Mohd Esham Jamil (1967 – 24 November 1997) ialah seorang penyanyi dan pemuzik Singapura, terkenal sebagai ahli pengasas kumpulan Rausyanfikir.[1][2] Beliau juga ialah seorang guru bahasa Melayu.[3]

Esham Jamil
Nama lahirMohd Esham bin Jamil
Kelahiran1967 (1967)
Singapura
Meninggal dunia24 November 1997 (berumur 29–30)
Singapura
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
Instrumen
Tahun aktif1987–1997
Syarikat rakaman
Pony Canyon
Pengkarya berkait
Rausyanfikir

Kerjaya bersama Rausyanfikir sunting

Pada tahun 1991, Esham telah bersama-sama rakannya Mohd Khair Mohd Yasin dan Fazil Sultan menubuhkan kumpulan Rausyanfikir, istilah Parsi untuk "pemikir". Album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun 1992 yang mana ia terjual lebih 25,000 unit di Malaysia dan Singapura.[4][5]

Album kedua mereka, Rusuhan Fikiran telah dikeluarkan pada tahun 1994 dengan tujuan untuk menyampaikan mesej sosial yang serius menggunakan lagu-lagu yang menarik. Album itu berjaya, dan salah satu single, "Dikir Fikir-Fikir", memenangi anugerah Persatuan Komposer dan Pengarang Singapura (COMPASS) untuk lagu Melayu tempatan teratas pada tahun 1997.[6] Semasa bersama Rausyanfikir, beliau telah menulis beberapa lagu untuk kumpulan itu termasuk "Seketika" dan "Tawanan".[7]

Sakit dan kematian sunting

Pada 1 Disember 1993, Esham telah menghidapi satu penyakit ganjil yang menyebabkannya tidak mampu bercakap dan bergerak.[8][9] Beliau meninggal dunia pada 24 November 1997 pada usia 30 tahun selepas menderita penyakit misteri selama 4 tahun.[10][11][12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Esham buat orang menangis". Berita Harian Singapura. 23 September 1993. m/s. 5.
  2. ^ "Melodi memikat". Berita Harian Singapura. 28 Mac 1993. m/s. 10.
  3. ^ "Cintakan bahasa Melayu dorong Esham jadi guru". Berita Harian Singapura. 1 September 1992. m/s. 8.
  4. ^ Ida Bachtiar (10 April 1992). "Rousing Rausyanfikir" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
  5. ^ Anuar Othman (4 Oktober 1993). "Rock trio target album at thinking listeners" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
  6. ^ "3rd COMPASS Awards presentation" (dalam bahasa Inggeris). Composers and Authors Society of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2008. Dicapai pada 28 November 2018.
  7. ^ "He'd wanted to be a teacher" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 5 Oktober 1994. m/s. 6.
  8. ^ "Esham Jamil masih lemah". Berita Harian Singapura. 14 April 1994. m/s. 5.
  9. ^ Saniboey Mohd Ismail (28 September 1994). "Esham hidap penyakit misteri". Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2019.
  10. ^ Hanim Mohd Saleh (25 November 1997). "Penyanyi Rausyanfikir meninggal". Berita Harian Singapura. m/s. 2.
  11. ^ Saniboey Mohd Ismail (28 November 1997). "Esham pergi temui ilahi". Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2019.
  12. ^ Saniboey Mohd Ismail (29 November 1997). "Empat tahun Esham derita". Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2019.

Pautan luar sunting