Empayar Suci Rum (Bahasa Latin: Sacrum Romanum Imperium; Bahasa Jerman: Heiliges Römisches Reich disebut [ˌhaɪ̯lɪɡəs ˌʁøːmɪʃəs ˈʁaɪ̯ç]) ialah penyatuan tanah[1][2] yang wujud dari waktu pembangunannya pada Zaman Pertengahan sehingga kejatuhannya pada tahun 1806 selepas Peperangan Napoleon.[3]

Empayar Suci Rum
Sacrum Romanum Imperium
Heiliges Römisches Reich
Sacro Romano Impero
962–1806
Bendera Empayar Rom Suci
Jata Maximilian II Empayar Rom Suci
Helang Empayar Jata Maximilian II
Lagu kebangsaanGott erhalte Franz den Kaiser
Keluasan pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman moden.
Keluasan pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman moden.
Ibu negaraVienna (1440-1740)
Bahasa yang umum digunakanLatin, Jerman dll.
Agama
Katolik, Ajaran Luther
dan Calvin
KerajaanPergabungan feudal kerajaan pengundian Kerajaan campuran (sejak Pembaharuan Kemaharajaan)
Maharaja 
• 800 - 814
Charlemagne
• 1792 - 1806
Francis II
Badan perundanganMajlis Alam (Reichstag)
Sejarah 
• Charlemagne naik takhta
25 Disember 800
• Otto I naik takhta
2 Februari 962
25 September 1555
1648
12 Julai 1806 1806
Keluasan
• Jumlah
1,000,000 km2 (390,000 bt2)
Populasi
• Perkiraan 1700
25,000,000
Didahului oleh
Diganti oleh
Frank Tengah
Frank Timur
Persekutuan Switzerland Lama
Republik Belanda
Persekutuan Rhine
Empayar Austria
Empayar Perancis Pertama
Kerajaan Itali
Kerajaan Prusia
Belgium Syarikat
Liechtenstein
Negara Frisian Timur

Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rum yang berketurunan Jerman. Nama ini datang daripada kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rum dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci Tuhan dalam pengertian agama Kristian.

Ia adalah sebuah pentadbiran yang melingkungi Eropah Tengah, Eropah Barat, dan Eropah Selatan, dan merupakan kerajaan yang paling berkuasa di Eropah sejak pemerintahan Otto I. Ahli sejarah Andrew Holt mengatakan bahawa ia adalah "barangkali negara Eropah yang paling berkuasa pada Zaman Pertengahan".[4]

Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan asalnya iaitu Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157, Nama kerajaan tersebut dikembangkan menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanum daripada Bahasa Latin bermaksud 'yang berkaitan dengan Rom') pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi kerajaan tersebut menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ (Empayar Suci Rum bagi Bangsa Jerman).

Empayar Suci Rom dan negeri-negeri jajahannya.

Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah pada setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.

Maharaja Francis Kedua, Maharaja Rom Suci terakhir, sewaktu kemahkotaannya.

Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin keseimbangan dan penyelesaian perselisihan secara aman dengan pembendungan dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.

Kejatuhan sunting

 
Mahkota Maharaja

Bermula dari abad ke-18, kemampuan empayar ini untuk melindungi negeri-negeri dan jajahannya daripada politik penguasaan penguasa-penguasa sama ada dari dalam atau luar semakin berkurangan. Disebabkan kelemahan inilah berlaku kejatuhan empayar. Empayar ini terus kehilangan kuasanya selepas penaklukan langsung Napoleon dan penubuhan Konfederasi Rhein yang berlaku selepas itu. Empayar Rom Suci Bangsa Jerman dibubarkan pada 6 Ogos 1806 berikutan tindakan Maharaja Francis II menurunkan mahkota empayarnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Hardy 2018, m/s. 3.
  2. ^ Coy, Jason Philip; Marschke, Benjamin; Sabean, David Warren (1 October 2010). The Holy Roman Empire, Reconsidered (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 2. ISBN 978-1-84545-992-5. Dicapai pada 6 February 2022.
  3. ^ Encyclopædia Britannica Online
  4. ^ Holt, Andrew (5 June 2019). The World of the Crusades: A Daily Life Encyclopedia [2 volumes] (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 360. ISBN 978-1-4408-5462-0. Dicapai pada 6 February 2022.