Epilog (album)

Album Pertama Liza Hanim

Epilog merupakan sebuah album sulung nyanyian penyanyi popular Malaysia, Liza Hanim yang diterbitkan pada hujung tahun 1997 ketika beliau berusia 18 tahun. Album ini mendapat sentuhan komposer terkenal Adnan Abu Hassan sebagai penerbit. Berkonsepkan pop akustik, album keluaran SRC yang mengandungi 10 buah lagu ini juga telah menjadi perhatian stesen-stesen radio dan bersaing bersama-sama artis ketika itu termasuk Siti Nurhaliza & saingan terdekatnya, Safura Yaacob yang juga masih baru seperti beliau.

Epilog
Album studio oleh
Dilancarkan pada25 Ogos 1997
Dirakamkan padaFebruari 1997 - Ogos 1997
StudioPRO Recording Studio
GenrePop Akustik
Panjang50:51
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
Metrotama Records (Indonesia)
PenerbitAdnan Abu Hassan, LY & Azmeer
Kronologi Liza Hanim
- Epilog
(1997)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
(1998)
Single daripada Epilog
  1. "Getaran Cinta Dijiwa"
    Dikeluarkan: 1997
  2. "Siapa Sangka Siapa Menduga"
    Dikeluarkan: 1997
  3. "Dunia Cinta"
    Dikeluarkan: 1998
  4. "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"
    Dikeluarkan: 1998
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang merupakan single pertama album ini pernah mencipta rekod sebagai lagu paling lama berada di dalam carta Muzik Muzik TV3 iaitu 56 minggu. Lagu ini juga melonjakkan nama Liza Hanim di persada seni sekaligus mara ke Juara Lagu 1998 bagi kategori Balada. Lagu-lagu lain yang popular adalah Siapa Sangka Siapa Menduga yang sering diputarkan di Radio Ria Singapura, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa juga sering dimainkan di Radio RFM ketika itu dan Dunia Cinta di Radio Muzik.

Lagu Menanti Kehadiran merupakan percubaan 2By2 setelah kejayaan mereka bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Mawarku, Tiga Malam & Gubahanku. Manakala lagu Jeritan Batinku merupakan cubaan Liza Hanim menyanyikan semula lagu nyanyian P. Ramlee dan hasilnya, album kedua Liza Hanim yang juga album tribute kepada P. Ramlee & Saloma, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti dipasarkan pada tahun 1998. Kesimpulannya, album Epilog adalah album terbaik yang pernah dirakamkan oleh Liza Hanim.

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Getaran Cinta Di Jiwa"Hani MJAdnan Abu Hassan5:38
2."Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"BaiduriLY5:28
3."Dunia Cinta"Hani MJHelen Yap4:40
4."Siapa Sangka Siapa Menduga"Lukhman SAzmeer5:01
5."Temanku Tersayang"Habsah HassanAdnan Abu Hassan5:12
6."Nilai Cintamu"BaiduriLY5:34
7."Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2) Zulkefli MajidZulkefli Majid4:53
8."Menjunjung Asmara"AzmiraAzmira4:30
9."Jeritan Batinku"S. SudarmajiP. Ramlee5:29
10."Mimpi Berulang Kembali"ShaharumShaharum4:21
Jumlah masa: 50:51


Keluaran dan sambutan sunting

Album ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal (CD, kaset) pada 28 Ogos 1997. Album ini mendapat maklum balas positif daripada pengkritik muzik tanah air. Album ini dilancarkan sembilan belas hari selepas Krisis Kewangan Asia 1997.

Epilog telah terjual melebihi 100, 000 unit dan telah diulang cetak berbanyak kali kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat. Suria Records juga telah mengeluarkan pelbagai versi alternatif album ini dengan kulit depan album berbeza mengikut peredaran masa. Album ini dikeluarkan dalam bentuk digital (muat turun digital) pada Januari 2013.

Bagi mempromosikan album ini, lagu Getaran Cinta Dijiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Dunia Cinta, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa dan Nilai Cintamu telah dikeluarkan sebagai single. Lagu Cintailah Aku Sepenuh Jiwa telah dipersembahkan oleh Liza Hanim semasa beliau membuat persembahan rancangan Temasya Aidilfitri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1998 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Album ini memiliki dua versi di mana versi kedua ialah keluaran pasaran Indonesia yang diberi judul Nilai Cinta. Suria Records telah bekerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, PT Suara Sentral Sejati untuk memasarkan album Nilai Cinta ke negara Indonesia pada June 1998. Album Nilai Cinta edaran pasaran Indonesia turut memiliki 10 senarai runut, namun lagu "Getaran Cinta Dijiwa" tidak di muat naik dalam versi tersebut tetapi digantikan dengan lagu "Nilai Cintamu" versi Indonesia. Nilai Cinta telah terjual sebanyak 10, 000 unit di Indonesia dalam masa lima bulan direkodkan.

Selepas album pertamanya, Liza Hanim terus bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan untuk merakamkan empat lagi album iaitu Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001)

Tenaga kerja sunting

  • Ariffin - unit promosi
  • Bard - pengurus promosi
  • LY - penerbit
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit, vokal
  • Joey - solekan
  • Hana - fotografi
  • Genesis Mastering Lab - adunan
  • Koh - jurutera

  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R
  • Azmeer - penerbit
  • Hani M.J. - penulis lirik
  • Baiduri - penulis lirik
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Rahayu - unit promosi
  • Riz - unit promosi
  • Shaharum - komposer,penulis lirik
  • Sabariah - unit promosi (Singapura)
  • Helen Yap - komposer
  • Vincent - jurutera
  • Wong - jurutera
  • Azmira - komposer,penulis lirik
  • Eddie Marzuki - Konsep Muzik
  • Cheras Perdana - studio rakaman

Kedudukan carta sunting

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1997

Getaran Cinta Dijiwa

- - - 1

Siapa Sangka Siapa Menduga

- - - 1

Dunia Cinta

- - - 2

Cintailah Aku Sepenuh Jiwa

- - - 3

Anugerah sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1998 Epilog Artis Baharu Wanita Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Getaran Cinta Dijiwa" Lagu Balada Terbaik Tercalon

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 25 Ogos 1997 CD, kaset Suria Records
Januari 2013 Muat turun digital
Indonesia Jun 1998 CD, kaset

Rujukan sunting