Empangan hidroelektrik Mingachevir

Empangan hidroelektrik Mingachevir (Azeri: Mingəçevir Su Elektrik Stansiyası) ialah sebuah empangan hidroelektrik di Mingachevir, Azerbaijan. Iu ialah stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di Sungai Kura, serta Azerbaijan dan Kaukasus. Tujuan empangan adalah pengeluaran tenaga hidroelektrik dan simpanan air untuk pengairan. Ia telah dibina antara 1945 dan 1953 semasa era Soviet.[1]

Empangan hidroelektrik Mingachevir
Nama rasmi(Azeri: Mingəçevir Su Elektrik Stansiyası)
NegaraAzerbaijan
LokasiMingachevir
StatusDi bawah pembinaan
Pembinaan bermula1945
Tarikh pembukaan1954
PemilikAzərenerji
Empangan dan limpahan
Jenis empanganTanah
TampunganSungai Kura
Ketinggian80 m
Panjang1,550 m
Takungan
Jumlah muatan15.73 km3
Muatan aktif9 km3
Kawasan permukaan605 km2
Panjang maksimum70 km
Stesen janakuasa
NamaEmpangan hidroelektrik Mingachevir
PengendaliAzərenerji
Tarikh mula operasi1954
Turbin6 x 70 MW jenis Francis
Muatan dipasang420 MW

Empangan ini dibina daripada bahan tanah, panjangnya kira-kira 1,550 meter, dan tingginya 80 meter. Takungan adalah 605 kilometer persegi dan mampu menampung 15.73 kilometer padu air. Jumlah muatan kuasanya ialah 420 megawatt dan adalah stesen janakuasa hidro terbesar di Azerbaijan. 6 set janakuasa merangkumi 6 turbin jenis Francis dengan bersaiz 70 megawatt sebuah.[2]

Takungan Mingachevir

Rujukan sunting

  1. ^ "Energy production" (dalam bahasa Inggeris). AzerEnerji. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2015. Dicapai pada 12 Mac 2015.
  2. ^ "Hydroelectric Plants in the CIS - other countries" (dalam bahasa Inggeris). IndustCards. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2009. Dicapai pada 12 Mac 2015.