Empat Dara

lagu hasil nukilan Ahmad Yusoh serta iringan biola S

"Empat Dara" ialah lagu hasil nukilan Ahmad Yusoh serta iringan biola S. Baharom dan dipersembahkan oleh S. Radziah & Orkes Gambos Penambang. Lagu ini dikeluarkan oleh M.H.I. Records pada tahun 1966 melalui piring hitam.[1][2]

"Empat Dara"
Lagu oleh S. Radziah & Orkes Gambos Penambang
Sisi B"Belahan Dua Jiwa
(duet bersama Ahmad Yusoh)"
Dilancarkan1966
FormatPiring hitam
GenreIrama Malaysia
Panjang2:28
SyarikatM.H.I. Records
PengedarUniversal Music Group Sunting nilai ini di Wikidata
PenulisAhmad Yusoh
PenerbitS. Baharom
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Noraniza Idris telah merekodkan lagu "Empat Dara" untuk album ke-10nya, Iktiraf, yang dikeluarkan pada tahun hujung tahun 2000. Lagu ini juga turut ditutup oleh Sharifah Aini untuk jelajah orkestranya bersama RTM pada tahun 2017 dan Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana pada tahun 2020.

Versi Noraniza Idris

sunting
"Empat Dara"
Lagu oleh Noraniza Idris
daripada album Iktiraf
Dilancarkan27 November 2000
FormatCD, kaset
GenreIrama Malaysia
Panjang4:44
SyarikatSuria Records
PengedarUniversal Music Group  
PenerbitS. Atan
"Empat Dara" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

"Empat Dara" versi Noraniza Idris, disusun dan diterbitkan oleh S. Atan, dikeluarkan untuk album ke-10nya, Iktiraf pada 27 November 2000. Lagu versi Noraniza Idris ini tidak dikeluarkan sebagai single. Namun demikian, walaupun tidak dikeluarkan sebagai single, tetapi lagu tetap mendapat pengiktirafan dan perhatian kepada masyarakat tanah air. Lagu ini juga merupakan antara lagu popular yang pernah dikeluarkanya—Noraniza turut mengeluarkan muzik video untuk lagu tersebut.

Persembahan

sunting

Sepanjang tempoh lagu "Empat Dara" dikeluarkan, Noraniza tidak pernah sesekali mempersembahkan lagunya yang popular ini sehinggalah 13 Disember 2020, iaitu pada minggu akhir Gegar Vaganza musim yang ke-7. Sebagai penghargaan Noraniza kepada peminat-peminatnya yang sentiasa menyokongnya sejak awal kariernya, beliau akan mempersembahkan lagu ini buat kali pertama dan berduet bersama-sama Aishah di dalam minggu akhir Gegar Vaganza.

Format runut

sunting
No.TajukMasa
1."Empat Dara"4:44


Versi Sharifah Aini

sunting

"Empat Dara" versi Sharifah Aini ialah lagu yang dinyanyikan beliau semasa persembahan besar bersama Orkestra RTM pada tahun 2000 di Shah Alam. Lagu yang dinyanyi oleh beliau semasa konsert itu telah didendangkan oleh Sharifah sendiri dan digubalkan menjadi sebuah lagu dan kemudianya dikeluarkan sebagai album secara langsung yang bertajuk Seri Dewi Malam (Bersama Orkestra RTM).[3]

Format runut

sunting
No.TajukMasa
1."Empat Dara"4:25


Versi Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana

sunting
"Empat Dara 2020"
Single oleh Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana
Dilancarkan
  • 11 November 2020 (single)
  • 12 November 2020 (muzik video)
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreMuzik Malaysia  
Panjang2:34
SyarikatFaithful Music
PengedarUniversal Music Group  
Penulis
  • Atan Ahmad
  • Ahmad Jusoh
  • Faizal Tahir
  • Mage
  • Mike Chan
  • Mambang
Penerbit
  • Faizal Tahir
  • Adib Sin
  • Mike Chan
Kronologi Kronologi single Elly Mazlein
"
"Jeritan Hati"
(2017)
"
"Empat Dara 2020" "
"Dusta Cinta"
(2021)
"
Kronologi single Faizal Tahir
"Sad To Cry"
(2020)
"Empat Dara 2020"
(2020)
Kronologi single Zizi Kirana
"Khatulistiwa"
(2019)
"Empat Dara 2020"
(2020)
"Empat Dara 2020" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan rakaman

