Enam Dinasti

Laman nyahkekaburan

Enam Dinasti (Cina tradisional: 六朝; Pinyin: Liù Cháo) ialah kata nama kelompok untuk enam buah dinasti Cina semasa zaman-zaman Tiga Kerajaan (220-280), Dinasti Jin (265-420), dan Dinasti-dinasti Selatan dan Utara (420-589).

Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negara Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Zaman ini yang terus menyusuli kejatuhan Dinasti Han pada tahun 220 dicirikan sebagai zaman perpecahan, ketakstabilan, serta peperangan. Ia tamat apabila Maharaja Wen dari Sui menyatukan semula China Selatan dan Utara.

Istilah ini umumnya merujuk kepada dua buah kumpulan dinasti semasa zaman itu:

  • Enam buah dinasti dengan ibu kota di Jiankang (Nanjing masa kini); dan
  • Enam buah dinasti dengan jurai keturunan yang sah.

Enam Dinasti dengan ibu kota di Jiankang

sunting

Keenam-enam dinasti adalah yang seperti berikut:

  1. Wu Timur (222 - 280)
  2. Dinasti Jin Timur (265 - 420)
  3. Dinasti Song (420 - 479)
  4. Dinasti Qi (479 - 502)
  5. Dinasti Liang (502 -557)
  6. Dinasti Chen (557 -589)

Senarai ini berdasarkan negeri-negeri yang diasaskan di sebelah selatan Sungai Yangtze (Chang Jiang), dengan kesemua ibu kota terletak di Jiankang. Xu Song (许嵩, Xǔ Sōng) semasa Dinasti Tang menulis sebuah buku, Jiankang Shilu (建康实录, Jiànkāng Shílù), yang menghuraikan sejarah Jiankang dan pada masa yang sama, memberikan tatanama ini.

Enam Dinasti dengan jurai keturunan yang sah

sunting

Keenam-enam dinasti adalah yang seperti berikut:

  1. Cao Wei (220 - 265)
  2. Jin (265 - 420)
  3. Dinasti Song (420 - 479)
  4. Dinasti Qi (479 - 502)
  5. Dinasti Liang (502 -557)
  6. Dinasti Chen (557 -589)

Dalam bukunya Zizhi Tongjian, Sima Guang menggunakan nama zaman keenam-enam dinasti ini sebagai garis masa untuk menghuraikan zaman ini dalam sejarah. Orang-orang Cina yang kemudian memanggil zaman ini sebagai zaman Enam Dinasti, atau Dinasti-dinasti Selatan dan Utara Wei Jin (魏晋南北朝, Wèi Jìn NánběiCháo).

Lihat juga

sunting