Ererap (erérap) ialah bahan yang digunakan untuk mengerap (menyerap atau menjerap) cecair atau gas. Contohnya termasuklah:

  • Bahan yang serupa dengan bahan ayak molekul, yang bertindak melalui penjerapan (menarik molekul ke permukaannya). Ia mempunyai luas permukaan dalaman yang besar dan keraliran haba yang baik. Ia biasanya dibekalkan dalam pelet diameter 1 mm hingga 2 mm dan kira-kira panjang 5 mm atau sebagai ira bertertib 1 mm. Kadang-kadang sebagai manik sehingga diameter 5 mm. Ia biasanya diperbuat daripada aluminium oksida dengan struktur berliang.
  • Bahan yang digunakan untuk menyerap bahan lain kerana afiniti yang tinggi untuk berbuat demikian. Contohnya termasuklah:
Keratan rentas penapis topeng gas, dengan bahan ererap kelihatan

Kaedah tindakan sunting

Apabila digunakan dalam tumpahan kimia yang bertindak sebagai ererap, pad seserap minyak mesti menarik minyak berbanding air, iaitu - ia mestilah oleofilik dan hidrofobik. Bahan ererap mesti bertindak melalui penjerapan atau kurang biasa melalui penyerapan. Kedua-dua bahan jejerap dan seserap, menggabungkan minyak atau cecair lain untuk dipulihkan ke dalam badan bahan tersebut.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "What are Oil Absorbent Pads Made Of? Use of Absorbent Materials in Oil Spill Response". Park Non Woven - Manufacturer of Non Woven Fabric (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-29. Dicapai pada 2021-11-22.