Empayar Afrika Tengah

Empayar Afrika Tengah (Perancis: Empire centrafricain) merupakan sebuah negara yang didakwa sebagai "kerajaan berperlembagaan", tetapi sebaliknya sebuah negara beraja mutlak di bawah pemerintahan diktator ekaparti yang menggantikan Republik Afrika Tengah dan, seterusnya, digantikan oleh pemulihan Republik duluan. Empayar ini telah dibentuk oleh Jean-Bédel Bokassa, Presiden Republik, yang menggelarkan dirinya Maharaja Bokassa I pada 4 Julai 1976.

Empayar Afrika Tengah
Empire centrafricain
Bendera Central African Empire
Imperial coat of arms Central African Empire
Bendera Imperial coat of arms
Cogan kata"Zo À Yeke Zo"[1] (Bahasa Sango)
"Seorang manusia itu manusia"
Lagu kebangsaanLa Renaissance
The Renaissance
Lokasi Central African Empire
Ibu negaraBangui
Agama
Protestantisme (rasmi)
Gereja Katolik Rom (rasmi)
Islam Sunni (minoriti)
KerajaanRaja berperlembagaan (de jure)
Raja mutlak di bawah kediktatoran tentera (de facto)
Mata wangfranc Afrika Tengah

Bokassa cuba beralasan bahawa pembentukan empayar ini akan menjadikan kawasan Afrika Tengah "menonjol" dalam seluruh benua Afrika serta mendapatkan nama yang masyhur. Ramai yang menganggap Bokassa gila dengan tindakannya yang dilihat egois berlebih-lebihan seumpama Idi Amin.

Empayar ini digulingkan puak penyokong David Dacko dengan bantuan pihak tentera Perancis melalui suatu gerakan dipanggil Opération Barracuda yang berpusat dari negara Chad yang berjiranan[2] Penggulingan empayar ini dirasmikan melalui sebuah perisytiharan yang dibacakan pada jam 12:30 malam tanggal 21 September 1979. David Dacko kekal Presiden Republik ini sehingga beliau digulingkan pada 1 September tahun 1981 oleh Jeneral André Kolingba.

Rujukan sunting

  1. ^ Bradshaw, Richard and Juan Fandos-Rius, Historical Dictionary of the Central African Republic (2016), m/s. 168
  2. ^ Les diamants de la trahison, Jean-Barthélémy Bokassa, Pharos/Laffont, 2006