Erich Ludendorff
Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff (kadang kala dipanggil von Ludendorff)[1] (9 April 1865 – 20 Disember 1937) ialah seorang jeneral Jerman, pemenang dalam Pertempuran Liège, dan dalam Pertempuran Tannenberg. Mulai Ogos 1916, pelantikan beliau sebagai Kuartermaster Jeneral Pertama (Asisten Ketua Staf 1) menjadikan beliau pemimpin (bersama dengan Paul von Hindenburg) gerakan perang tentera darat Jerman semasa Perang Dunia Pertama, sehinggalah perletakkan jawatannya pada bulan Oktober 1918.[2][3]
Erich Ludendorff | |
---|---|
Nama lahir | Erich Friedrich Wilhelm Ludendorff |
Kelahiran | 9 April 1865 Kruszewnia berhampiran Posen, Provinsi Posen, Kerajaan Prusia |
Meninggal dunia | 20 Disember 1937 Munich, Jerman Nazi | (umur 72)
Kesetiaan | Empayar Jerman |
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Jerman |
Tahun perkhidmatan | 1883–1918 |
Pangkat | General der Infanterie |
Arahan | Briged 14 Infantri, Kuartermaster Jeneral 1 |
Pertempuran | Perang Dunia I Revolusi Jerman |
Anugerah | Pour le Merite, Grand Cross of the Iron Cross |
Selepas perang, Ludendorff menjadi seorang ketua nasionalis yang terkemuka dan seorang penganjur legenda tikam dari belakang iaitu tentang pengkhianatan pihak Marxisme dan Republikan terhadap Tentera Darat Jerman dalam Perjanjian Versailles. Beliau mengambil bahagian dalam kudeta Wolfgang Kapp pada tahun 1920 dan Beer Hall Putsch Adolf Hitler yang gagal pada tahun 1923. Pada tahun 1925 beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang rakan sekerjanya, Paul von Hindenburg (Ludendorff menuduh Hindenburg meraih kepujian yang sepatutnya milik Ludendorff ekoran kejayaannya menentang Rusia.[2][4] Dari tahun 1924 hingga 1928 beliau mewakili Parti Kebebasan Rakyat Jerman di dalam Parlimen Jerman. Selepas Perang Dunia Pertama Ludendorff mengembangkan konsep "Perang total"; beliau menerbitkan buku berjudul Der Totale Krieg (Perang Total) pada tahun 1935—dalam buku ini beliau menunjukkan pendapat yang keseluruhan kekuatan fizikal dan moral negara harus digembleng oleh sebab keamanan hanya merupakan tempoh antara peperangan.[5] Ludendorff merupakan penerima darjah-darjah Grand Cross of the Iron Cross dan Pour le Merite.
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- Sekondeleutnant - 1882
- Oberleutnant - 1893
- Hauptmann - 1895
- Major - 1902
- Oberstleutnant - 18 Mac 1908
- Oberst - 21 April 1911
- Generalmajor - 22 April 1914
- Generalleutnant - 27 November 1914
- General der Infanterie - 28 Ogos 1916
Anugerah kebesaran
sunting- Iron Cross kelas 1 dan 2
- Pingat Kesatria Darjah Tentera Max Joseph (Bavaria)
- Panglima Besar Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Bintang
- Pour le Merite (Prusia)
- Grand Cross of the Iron Cross
- Knight of the Military Order of St. Henry (Saxony)
- Knight of the Military Merit Order (Württemberg)
- Knight Grand Cross of the House and Merit Order of Peter Frederick Louis with Swords and laurel
- Military Merit Cross, 2nd class (Mecklenburg-Schwerin)
- Military Merit Cross, 1st class with war decoration (Austria-Hungary)
- Gold Military Merit Medal ("Signum Laudis", Austria-Hungary)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Foreign News: Lord Kitchener". Time. 1925. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada 27 March 2011.
- ^ a b Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Paul von Hindenburg". First World War.com. Dicapai pada 2012-05-16.
- ^ Saturday, 22 August 2009 Michael Duffy (2009-08-22). "Who's Who – Erich Ludendorff". First World War.com. Dicapai pada 2012-05-16.
- ^ Andreas Dorpalen. "Paul von Hindenburg (German president) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 2012-05-16.
- ^ "Erich Ludendorff (German general) : Introduction – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. 1937-12-20. Dicapai pada 2012-05-16.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Erich Ludendorff |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Erich Ludendorff |
- Ludendorff by H. L. Mencken published in the June 1917 edition of the Atlantic Monthly
- Biography of Erich Ludendorff from Spartacus Educational
- My War Memories by Erich Ludendorff at archive.org
- Erich Ludendorff di Find a Grave
- Petikan akbar mengenai Erich Ludendorff di 20th Century Press Archives daripada ZBW
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Woodrow Wilson |
Kulit Depan Majalah Time 19 November 1923 |
Diikuti oleh: Hugh S. Gibson |