Empayar Habsyah (Amhara: የኢትዮጵያ ንጉሠ ነገሥት መንግሥተ, Mängəstä Ityop'p'ya), juga dikenal sebagai Abyssinia (berasal dari bahasa arab al-Habash),[4] adalah sebuah kerajaan yang merangkumi kawasan negara Habsyah kini. Ia bermula dengan wujudnya dinasti Sulaymani dari kira-kira tahun 1270 Masihi dan berlangsung hingga tahun 1974, saat dinasti ini digulingkan dalam suatu kudeta oleh pihak Derg.

Empayar Habsyah
የኢትዮጵያ ንጉሠ ነገሥት መንግሥተ (Amhara)
(Mängəstä Ityop'p'ya)
Bendera Ethiopia/Abyssinia
Coat of arms Ethiopia/Abyssinia
Bendera Coat of arms
Cogan kataItyopia tabetsih edewiha habe Igziabiher
ኢትዮጵያ ታበፅዕ እደዊሃ ሃበ እግዚአብሐር
"Habsyah menghulurkan tangannya kepada Tuhan"
Lagu kebangsaanItyopp'ya Hoy dess yibelish[1]
ኢትዮጵያ ሆይ ደስ ይበልሽ
"Berbahagialah wahai Habsyah"
Lokasi Ethiopia/Abyssinia
Ibu negaraUnspecified (1270–1635)
Gondar (1635–1855)
Magdala (1855–1868)
Mekele (1871–1885)
Addis Ababa (1886–1974)
Agama
Gereja Ortodoks Habsyi
KerajaanRaja mutlak[2]
Badan perundanganParlimen Empayar Habsyah[3]
Mata wang

Pada tahun 1974, negara ini merupakan hanya salah satu daripada tiga buah negara yang mempunyai Maharaja sebagai ketua negara bersama-sama dengan Jepun, yang masih mempunyai maharaja sebagai pemerintah nominal, dan Iran di bawah Wangsa Pahlavi. Ia adalah negara kedua terakhir di Afrika yang mempunyai Maharaja selain Empayar Afrika Tengah yang diketuai Maharaja Bokassa I antara 1976 dan 1979

Latar belakang sejarah sunting

Pemerintahan beraja Salomo sunting

Pada tahun 1270, dinasti Zagwe digulingkan oleh seorang raja yang mendakwa dirinya berketurunan nabi Sulaiman ("Salomo" dalam bahasanya) melalui Kerajaan Aksum.[5] Dinasti Salomo ditubuhkan dalam kalangan orang Habsyi yang memerintah sebahagian besar kawasan Habsyah secara terus-menerus dari tahun 1270 sehingga lewat abad ke-20. Sambil itu juga, kerajaan ini berjaya menangkis kuasa pengaruh luar seperti Itali, Turki Uthmaniyah dan Mesir sambil ia mewujudkan hubungan diplomatik mesra bersama sesetengah kuasa Eropah lainnya.

Zaman Hakim-Hakim (Zemene Mesafint) sunting

Dari tahun 1769 sehingga tahun 1855, empayar ini melalui suatu zaman di mana berlakunya pertelingkahan kuasa dalam kalangan ketua berpengaruh (ras) yang melebih maharaja sendiri yang yang hanya berdaulat di kota Gondar.

Zaman ini berakhir dengan naiknya kekuasaan Maharaja Tewodros II.

Kedatangan pengaruh Eropah ke Afrika sunting

Itali dalam keinginannya mendapatkan kuasa sewaktu Perebutan Afrika pada tahun 1880-an menyerang Ethiopia dan mengikuti berjaya penaklukan beberapa kawasan pantai, memaksa Perjanjian Wuchale ke atas Shewa lalu mewujudkan jajahan Eritrea yang berautonomi.

Perpincangan makna dalam kandungan Perjanjian Wuchale (antara bahasa Itali dan bahasa Amhara) menjadi titik konflik bagi kedua-dua pihak; Itali percaya bahawa mereka telah menawan Habsyah sebagai negeri naungan mereka, Habsyah membalas dengan menolak perjanjian ini pada tahun 1893. Pihak Itali berasa terhina akibat tindak balas ini lalu mengisytiharkan perang ke atas Habsyah pada tahun 1895. Itali dikalahkan dalam salah satu pertembungan dalam perang ini, Pertempuran Adwa, pada tahun 1896; maka Perjanjian Addis Ababa telah ditandatangani pada bulan Oktober yang menetapkan sempadan Eritrea daripada kawasan Habsyah dan memaksa Itali mengakui kemerdekaan Habsyah.

Kejatuhan monarki sunting

Pada 1974 sebuah kelompok befahaman Marxis–Lenin iaitu "Derg" pimpinan Mengistu Haile Mariam menggulingkan Haile Selassie dan menubuhkan negara komunis satu parti. Haile Selassie telah dipenjarakan dan mangkat dalam keadaan tidak jelas.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ethiopia (1930-1975)". 16 January 2013. Dicapai pada 14 September 2016.
  2. ^ Nathaniel T. Kenney (1965). "Ethiopian Adventure". National Geographic. 127: 555.
  3. ^ Perlembagaan Habsyah, 4 November 1955, Perkara 76 (source: Constitutions of Nations: Volume I, Africa by Amos Jenkins Peaslee)
  4. ^ E. A. Wallis Budge (1 August 2014). A History of Ethiopia: Volume I: Nubia and Abyssinia. Routledge. m/s. 7. ISBN 9781317649151.
  5. ^ Pankhurst, m/s. 45
  6. ^ Jack, Ian (2001). Necessary Journeys. Granta. m/s. 124. ISBN 978-1-929001-03-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Bibliografi sunting