Era (stesen radio)

(Dilencongkan dari Era FM)

ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] ialah sebuah stesen radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Stesen radio nombor 1 sebelum 2012 itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan 3 Pagi ERA).

ERA
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
SloganRentak Muzik Terkini (1998-2009)
Muzik Terkini (2009-2011)
Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)
Muzik Hit Terbaik (2012-2022)
Muzik Hit Terkini (2022-Kini)
Tarikh siaran pertama1 Jun 1996; 27 tahun yang lalu (1996-06-01) (Saluran Astro 856)
1 Januari 1997; 26 tahun yang lalu (1997-01-01) (Classic Rock)
1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01) (Era Semenanjung Malaysia)
25 Oktober 2010; 12 tahun yang lalu (2010-10-25) (Era Sarawak)
1 Disember 2010; 12 tahun yang lalu (2010-12-01) (Era Sabah)
26 April 2017; 6 tahun yang lalu (2017-04-26) (Era Sabah secara rasminya mula bersiaran 24 jam sehari)
24 Januari 2018; 5 tahun yang lalu (2018-01-24) (Era Sarawak secara rasminya mula bersiaran 24 jam sehari)
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM
(1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Maestra Broadcast Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/era
Tapak webera.syok.my

ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

ERA adalah radio yang pertama mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak 3 kali sejak 1998 hingga 2012. Pada 2010, ERA telah melebarkan sayap ke Kuching dan Kota Kinabalu, dengan studio dan penyampai yang berasal dari sana. Era FM Sabah akan menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017, yang mana sejak itu semua kandungan radio yang disiarkan dalam versi Sabah akan berbeza sama sekali daripada Era FM Semenanjung Malaysia.[perlu rujukan]

Pada 1 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bawah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula. Era Sarawak menjadi tempatan sepenuhnya pada 22 Januari 2018, yang mana sejak itu semua kandungan yang disiarkan dalam versi Sarawak akan berbeza sama sekali daripada Semenanjung Malaysia.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.

Penyampai radio

 
Logo dengan slogan (2009-2017).

Penyampai Harian

  • Azad Jasmin
  • Nabil Ahmad
  • Radin Amir Affendy
  • Munaabella
  • Fazziq Muqris
  • Isha Norsham
  • Haniff Hamzah
  • Ray
  • Amira Husna (Era Terengganu)
  • Chris (Kota Kinabalu)
  • Ily (Kota Kinabalu)
  • Beebey (Kota Kinabalu)
  • Lopz Wala (Kota Kinabalu)
  • Kim (Kota Kinabalu)
  • Jay Jay (Kota Kinabalu)
  • Osha (Kuching)
  • Afick (Kuching)
  • Chopie (Kuching)
  • Syaz (Kuching)
  • Fir Affandi (Kuching)

Penyampai Hujung Minggu

Bekas penyampai ERA fm (1998 - sekarang)

Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.

1990an

2000an

2010an

Syamimi* - Era Terengganu
Razif Abdul Roslin (Pak Pek)* Era Kelantan (1974-2019)
Erlinda* - Era Johor (2018–2020)
Nota: Telah meninggal dunia

Slot penyiaran

Isnin-Jumaat

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
3 Pagi ERA Azad Jasmin, Nabil & Radin 06:00 - 10:00
ERAthon Munaabella 10:00 - 13:00
Gempak Hit ERA Isha Norsham 13:00 - 16:00
HOLOHARA ERA Haniff, Ray, Halim Othman & Linda Onn 16:00 - 20:00
PM 40 ERA Fazziq Muqris 20:00 - 00:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 07:00
Sabtu Pagi ERA Namie & Hawa Rizwana 07:00 - 10:00
Super Safee ERA Safee Sali 10:00 - 11:00
#HujungMingguERA N/A 11:00 - 15:00
Carta ERA 40 Elly Mazlein 15:00 - 19:00
Nonstop ERA N/A 19:00 - 21:00
RIM CHART ERA Isha Norsham 21:00 - 22:00
Flow ERA Zahier 22:00 - 23:00
Seram Sabtu ERA MR E 23:00 - 00:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
The Best of 3 Pagi ERA N/A 06:00 - 08:00
Carta ERA 40 (ulangan) Elly Mazlein 08:00 - 12:00
Throwbaek ERA Fazziq Muqris 12:00 - 13:00
Soundtrek ERA N/A 13:00 - 14:00
#HujungMingguERA N/A 14:00 - 18:00
Ulangan RIM CHART ERA Isha Norsham 18:00 - 19:00
Nonstop ERA N/A 19:00 - 22:00
Lagu Baru Nak Up ERA Fazziq Muqris 22:00 - 23:00
Hallyu ERA Munabella 22:00 - 23:00

Slot Carta ERA 40

Kedudukan Carta ERA 40

Pingat Penyanyi Lagu Nota
  Emas Haqiem Rusli
Floor 88
Siti Nordiana
X-Pose
Tergantung Sepi
Zalikha
Terus Mencintai
Sandiwara
Lagu Sandiwara nyanyian X-Pose menjadi sebagai juara ke dalam carta.
  Perak X-Pose
Siti Nordiana
Khai Bahar
Sandiwara
Terus Mencintai
Luluh
  Gangsa Hael Husaini Jampi

Penyampai Hujung Minggu

  • Radin
  • Zahier Yusoff
  • Munaabella
  • Isha Norsham
  • Ray

Frekuensi

Radio

Era Malaysia (1996-kini)

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar
103.3 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali 2 kW
Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau 0.25 kW
103.6 MHz Alor Setar, Kedah, Perlis Gunung Jerai 2 kW
Pulau Pinang
Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk 2 kW
90.7 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya 2 kW
95.2 MHz Taiping, Perak Bukit Larut 1 kW
103.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang 2 kW
90.3 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang 2 kW
104.5 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai 2 kW
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
98.0 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung 1 kW
102.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar 0.25 kW

Televisyen

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 856

Era Sarawak (2010-kini)

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar
96.1 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin 2 kW
96.3 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima 1 kW
101.3 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir 0.25 kW

Era Sabah (2010-kini)

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar
102.4 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong 2 kW
103.0 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig 0.25 kW

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.

Pautan luar