Engku Ibrahim Engku Ngah

Y.M. Tan Sri Dato' Sri Engku Ibrahim Bin Engku Ngah (15 April 1932 — 11 Disember 2012) merupakan bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau berasal dari Besut, Terengganu Darul Iman.

Tan Sri Dato' Sri

Engku Ibrahim Engku Ngah

PSM, PNBS, DSAP, DPMS, DSDK, DSMT, PSD, AMP, PPC, PJK
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Dalam jawatan
1989–2011
Didahului olehDatuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof
A. Rahim bin Kassim (memangku)
Digantikan olehSyed Danial Syed Ahmad
Butiran peribadi
Lahir(1932-04-15)15 April 1932
Meninggal dunia11 Disember 2012(2012-12-11) (umur 80)
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Pasangan• Tengku Zahab Tengku Abdullah
• Tengku Kalsum Tengku Wuk Mahmud
Anak-anak• Engku Murad Engku Ibrahim
• Engku Lailani Engku Ibrahim
• Engku Haliza Engku Ibrahim
• Engku Abdul Rahman Engku Ibrahim
• Engku Abdul Rahim Engku Ibrahim
• Engku Ismail Engku Ibrahim
IbuAminah Abdul Rahman
BapaEngku Ngah

Setiap kali awal awal bulan Syawal serta Hari raya Haji, beliau akan muncul di kaca televisyen RTM dan TV3 untuk mengumumkan tarikh penting kepada rakyat Malaysia terutama umat Islam tentang bila permulaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam 11 Disember 2012. Ia disahkan oleh adik beliau Allahyarham Engku Taib. Jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu iaitu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Anugerah Tokoh Kemerdekaan Besut sunting

Pada 23 September 2011, beliau dan 13 anak kelahiran Besut, Terengganu menerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan sempena Program Semarak Merdeka peringkat daerah Besut 2011. Anak kelahiran Besut yang lain ialah Penasihat Khas (Felda) kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Rodzali Daud ; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Alias Daud; Pengarah Urusan Maswing Holding Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang ; Timbalan Pengerusi Paremba, Datuk Hassan Abas ; ahli politik veteran Datuk Abu Bakar Ahmad ; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah ; Pengarah bukan Eksekutif Amcorp Properties Berhad Datuk Che Md Nawawi Ismail ; bekas polis dan pejuang kemerderkaan Jannah Hassan ; pemenang tempat ketiga Tilawah Al-Quran Antarabangsa Nurusyahamah Taqiah Nurunnajmi ; dan penggiat seni Md Saupi Isa yang popular dengan watak Wok Yoh wayang kulit.[1]

Rujukan sunting