Empu Prapañca
Empu Prapañca ialah pengarang puisi epik Nagarakretagama, yang ditulis dalam bahasa Jawa Lama. Ia menceritakan kisah Kerajaan Majapahit dan cerita-cerita kerajaan purba Hindu–Jawa yang lain. Sami Buddha Prapanca menulis babad ini dalam tahun 1365 (atau Tahun Saka 1287) sebagai madah kepada Hayam Wuruk, yang mengangkat Majapahit ke kemuncaknya.[1]