Buka menu utama

Erik Durm (lahir 12 Mei 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini bermain di posisi bek kiri untuk Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan Jerman. Beliau membuat debut untuk Jerman pada 2014 dan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Erik Durm
Erik Durm IMG 1748.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhErik Durm[1]
Tarikh lahir (1992-05-12) 12 Mei 1992 (umur 27)
Tempat lahirPirmasens, Jerman
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniEintracht Frankfurt
Nombor25
Kerjaya remaja
1997–2008SG Rieschweiler
2008–20101. FC Saarbrücken
2010–20111. FSV Mainz 05
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–20121. FSV Mainz 05 II33(13)
2012–2013Borussia Dortmund II30(2)
2013–2018Borussia Dortmund64(2)
2018–2019Huddersfield Town28(0)
2019–Eintracht Frankfurt0(0)
Pasukan kebangsaan
Jerman B192(2)
2011Jerman B201(0)
2013–Jerman B215(0)
2014–Jerman7(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 Jun 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 November 2014 (UTC)

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

Durm memulakan kerjaya kelab pada akademi SG Rieschweiler pada taun 1998 sebelum menyertai akademi 1. FC Saarbrücken pada tahun 2008, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak liga remaja pada musim 2009-10 dengan 13 gol. Pada Julai 2010, Durm di akademi 1. FSV Mainz 05 dan menjuarai Piala Persekutuan Remaja 2010-1. Durm hanya bermain satu perlawanan pada musim 2010-11 untuk pasuka kedua 1. FSV Mainz 05 iaitu menentang SV Elversberg pada 4 Disember 2010 di Regionalliga.

Pada musim 2011-12, Durm menjairngkan tujuh gol untuk 1. FSV Mainz 05 II pada 10 perlawanan pertamanya. Kemudian, Durm menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Eintracht Frankfurt. Selepas menjaringkan sembilan gol pada separuh pertama musim 2011-12, Durm menjaringkan empat gol pada separuh kedua musim 2011-12 dan pada Januari 2012, 1. FSV Mainz 05 dan Borussia Dortmund menawarkan Durm untuk menandatangani kontrak profesional tetapi Durm menolak tawaran Mainz dan lebih berminat untuk bersama BvB.

Borussia DortmundSunting

Pada musim 2012-13, Durm menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund sehingga Jun 2014 dan Durm memasuki skuad Borussia Dortmund II yang bertanding di 3. Liga. Pada musim 2012-13, Durm mebuat debut untuk Borussia Dortmund II menentang VfL Osnabrück pada 21 Julai 2012.

Pada musim 2013-14, Durm memasuki skuad senior Borussia Dortmund dan pad 10 Ogos 2013, beliau membuat debut di Bundesliga dan menggantikan Robert Lewandowski pada minit ke-87 semasa BVB melakar kemenangan 4-0 ke atas FC Augsburg. Durm membuat debut di Liga Juara-Juara Eropah pada 1 Oktober 2013 semasa menang 3-0 ke atas Olympique de Marseille.

Kerjaya antarabangsaSunting

 
Durm meraikan kemenangan Jerman di perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Durm bermain pada tahun 2011 untuk pasukan bawah-19 dan bawah-20 Jerman. Beliau membuat debut untuk pasuka bawah-19 pada 31 Mei 2011 ketika menang 3-0 ke atas Hungary dan pada perlawanan iut juga, beliau menjaringkan dua gol. Pada 12 November 2011, Durm membuat debut pasukan bawah-20 menentang Poland. Durm membuat penampilan pertama untuk pasukan bawah-21 pada 13 Ogos 2013 ketika seri 0-0 bertemu Perancis.

Pada 1 Jun 2014, Durm membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman ketika seri 2-2 bertemu Cameroon pada perlawanan persahabatan. Beliau menggantikan Benedikt Höwedes pada minit ke-85. Pada keesokan harinya, beliau termasuk dalam skuad Jerman di Piala Dunia FIFA 2014. Pasukan beliau menjuarai kejohanan di Brazil itu dan Durm digunakan sebagai pemain gantian.

StatistikSunting

Sehingga 18 November 2014
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2014 7 0
Jumlah 7 0

PenghargaanSunting

KelabSunting

Borussia Dortmund

AntarabangsaSunting

Jerman

RujukanSunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai 11 June 2014. 

Pautan luarSunting