Ernest Rutherford, Baron Rutherford Nelson Pertama (30 Ogos 187119 Oktober 1937) ialah seorang ahli fizik British kelahiran New Zealand. Sumbangan utamanya menjadikan beliau disanjung sebagai "bapa fizik nuklear".[2]


The Lord Rutherford of Nelson

OM FRS
Presiden Persatuan Diraja
Dalam jawatan
1925–1930
Didahului olehSir Charles Scott Sherrington
Digantikan olehSir Frederick Gowland Hopkins
Butiran peribadi
Lahir(1871-08-30)30 Ogos 1871
Brightwater, Jajahan New Zealand
Meninggal dunia19 Oktober 1937(1937-10-19) (umur 66)
Cambridge, England
KewarganegaraanBritish
KerakyatanNew Zealand
KediamanNew Zealand, United Kingdom
Tandatangan
Pusat pendidikan
Terkenal kerana
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangFizik da kimia
Institusi
Penasihat akademik
Pelajar kedoktoran
Pelajar lain yang terkenal
Dipengaruhi oleh

Semasa beliau menjalan penyelidikan di Universiti McGill, Kanada, beliau menemukan konsep separuh hayat radioaktif, unsur radon,[3] serta membezakan antara pereputan jenis alfa dan beta.[4] Hasil-hasil kerja inilah yang menjadikan beliau pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia tahun 1908 "kerana penyelidikannya mengenai penyepaian unsur-unsur, dan kimia bahan radioaktif".[5]

Awal hidup dan pendidikan sunting

Ernest Rutherford merupakan anak kepada James Rutherford, seorang petani kelahiran Perth, Scotland, dan isterinya Martha Thompson, kelahiran Hornchurch, Essex, England.[6]

Beliau belajar di Sekolah Havelock, kemudiannya ke Nelson College sebelum mendapat dermasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Canterbury College, University of New Zealand.[7]

Kerjaya sains sunting

Semasa meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau terlibat dalam suatu projek rahsia menyelesaikan masalah pengesanan sonar biasa yang dihadapi dalam kapal-kapal selam.[8]

Penemuan sunting

Pada tahun 1911 telah menemui kewujudan proton iaitu zarah bercas positif. Beliau mengatakan nukleus mengandungi proton di dalamnya. Sebelum ini ahli sains berpendapat bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk mengimbangi cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah neutral. Beliau menjalankan satu eksperimen membedil sekeping logam nipis, iaitu kira-kira 4 × 10 -5 cm tebalnya dengan sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif. Beliau mendapati bahawa kebanyakan zarah alfa menembusi logam itu tanpa memesong. Sebilangan zarah alfa dipesongkan, manakala sebahagian lagi dipantul balik.

Berdasarkan kepada keputusan eksperimen itu, beliau mengemukan model atomnya yang menyatakan bahawa:

  • Hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas berpositif.Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
  • Nukleus mengandungi proton sahaja.
  • Bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom
  • Kebanyakan bahagian dalam atom merupakan bahagian kosong.
  • Elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar. Masalah ini diselesaikan oleh James Chadwick.

Rujukan sunting

  1. ^ Ernest Rutherford and Frederick Soddy American Physical Society 2017
  2. ^ "Ernest Rutherford, Baron Rutherford of Nelson". Encyclopædia Britannica.
  3. ^ Nicholas P. Cheremisinoff (20 April 2016). Pollution Control Handbook for Oil and Gas Engineering. Wiley. m/s. 886–. ISBN 978-1-119-11788-9.
  4. ^ "The Discovery of Radioactivity". lbl.gov. 9 August 2000.
  5. ^ "Ernest Rutherford – Biography". NobelPrize.org. Dicapai pada 21 Februari 2013. ...for his investigations into the disintegration of the elements, and the chemistry of radioactive substances."
  6. ^ McLintock, A.H. (18 September 2007). "Rutherford, Sir Ernest (Baron Rutherford of Nelson, O.M., F.R.S.)". An Encyclopaedia of New Zealand (ed. 1966). Te Ara – The Encyclopedia of New Zealand. ISBN 978-0-478-18451-8. Dicapai pada 2 April 2008.
  7. ^ Campbell, John (30 Oktober 2012). "Rutherford, Ernest". An Encyclopaedia of New Zealand. Te Ara – The Encyclopaedia of New Zealand. Dicapai pada 1 Oktober 2013.
  8. ^ Alan Selby (2014-11-09). "Manchester scientist Ernest Rutherford revealed as top secret mastermind behind sonar technology". Manchester Evening News. Dicapai pada 13 November 2014.

Pautan luar sunting