Ernie Macmillan dilahirkan pada tahun 1980. Watak rekaan J. K. Rowling ini merupakan "seorang pelajar lelaki berbadan besar" dan seorang pengawas bagi rumah Huflepuff dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Dia merupakan pelajar Hufflepuff yang sama tahun dengan Harry. Wataknya paling menonjol dalam novel Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix di antara siri novel Harry Potter.

Watak Harry Potter
Ernie Macmillan
Louis Doyle sebagai Ernie Macmillan dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets.
Ernie Macmillan
Jantina Lelaki
Warna rambut Tidak Diketahui
Warna mata Tidak Diketahui
Rumah Hufflepuff
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Louis Doyle
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Dia merupakan kawan baik kepada Justin Finch Fletchley. Hubungan antara dia dengan Harry adalah sering berubah. Dalam novel Harry Potter dan Bilik Rahsia, dia mengesyaki bahawa Harry adalah pewaris Slytherin dan menuduh bahawa Harry telah Membatukan Justin. Akhirnya, dia meminta maaf daripada Harry atas salah fahamnya selepas Hermione Dibatukan kerana dia tahu bahawa Harry tentu tidak akan Membatukan Hermione. Dalam Harry Potter dalam Piala Api, hubungannya dengan Harry menjadi renggang selepas Harry dipilih sebagai wira kerana dia salah sangka bahawa Harry telah main kotor sehingga dapat dipilih sebagai wira dan telah mencuri kemenangangan Hufflepuff. Dalam novel Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, hubungannya dengan Harry bertambah baik apabila dia menyatakan dia dan ahli keluarganya berdiri teguh di belakang Profesor Dumbledore dan percaya bahawa Lord Voldemort telah kembali. Dia juga menyertai TD dan pada pengakhiran cerita, dia bersama-sama beberapa orang ahli TD menyelamatkan harry daripada serangan malfoy, Crabbe dan Goyle dan mengenakan sumpahan ke atas mereka.

Dalam novel, Ernie juga digambarkan sebagai "ulat buku" yang amat mementingkan P.S.B. dan selalu bertanyakan kepada Ron dan Harry berapa jam mereka membuat ulang kaji apabila P.S.B. menjelang tiba. Dia juga amat mementingkan jawatannya sebagai pengawas. Sebagai contoh, dia berpura-pura mendengar ucapan Umbridge kerana ingin menjaga imej dan dia kelihatan teragak-agak untuk tandatangan dalam senarai nama TD kerana bimbang senarai itu dijumpai walaupun terlebih dahulu dia sudah menyatakan bahawa menyertai TD adalah benda yang terpenting yang akan dibuatnya pada tahun tersebut.

Di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Louis Doyle. Watak ini merupakan watak sampingan dalam filem. Dia hanya muncul dalam filem Harry Potter dan Bilik Rahsia dan Harry Potter dalam Piala Api.

Lihat juga sunting