Hannah Delisha

Pelakon wanita Singapura

Hannah Delisha (lahir Hannah Adlina Blackburne Birch; 27 Oktober 1996)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Singapura.[2][3] Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Delisha, seterusnya muncul dalam beberapa drama televisyen terbitan MediaCorp Suria. Beliau mula mencipta nama di Malaysia menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer.

Hannah Delisha
Kelahiran
Hannah Adlina Blackburne Birch

(1996-10-27) 27 Oktober 1996 (umur 27)
Pekerjaan
Tahun aktif2013–kini
PasanganImam Shah (k. 2021)
Ibu bapa
  • Peter Blackburne Birch (bapa)
  • Noor Ashikin Ahmad (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music

Kehidupan awal

Hannah dilahirkan pada 27 Oktober 1996 sebagai Hannah Adlina Blackburne Birch.[4] Beliau ialah anak kepada pasangan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England dan Noor Ashikin Ahmad yang berasal dari Singapura. Ibunya ialah seorang penyanyi era 1980-an.[5][6]

Kerjaya

Hannah merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha.[7] Mereka menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" dan selepas menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah". "Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen dari kumpulan Hyper Act. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".

Selain berkemampuan menyanyikan lagu Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti paranormal dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Mediacorp Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.[8] Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Pada tahun 2017, Hannah berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan bakat dan mencipta nama menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle yang bersiaran di Slot MegaDrama Astro Ria.[9][10]

Pada tahun 2018, Hannah berlakon bersama Hisyam Hamid dalam drama Alamatnya Cinta adaptasi dari drama popular dari Korea Selatan, Full House yang bersiaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Pada tahun yang sama, Hannah berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama Aku Cinta Dia yang bersiaran di TV3.

Pada tahun 2019, Hannah berlakon bersama Shukri Yahaya dalam drama 30 Pesanan Suara. Drama ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019 dan tamat pada 4 Jun 2019, disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan.

Pada tahun 2020, Hannah berlakon bersama Kamal Adli dalam drama Bukan Kahwin Paksa yang bersiaran di TV3. Hannah juga merupakan salah seorang pelakon utama drama Saga 2.0 di Mediacorp Suria dengan memegang watak sebagai Sofea. Selain beliau, ia turut dibintangi oleh Imam Shah, Hasnul Rahmat dan Shah Iskandar.[11]

Pada tahun yang sama, Hannah berlakon bersama Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan dalam drama Cinta Sekali Lagi yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[12] Ini menjadi drama terakhir lakonannya sebelum mengenakan hijab. Hannah kemudiannya berlakon bersama Aeril Zafrel dalam drama Tercipta Satu Ikatan yang bersiaran di Slot MegaDrama Astro Ria.

Pada tahun 2021, Hannah berlakon bersama suaminya sendiri, Imam Shah dalam drama Kisah Rumah Tangga. Drama ini bersiaran di Astro Ria pada bulan Ramadan. Pada tahun yang sama, Hannah berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama 28 Hari Mencari Cinta yang bersiaran di TV3.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2020, Hannah mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya.[13]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah 5 tahun mereka menjalin hubungan bersama.[14][15]

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Catatan
2015 "Anugerah"
2017 "Esok Masih Ada" OST Monalisa
"Baby Bro" OST Baby Bro
"Nova Superstar" Single promosi Huawei Nova
2018 "Tak Perlu Kata Apa-Apa"
"Hana" (ft. Aziz Harun)
2021 "Terlalu Mudah"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Langsuir Suri Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Farhana Aaliyah Suria Drama pertama
Kemelut Nadia
Kathy Gerenti Farah
Bingit Musim ke-4: Kurnia Ateeyah
2017 Faculty Zarina Saluran 5
7 Hari Faeqah Suria
Mencintaimu Mr. Photographer Aira Qaisara Astro Ria
2018 3 Gadis Manis (Musim 2) Jo Astro Gempak
Alamatnya Cinta Ellie Farhana Astro Ria
Aku Cinta Dia Laila Hanna TV3
2019 30 Pesanan Suara Syafira
2020 Bukan Kahwin Paksa Dara
Ben & Bella Bella
Saga 2.0 Sofea Suria
Cinta Sekali Lagi Amani TV3
Tercipta Satu Ikatan Leanna Astro Ria
2021 Kisah Rumah Tangga Fatin Episod: “Rindu Salah Alamat"
Ramadani Aishah TV3
28 Hari Mencari Cinta Saleha
2023 Stella On Stage Stella Sooka
Andai Itu Takdirnya Aleya Astro Ria
2024 Lelaki Itu Syarifah Batrisyah TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2017 Spaghetti Kuah Kacang Ashley Astro Ria
2018 The Hantus Dhia Astro First Eksklusif
Cruise Cinta Lebaran Maria ntv7