sunting

Semasa episod ke-6 untuk drama komedi yang sedang menjadi fenomena di Malaysia ketika itu ditayangkan, Kampung People 2, terdapat satu babak yang berdurasi 45 saat dimana Elly Mazlein ataupun yang memegang watak sebagai Mona di dalam drama tersebut, menyanyikan lagu Empat Dara untuk menunjukkan sebagai tanda expresi marah kepada ibunya (yang dilakonkan oleh Adibah Noor). Justeru, selepas sahaja daripada babak itu terdapat ramai penonton daripada drama tersebut meminta Elly untuk merekodkan lagu tersebut dalam sebuah lagu yang penuh.

Sebagai respon daripada permintaan daripada penggemar drama komedi tersebut, Elly telah memuat naik satu video yang hanya berdurasi 13 saat di laman Instagramnya dengan berkapsyenkan "...Ada siapa brani masuk??? Tag kak lina laju2 .. siapa yg paling buat hal,kak lina bagi hadiah RM100 .. yg pnting tiru sebijik hokeyyyyy...". Dengan serta merta, Elly telah mewujudkan satu tren yang dipanggil "#EmpatDaraChallenge" dan telah menjadi suatu fenomena di tanah air. Dengan wujudnya tren tersebut, terdapat banyak orang yang telah mengrespon permintaan Elly itu dengan membuat satu video dan meniru gaya tudung Elly yang dipakainya dalam drama komedi tersebut, antaranya ialah Achey Bocey, Acong Sweet Child, Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Zawari, Aznil Nawawi, Feeya Iskandar, Nabil Ahmad, Adibah Noor, Sherry Alhadad, PU Azman dan ramai lagi.

Muzik Video

sunting

Persembahan

sunting

Anugerah

sunting
Anugerah Tahun Kategori Keputusan Ruj.
Anugerah Muzik Digital ERA 2020 Lagu Viral ONZ Tercalon

Persembahan carta

sunting
Carta (2020—2021) Kedudukan
carta
Carta 20 (Terengganu FM)[4] 3
Carta 10 Hits (Selangor FM)[5] 3
Carta ERA 40 (ERA) 1
Carta Superlit 33 (RAKITA FM)[6] 1
Carta Lagu Popular (Melaka FM)[7] 1

Format runut

sunting
No.TajukMasa
1."Empat Dara 2020"2:34


Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 11 November 2020 Muat turun digital[8]
Penstriman digital[9]
Universal Music Sdn Bhd

Rujukan

sunting
  1. ^ "Orkes Gambos Penambang*, S. Radziah – Empat Dara". Discogs. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  2. ^ "S. Radziah - S. Radziah & Orkes Gambos Penambang (1968)". Muzik Nusantara. 15 November 2015. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  3. ^ Roslen Fadzil (21 November 2014). "Album konsert terakhir Kak Pah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  4. ^ "CARTA 20 TERENGGANU FM". Terengganu FM. Radio Televisyen Malaysia. 15 Januari 2021. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  5. ^ "CARTA 10 HITS Selangor FM". Selangor FM. Radio Televisyen Malaysia. 16 Januari 2021. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  6. ^ "CARTA SUPERLIT 33". RAKITA FM. Impact Integrated. 26 November 2020. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  7. ^ "CARTA LAGU POPULAR (KEDUDUKAN MINGGU KE-72)". Melaka FM. Radio Televisyen Malaysia. 26 November 2020. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  8. ^ "Empat Dar 2020 - single by Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana". iTunes (MY). Dicapai pada 11 Mac 2021.
  9. ^ "Empat Dara 2020, a song by Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana". Spotify. Dicapai pada 11 Mac 2021.