Burung Emu (Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli Australia yang terbesar, serta burung tak terbang yang kedua terbesar di dunia, iaitu selepas saudara ratitnya, burung unta. Burung ini juga merupakan ahli tunggal dalam genus Dromaius yang masih wujud. Subspesies Emu yang hidup di Tasmania telah pupus selepas penempatan orang Eropah di Australia pada tahun 1788; taburan subspesies di tanah besar Australia kini juga terjejas oleh kegiatan-kegiatan manusia.

Emu
Spesimen liar di tenggara Australia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Struthioniformes (atau Casuariiformes)
Keluarga:
Genus:
Spesies:
D. novaehollandiae
Nama binomial
Dromaius novaehollandiae
(Latham, 1790)[2]
Subspesies

D. novaehollandiae novaehollandiae (Latham, 1790)[3]
D. novaehollandiae woodwardi (Mathews, 1912) (dipertikaikan)[4]
D. novaehollandiae rothschildi (Mathews, 1912) (dipertikaikan),[4]
D. novaehollandiae diemenensis (Le Souef, 1907)[3]
D. novaehollandiae ater (Vieillot, 1817)[2]

Emu mendiami kawasan yang berwarna merah jambu.
Sinonim

Dromiceius novaehollandiae

egg of Dromaius novaehollandiae

Pada suatu ketika, banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia tetapi kini, burung ini jarang didapati di sana; sebaliknya perkembangan pertanian dan pembekalan air untuk ternakan di kawasan pedalaman benua ini telah menambahkan tempat kediaman burung Emu di kawasan-kawasan yang kering. Burung Emu masih banyak terdapat di tanah besar Australia, walaupun burung ini mengelakkan kawasan-kawasan yang penuh sesak atau terlalu kering, serta hutan-hutan padat.

Burung Emu mempunyai bulu lembut yang berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sebanyak dua meter dan berat sebanyak 45 kilogram. Burung ini ialah haiwan berkelana, dan boleh membuat perjalanan jarak panjang untuk mencari makanan yang termasuk berbagai-bagai tumbuhan dan serangga. Jika perlu, burung ini boleh mencapai 50 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk setakat masa. [2] Burung Emu diternakkan untuk daging, minyak, dan kulitnya.

  • Telurnya gelap hijau hitam
  • Bekerja sama walaupun binatang
  • Telur dieram oleh burung jantan.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IUCN tidak disediakan
  2. ^ a b c Davies, S.J.J.F. (2003). "Emus". Dalam Hutchins, Michael (penyunting). Grzimek's Animal Life Encyclopedia. 8 (ed. 2). Farmington Hills, MI: Gale Group. m/s. 83–87. ISBN 0-7876-5784-0. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Davies" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Brands, Sheila (14 August 2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Dromaius novaehollandiae". Project: The Taxonomicon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-10. Dicapai pada 4 February 2009.
  4. ^ a b "Names List for Dromaius novaehollandiae (Latham, 1790)". Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-14. Dicapai pada 3 November 2008.

Pautan luar sunting