Nama Engku Husain sebenarnya ialah Engku Raja Husain. Engku Husain pernah menguasai kawasan Semenyih dan Beranang dalam negeri Selangor.

Di atas segala jasa, sebuah sekolah menengah di Semenyih telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain pada tahun 1975.

Perselisihan sempadan berlaku antara Negeri Sembilan dengan Selangor. Perjanjian dan penentuan sempadan dilakukan semula semasa Sultan Abdul Samad. Menerusi perjanjian ini, Lukut diserahkan kepada negeri Sembilan sementara Semenyih dan Beranang diserahkan kepada Negeri Selangor.

Ahli waris Sungai Ujong tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perjanjian ini yang dilakukan antara sultan. Waris Sungai Ujong tidak berupaya menuntut hak daripada kerajaan Selangor. Tidak banyak bukti yang telah ditinggalkan oleh Engku Raja Husain sebagai pengasas kawasan Semenyih kerana banyak barang atau harta peninggalannya telah hilang kerana pendudukan Jepun di Semenyih di Tanah Melayu.

Antara barang yang masih dalam simpanan waris Engku Raja Husain ialah dua cap mohor yang digunakan oleh Engku Raja Husain semasa menjadi penghulu Daerah Semenyih dahulu dan tiga pucuk meriam katak daripada jumlah keseluruhannya lima laras.

Kuasa ini lenyap ditelan arus sejarah apabila waris Sungai Ujong iaitu anak-anak Engku Raja Husain tidak berupaya menuntut hak daripada kerajaan Negeri Selangor di atas dua sebab utama:-

  • Perubahan sempadan negeri yang mengelirukan sehingga mukim Beranang dan Semenyih termasuk ke dalam pemerintahan negeri Selangor pada tahun 1883.

Pada tahun 1883, kerajaan Selangor telah mengambil Mukim Beranang. Ini dapat dibuktikan dari beberapa kenyataan bertulis yang disampaikan oleh "Sectretary of State" yang dihantar kepada Residen British Negeri Sembilan kepada Raja Aman yang bertarikh 30 Mei 1930 dan salinan surat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kepada Raja Aman.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.