Buka menu utama

Epilepsi, Ayan atau Gila babi ialah penyakit saraf menahun yang menimbulkan serangan sawan mendadak berulang-ulang tak punca. Perkataan 'epilepsi' berasal daripada istilah bahasa Yunani ἐπιληψία (epilēpsía) yang bererti 'serangan'.

Epilepsi
Pengelasan dan sumber luaran
Data EEG menunjukkan serangan epilepsi
ICD-10G40.-G41.
ICD-9345
P. Data Penyakit4366
MedlinePlus000694
eMedicineneuro/415
MeSHD004827
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Punca epilepsiSunting

Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berpikir, dan pergerakan otot.

Pada pesakit Epilepsi, kadang-kala sinap-sinap, tidak berfungsi seperti sepatutnya. Hal ini dapat diakibatkan oleh berbagai unsur-unsur, antara lain; trauma kepala (pernah mengalami cedera di daerah kepala), tumor otak, dan lain sebagainya.

Umumnya Epilepsi mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dalam proses kelahiran, luka kepala, strok, tumor otak, alkohol, dadah dan sebagainya. Kadang-kadang, Epilepsi mungkin juga kerana genetika, Epilepsi bukan semestinya penyakit keturunan. Penyebab pastinya masih belum diketahui.

DiagnosisSunting

Hippocrates adalah orang pertama yang berhasil mengidentifikasikan gejala Epilepsi sebagai masalah pada otak, roh jahat, dan sebagainya. Seseorang dapat dinyatakan diderita Epilepsi jika orang tersebut telah mengalami kejang yang bukan disebabkan oleh alkohol dan tekanan darah yang sangat rendah. Alat bantu yang digunakan ialah:

  • MRI (Magnetic resonance imaging) Menggunakan magnet yang sangat kuat untuk mendapatkan gambaran dalam tubuh/otak seseorang. Tidak menggunakan Sinar-X. MRI lebih peka daripada CT Scan.
  • EEG (electroencephalography) alat untuk memeriksa gelombang otak.

PengubatanSunting

Berikut adalah nama-nama ubat yang selalu dipakai untuk menyembuhkan Epilepsi. Semua ubat harus dirujuk terlebih dahulu ke doktor.

Carbamazepine, Carbatrol, Clobazam, Clonazepam, Depakene, Depakote, Depakote ER, Diastat, Dilantin, Epilim, Felbatol, Frisium, Gabapentin, Gabitril, Keppra, Klonopin, Lamictal, Lyrica, Mysoline, Neurontin, Phenobarbital, Phenytek, Phenytoin, Sabril, Tegretol, Tegretol XR, Topamax, Trileptal, Valproic Acid, Zarontin, Zonegran, Zonisamide.

Selain dengan menggunakan ubat, epilepsi juga dapat dirawat dengan diet ketogenik.

Orang-orang terkenal dengan EpilepsiSunting

Pautan luarSunting