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Siaran TV
2017 Ciptarasa Rempah Ratus Pengacara TVi

Teater

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2017 Titaditu Watak utama Teater Singapura

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Pesta Perdana Singapura ke-14 Personaliti Wanita Paling Popular Menang
Anugerah Planet Muzik ke-16 Artis Paling Popular – Singapura Menang
Anugerah Instafamous HurrTV Anugerah Instafamous Pujaan Hati Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era ke-5 Artis Baharu MeleTOP Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Anugerah Planet Muzik ke-17 Kolaborasi Terbaik (Lagu) "Tak Perlu Kata Apa-Apa" Tercalon
Ikon Media Sosial Tercalon
Anugerah Telenovela ke-3 Pelakon Wanita Telenovela Popular Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
The 100 Most Influential Young Entrepreneurs Arts & Culture – Special Commendation Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Wanita Baru Popular Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Syafiq Kyle) Tercalon
2019 Pesta Perdana Singapura ke-15 Personaliti Wanita Paling Popular Menang
The 100 Top Young CEO Awards Special Talent Entrepreneur Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon Filem Wanita Popular Langsuir Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Syafiq Kyle) Menang
Asean Outstanding Business Awards Asean Top Social Media Influencer Award Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) 30 Pesanan Suara Tercalon

Rujukan

  1. ^ Amirah Amaly Syafaat (8 November 2015). Tamak itu bagus Diarkibkan 2019-04-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 November 2015.
  2. ^ Norhadiani Baharom (13 September 2017). Si cantik jadi langsuir Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  3. ^ Michelle Gun (10 Jun 2018). Kritikan jadi pedoman Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Julai 2018). Fokus satu saja Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (12 Oktober 2017). Hannah Delisha warisi bakat seni ibu Berita Harian. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  6. ^ Norhayati Nordin (16 Julai 2019). Belum rancang soal jodoh - Hannah Delisha Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2019.
  7. ^ Dennis Chua (28 November 2017). New song from Hannah Delisha New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  8. ^ Nur Dhuha Esoof (8 Ogos 2016). 'Kemelut' jadikan nama Hannah buah mulut Berita Harian Singapura. Dicapai pada 10 Ogos 2016.
  9. ^ Zaidi Mohamad (4 September 2017). Hannah Delisha ke KL untuk kerja Berita Harian. Dicapai pada 4 September 2017.
  10. ^ Siti Athirah Dzulkifly (3 September 2017). Hannah Delisha & Syafiq Kyle ada petanda baik Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2017.
  11. ^ "Drama 'SAGA 2.0' tampilkan seni bela diri campuran dengan aksi". Berita Mediacorp. 24 Mac 2020. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  12. ^ Nor Eryani Yusop (5 Disember 2020). 'Kontroversi Nasi Kangkang Amani' Kosmo!. Dicapai pada 8 Disember 2020.
  13. ^ Zaidi Mohamad (8 September 2020). Jiwa tenang bertudung Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  14. ^ Qarami Hashim (18 Februari 2021). "[VIDEO] Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah - "Akhirnya selepas lima tahun"". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2021.
  15. ^ Tahir Alhamzah (18 Februari 2021). "#Showbiz: Hannah Delisha weds fellow Singaporean actor". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mac 2021.

Pautan luar