Empat Polis (Four Policemen) merujuk kepada sebuah majlis pasca perang yang terdiri daripada Pembesar Berempat (Big Four) yang mana Presiden A.S. Franklin D. Roosevelt mencadangkan sebagai penjamin keamanan dunia. Anggota Pembesar Berempat, dipanggil Empat Kuasa semasa Perang Dunia II, adalah empat Pihak Berikat utama: iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet dan Republik China. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dicetuskan oleh Roosevelt mengandungi tiga kumpulan: sebuah kumpulan eksekutif terdiri daripada Pembesar Berempat, sebuah kumpulan penguatkuasaan mengandungi empat negara kuasa besar yang sama bertindak sebagai Empat Polis atau Empat Sherif, dan sebuah perhimpunan antarabangsa yang mewakili negara-negara ahli PBB.[1]

Generalisimo Chiang Kai-shek, Franklin D. Roosevelt, dan Winston Churchill bertemu di Persidangan Kaherah pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II.

Empat Polis akan bertanggungjawab memelihara keamanan didalam lingkungan pengaruh mereka: Britain didalam empayarnya dan di Eropah Barat; Kesatuan Soviet di Eropah Timur dan daratan tengah Eurasia; China di Asia Timur dan Pasifik Barat; dan Amerika Syarikat di hemisfera Barat. Sebagai langkah pencegahan terhadap peperangan baru, negara-negara yang bukan Empat Polis harus dilucutkan senjata. Hanya Empat Polis akan dibenarkan memiliki apa-apa senjata yang lebih kuat daripada senapang.[2] Empat Polis mencapai kejayaan sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, tetapi kuasanya telah dikurangkan dengan ketara sebagai kompromi kepada kritikan antarabangsa.[3] Perancis kemudian ditambah sebagai anggota tetap kelima majlis keselamatan atas desakan Churchill.

Pembagian Dunia oleh Empat Kuasa


Lihat juga sunting

Petikan sunting

  1. ^ Hoopes & Brinkley 1997, m/s. 100.
  2. ^ Gaddis 1972, m/s. 25.
  3. ^ Gaddis 1972, m/s. 27.

Rujukan sunting

  • Bosco, David (2009). Five to Rule Them All: The UN Security Council and the Making of the Modern World. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-532876-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Dallek, Robert (1995). Franklin D. Roosevelt and American Foreign Policy, 1932–1945: With a New Afterword. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-982666-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gaddis, John Lewis (1972). The United States and the Origins of the Cold War, 1941–1947. Columbia University Press. ISBN 978-0-231-12239-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hoopes, Townsend; Brinkley, Douglas (1997). FDR and the Creation of the U.N. Yale University Press. ISBN 978-0-300-08553-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kimball, Warren F. (1991). The Juggler: Franklin Roosevelt as Wartime Statesman. Princeton University Press. ISBN 0-691-03730-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Welles, Sumner (1951). "Two Roosevelt Decisions: One Debit, One Credit". Foreign Affairs (29): 182–204.CS1 maint: ref=harv (link)
  • United States Department of State (1942). "Union of Soviet Socialist Republics". Foreign relations of the United States diplomatic papers, 1942. Europe Volume III. U.S. Government Printing Office. m/s. 406–771.CS1 maint: ref=harv (link)