Erzurum (Bahasa Armenia: Կարին, Karin; Yunani: Θεοδοσιούπολις, Theodosiopolis) ialah sebuah bandar yang terletak di timur Anatolia, Turki. Nama "Erzurum" diambil daripada "Arz-e Rûm" (bermaksud Tanah Orang Rom dalam bahasa Parsi). Ia adalah bandar terbesar dan merupakan ibu negeri bagi Wilayah Erzurum. Kedudukannya adalah 1757 meter (5766 kaki) dari aras laut. Erzurum memiliki penduduk seramai 361,235 mengikut bancian pada tahun 2000, meningkat pada 367,250 orang pada tahun 2010.

Erzurum
Atas-kiri: Masjid Lala Kara Mustafa Pasha, Atas-kanan: Kolam Erzurum, Tengah-kiri: Medan Cumhuriyet, Atas-kanan: Patung Nene Hatun, Bawah-kiri: Lompatan Ski Kiremitliktepe, Bawah-kanan: Patung Kebebasan Erzurum
Atas-kiri: Masjid Lala Kara Mustafa Pasha, Atas-kanan: Kolam Erzurum, Tengah-kiri: Medan Cumhuriyet, Atas-kanan: Patung Nene Hatun, Bawah-kiri: Lompatan Ski Kiremitliktepe, Bawah-kanan: Patung Kebebasan Erzurum
Erzurum is located in Bumi
Erzurum
Erzurum (Bumi)
Koordinat: 39°54′31″N 41°16′37″E / 39.90861°N 41.27694°E / 39.90861; 41.27694Koordinat: 39°54′31″N 41°16′37″E / 39.90861°N 41.27694°E / 39.90861; 41.27694
Negara Turki
WilayahWilayah Erzurum
Kerajaan
 • Datuk BandarMehmet Sekmen (AKP)
Aras
1,900 m (6,200 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Urban
367,250
Zon waktuUTC+3 (FET)
IklimDfb
Laman sesawangwww.erzurum-bld.gov.tr

Sebagai Theodosiopolis di Armenia Purba (atau - di Cappadocia), bekas keuskupan ini kekal sebagai sebuah titular see Katolik Latin.

Erzurum, dikenali sebagai "Batu" dalam kod NATO, bertindak sebagai pangkalan udara NATO paling tenggara semasa Perang Dingin. Kota ini menggunakan Helang Anatolia Seljuk Berkepala Dua sebagai jatanya, sebuah motif yang biasa digunakan di seluruh Anatolia dan Balkan pada Zaman Pertengahan.

Erzurum juga memiliki kemudahan sukan musim sejuk terbaik di Turki dan menjadi tuan rumah bagi Universiade Musim Sejuk 2011.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting