Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau lebih dikenali dengan mononim, Erema (lahir 28 September 1983) merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu "Pelita Di Bawah Purnama" yang dimuatkan dalam album sulungnya bertajuk sama yang dikeluarkan pada 2006.

Erema
Nama lahirDayang Zaira Erema binti Awang Moshdad
Kelahiran (1983-09-28) 28 September 1983 (umur 40)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2006–2011
Syarikat rakaman
Jadtek Production & Etertainment

Kehidupan peribadi dan kerjaya sunting

Erema ialah anak sulung daripada lima beradik, beliau berkahwin dengan penulis lirik Jamaluddin Sulik atau lebih terkenal sebagai Seri Bayu pada 2007.[1] Seri Bayu meninggal dunia pada 2011 akibat masalah kesihatan. Meskipun Erema tidak begitu aktif di media arus perdana, tetapi beliau masih menyanyi. Beliau juga menyanyi untuk Kerabat Diraja Pahang selama 8 tahun.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Saya bukan kejam – Erema Diarkibkan 2018-09-02 di Wayback Machine. Utusan Malaysia (30 November 2008). Dicapai pada 12 Januari 2017.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (15 Oktober 2016). "Erema aktif sebagai artis istana". Harian Metro. Dicapai pada 12 Januari 2017.

Pautan luar sunting