3 (3.3 bt3)
Kawasan tadahan 2,600 km2 (1,004 bt2)
Luas permukaan 370 km2 (143 bt2)
Power generation information
Turbin 4 x 100 MW
Kapasiti pemasangan {{{installed capacity}}}
Kapasiti maksima {{{max_capacity}}}
Penjanaan tahunan 1,600 GWh
Maklumat jambatan
Laluan {{{bridge_carries}}}
Lebar {{{bridge_width}}}
Kelegaan menegak
(tinggi kenderaan)
{{{bridge_clearance}}}
Trafik harian purata tahunan {{{bridge_traffic}}}
Tol {{{bridge_toll}}}
ID number {{{bridge_id}}}
Data geografi
{{{map_cue}}}
{{{map_text}}}
[[Image:{{{map_image}}}|{{{map_width}}}|]]
Koordinat {{{coordinates}}}
Diselenggara oleh {{{maint}}}
Tapak web {{{url}}}
{{{extra}}}

Pemeriksaan berkala secara bulanan dan audit integriti struktur setiap 6 bulan dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad manakala Penilaian Keselamatan Empangan oleh pakar empangan bebas dilaksanakan setiap 5 tahun mengikut garis panduan antarabangsa International Commission on Large Dam (ICOLD).[1]

Empangan Kenyir juga membantu menolak keluar air laut daripada memasuki kawasan loji rawatan air Syarikat Air Terengganu (SATU) semasa berlaku pasang besar dan seterusnya dapat mengelak rakyat Terengganu menerima air masin di rumah mereka.[2]

Sejarah sunting

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Sejak 2017, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi duta kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam membantu memberikan penjelasan tentang fungsi dan peranan sebenar Empangan Kenyir terutama pada musim banjir.[3]

Pada 26 hingga 29 September 2022, Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir pernah diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan agensi berkaitan menghadapi bencana berada pada tahap optimum.[4]

Stesen kuasa sunting

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Spesifikasi Empangan Kenyir sunting

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
    • Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
    • Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
  • Tandop – 4 petak.
  • Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    • 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.

Fakta menarik sunting

  • Empangan Kenyir adalah empangan terbesar di Semenanjung Malaysia kini.
  • Tasik Kenyir adalah tasik paling luas dengan isipadu terbesar di Semenanjung Malaysia.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting