Energy Star merupakan piawaian antarabangsa bagi peralatan elektrik yang cekap. Asalnya ia dibangunkan sebagai satu program kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1992, tetapi kemudiannya ia turut diguna pakai oleh negara-negara seperti Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Taiwan dan negara-negara Kesatuan Eropah. Peranti yang mempunyai label Energy Star, seperti perkakasan dan persisian komputer, peralatan dapur, bangunan serta peralatan lain, mampu menjimatkan sehingga purata 20%-30% berbanding peralatan elektrik lain yang sejenis.[1] Walau bagaimappun, kebanyakan peralatan yang mensasarkan pasaran Eropah menggunakan piawaian berbeza iaitu Pensijilan TCO, satu sistem penarafan penggunaan tenaga dan ergonomik oleh Konfederasi Pekerja Profesional Sweden (TCO) berbanding Energy Star.

Logo Energy Star pada peralatan yang menjimatkan tenaga elektrik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ {{Alena Tugend. "If Your Appliances Are Avocado, They're Probably not Green." New York Times. 10 May 2008. Accessed on 29 June 2008.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.