Nur Arina "Erin" Abdul Malek (Jawi: ارين مالك; lahir 15 Julai 1994) merupakan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Abdul Malek Marwi (lahir 1974), seorang jurugambar terkemuka di Malaysia.

Erin Malek
Kelahiran
Nur Arina binti Abdul Malek

(1994-07-15) 15 Julai 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
PasanganFarriz Fauzy (k. 2014)
Anak-anak2
KeluargaNur Atiqah (adik)
Nur Aqilah (adik)

Kehidupan peribadi sunting

Erin Malek telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya bernama Farriz Fauzy (lahir 1986) pada 10 Oktober 2014. [1]

Pada 1 Oktober 2015, beliau selamat melahirkan anak sulung beliau yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz pada pukul 9.27 pagi. Namun, kembar anak sulung beliau telah kembali menemui Penciptanya ketika usia kandungannya berusia 16 minggu kerana mengalami implikasi lebihan cecair dalam perut. [2]

Erin telah berkongsi berita bakal menimang cahaya mata kedua dengan peminat di laman sosial instagram beliau pada 4 Oktober 2016. [3]

Pada hari Jumaat, 10 Februari 2017, Erin selamat melahirkan anak perempuan beliau pada jam 4.25 petang dan anak kedua Erin itu diberi nama Nur Aisha Binti Mohamed Farriz. [4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tentang Bulan Zurina Filem pertama
2008 Congkak Ely
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Erin
2011 Senjakala Intan
2012 Jangan Pandang-Pandang Gadis Kampus
2013 Lari Ina
Cinderella Farah
2014 Hantu Nan Sempit Tasha
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Puteri
2023 Bas Terakhir Malam Raya Elly Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 Diari Ramadhan Rafique Emie TV3
2009 Comel Sitkom
2010 Durja Ningsun Aria
Mistik Alam Hitam Ana Astro Ria Episod: "Ku Seru Jin"
2011 Aishiteru Azira TV9
KLIK (Musim 2) Elisya Astro Ceria
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Ayu Astro Oasis Episod: "Dayus"
Rawan Azrina TV9
2013 Misiku Kuza (Musim 1) Kuza Astro Ria
3 Nenek 3 Dara[5] TV1
2014 Misiku Kuza (Musim 2) Kuza Astro Ria
Kifarah (Musim 1) TV3 Episod: "Badi"
Tiga Dara Pelamin Satu TV1
2015 Mengejar Wardah Dilla

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Perigi Kontang TV3
2011 Lari Sayang Lari Astro Ria
Balasan Mak Tiri Lily Astro Prima
Ampunkan Daku Latifah TV3
2012 Kerana Dia Anakku Fara
Satu Malam Perawan Mira Astro Ria
2014 Ya Habibi TV2
Cinta Di Gerai Astro Ria
2015 Bila Hujan TV2
2018 Janin Erma Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2013 Jalan Jalan Cari Makan Tetamu jemputan TV3
2016 Ketuk - Ketuk Ramadan TV1

Video klip sunting

  • Hafiz Suip - Noktah Cinta

Rujukan sunting

  1. ^ Gambar Kahwin Erin Malek Dan Farriz Fauzy 10 Oktober 2014 Diarkibkan 2018-10-04 di Wayback Machine melvister.com
  2. ^ Erin Malek Kongsi Kisah Lahirkan Anak Tanpa Kembarnya Diarkibkan 2017-06-02 di Wayback Machine MStar.Com
  3. ^ Erin Malek Sahkan Hamil Anak Kedua Perempuan Diarkibkan 2017-11-15 di Wayback Machine MyNewShub
  4. ^ Erin Malek Selamat Lahir Anak Kedua, Namakan Nur Aisha Astro Gempak
  5. ^ "Borak Lokasi : Kerenah 3 Nenek 3 Cucu". Berita Metro. 2 Februari 2013.

Pautan luar sunting