Era (geologi)

(Dilencongkan dari Era)

Dalam geologi, era adalah subbahagian waktu geologi yang membahagikan eon menjadi bahagian yang lebih kecil.[1] Eon Fanerozoik, yang kini sedang berlaku, dibahagi menjadi tiga era: Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik (bermaksud "hidup lama", "hidup pertengahan" dan "hidup baru"). Setiap era ini mewakili tahap utama dalam catatan fosil makroskop yang masing-masing dipisahkan oleh sempadan kepupusan: sempadan P-T antara Paleozoik dan Mesozoik dan sempadan K-T antara Mesozoik dan Senozoik.[2] Terdapat bukti-bukti bahawa hentaman meteor memainkan peranan dalam penentuan sempadan antara era.

Hadean, Arkean, dan Proterozoik sebelumnya digabungkan dalam eon Prakambria. Eon tersebut merangkumi empat bilion tahun dalam sejarah Bumi sebelum kemunculan haiwan bercangkerang keras. Kebelakangan ini, mereka telah ditetapkan menjadi eon sendiri dan masing-masing dibahagi menjadi beberapa era.

Era-era geologi dibahagikan lagi kepada zaman-zaman geologi, akan tetapi era-era di dalam Arkean masih belum lagi dibahagikan sebegini.[3]

Senarai era geologi dalam sejarah BumiSunting

Eon Era Tempoh masa(Ma = juta tahun dahulu)
Fanerozoik Senozoik 66 juta tahun dahulu hingga sekarang
Mesozoik 252.2 hingga 66 juta tahun dahulu
Paleozoik 541 hingga 252.2 juta tahun dahulu
Proterozoik Neoproterozoik 1,000 hingga 541 juta tahun dahulu
Mesoproterozoik 1,600 hingga 1,000 juta tahun dahulu
Paleoproterozoik 2,500 hingga 1,600 juta tahun dahulu
Arkean Neoarkean 2,800 hingga 2,500 juta tahun dahulu
Mesoarkean 3,200 hingga 2,800 juta tahun dahulu
Paleoarkean 3,600 hingga 3,200 juta tahun dahulu
Eoarkean 4,000 hingga 3,600 juta tahun dahulu
Hadean masih belum dibahagi Pembentukan Bumi hingga 4,000 juta tahun dahulu

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Chapter 9. Chronostratigraphic units". Stratigraphic guide. International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 2 August 2018.
  2. ^ Erwin D.H. (1994). "The Permo–Triassic Extinction" (PDF). Nature. 367: 231–236.
  3. ^ International Commission on Stratigraphy. "International Chronostratigraphic Chart v2018/07" (PDF). Dicapai pada 2 August 2018.

Templat:Chronology