Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran (secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli sejarah Barat.

Nama sunting

Perkataan Parsi telah lama digunakan oleh dunia Barat untuk memerihalkan negara Iran, penduduk-penduduk, dan empayar-empayar purbanya. Perkataan ini berasal daripada nama Yunani untuk provinsi kelautan Iran yang dipanggil Fars dalam bahasa Parsi moden, Pars dalam bahasa Parsi Zaman Pertengahan dan Pārsā dalam bahasa Parsi Kuno. Perkataan itu bermaksud "tiada cacat celanya". Persis ialah bentuk bahasa Greek untuk Pars, dan melalui perkataan bahasa Latin, Persia, negara-negara Eropah yang lain telah mengikut penggunaan perkataan itu untuk kawasan ini.

Kawasan ini merupakan teras Empayar Parsi yang asal. Kebanyakan orang asing merujuk kepada negara Iran sebagai Persia sehingga 21 Mac 1935 ketika Iran meminta komuniti antarabangsa secara rasmi untuk memanggil negaranya dengan nama asli; puak-puak Arya yang membentuk negara ini pada zaman Achaemenid menyatukan penara di kawasan itu dan memanggil negara mereka sebagai Iran pada penubuhannya. Pada tahun 1959, Shah Mohammad Reza Pahlavi mengumumkan bahawa penggunaan nama Parsi dan Iran boleh ditukar ganti.

Pautan luar sunting