Shah Iran Shahdan atau lebih dikenali sebagai Eranzz Lambert (lahir 1 Mei 1987) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian apabila terpilih sebagai salah seorang peserta Golden Memories Asia musim pertama, memenangi tempat ketiga pada 2019.[1] Selain itu, beliau juga menjadi salah seorang peserta Vokal Mania.[2]

Eranzz Lambert
Nama lahirShah Iran bin Shahdan
Kelahiran (1987-05-01) 1 Mei 1987 (umur 36)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini

Kerjaya sunting

Eranzz Lambert mendapat nama pentasnya bersempena penyanyi Amerika Syarikat, Adam Lambert yang amat diminatinya. Beliau pernah menghadiri ujibakat pertandingan nyanyian dan rancangan realiti pada usia remaja, namun tidak terpilih sebagai peserta. Sepanjang tempoh ini, Eranzz belum merakamkan sebarang lagu atau single mahupun terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Beliau dipetik oleh XTRA sebagai berkata:

"Sejujurnya, saya memang minat menyanyi. Sebelum ini, semenjak saya remaja, memang semua pertandingan atau program realiti saya pernah cuba sertai, tetapi satu pun tidak dapat. Mungkin saya masih muda dan nasib belum menyebelahi saya."[2]

Beliau berjaya menebus kekecewaannya apabila terpilih mewakili Malaysia dalam penganjuran sulung pertandingan Golden Memories Asia terbitan stesen TV Indonesia, Indosiar yang meletakkan Eranzz di kedudukan ketiga di kalangan dari peserta negara-negara Asia Tenggara.[1][3] Beliau memenangi tempat ketiga.

Pada Oktober 2020, Eranzz terpilih sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania antara lain turut disertai oleh Tuah Adzmi, Daniesh Suffian, Wafariena Roslan, Nuha Bahrin dan Aisha Retno. Menerusi rancangan ini, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 8 finalis pusingan akhir.[4][5]

Golden Memories Asia (musim 1) sunting

Berikut ialah senarai persembahan Eranzz di Golden Memories Asia:

Kedudukan # Tajuk lagu Penyanyi asal Keputusan
Top 24 "Gadis Melayu" Jamal Abdillah SKOR TERTINGGI
Top 20 "Widuri" Bob Tutupoly SKOR TERTINGGI
Top 16 "Panggung Sandiwara" God Bless SELAMAT
Top 12 "Hati Yang Terluka" Broery Marantika SELAMAT
Top 9 Persembahan:

"Bintang Kehidupan"

Nike Ardilla SELAMAT
Keputusan:

"Ini Rindu"

Farid Hardja & Lucky Resha SELAMAT
Top 6 Persembahan:

"Madu Tiga" (duet bersama Rejoz The Groove)

P. Ramlee SELAMAT
Keputusan:

"Suci Dalam Debu"

Iklim SELAMAT
Top 4 Persembahan:

"Bimbi"

Titiek Puspa DUA TERBAWAH
Keputusan:

"Bunga Terakhir"

Bebi Romeo DUA TERBAWAH
Grand Final Persembahan 1:

"Begitukah Cinta" (duet bersama Sheila Majid)

Harvey Malaiholo & Sheila Majid SKOR TERTINGGI
Persembahan 2:

"Ijinkan"

Nike Ardilla SKOR TERTINGGI
Keputusan 1:

"Bongkar" (duet bersama Iwan Fals)

Iwan Fals SKOR TERTINGGI
Keputusan 2:

"Untukmu Ibu"

Exists SKOR TERTINGGI

Filemografi sunting

Televisyen
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Golden Memories Asia Dirinya sendiri/peserta Indosiar Juara 3
2020 Vokal Mania TV3 Peserta 'Rookie'

Top 4

2021 Famili Duo
2021 All Together Now Malaysia Peserta Astro

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Juara 3 Golden Memories Asia 2019 asal Malaysia, Eranzz Lambert sebut orang Indonesia 'so sweet'" (dalam bahasa Indonesia). TribunNews. 19 Oktober 2019. Dicapai pada 2 April 2021.
  2. ^ a b Padin (13 Disember 2020). "Vokal Mania: "Sebelum ni semua program saya cuba, satu pun tak dapat" - Eranzz terharu dapat tembus semi final". XTRA. Dicapai pada 2 April 2021.
  3. ^ Kamaruddin Razal (10 Oktober 2019). "Ketepikan 20 peserta seluruh Asia Tenggata, penyanyi Malaysia ini bersaing dengan 3 peserta Indonesia untuk..." Astro Gempak. Dicapai pada 2 April 2021.
  4. ^ Padin (2 Disember 2020). "Vokal Mania: "Saya tak tajut dengan dengan mereka" - Eranzz mahu beri cabaran kepada Idol". XTRA. Dicapai pada 2 April 2021.
  5. ^ Padin (13 Disember 2020). "Vokal Mania: Afieq, Danial & Eranzz antara 8 rookie berjaya mara, jom recap minggu semi final". XTRA. Dicapai pada 2 April 2021.

Pautan luar sunting