Esplanade – Teater di Persisiran

Esplanade – Teater di Persisiran[1] (juga dikenali sebagai Teater Esplanade atau Esplanade sahaja) adalah sebuah bangunan di pinggir air yang terletak di kawasan dermaga enam hektar di sebelah Teluk Marina berhampiran muara Sungai Singapura. Bangunan ini dibina khusus untuk menjadi pusat seni persembahan di negara pulau Singapura. Dinamakan bersempena sesiaran Esplanade, ia mengandungi sebuah dewan konsert dengan 1,600 tempat duduk dan sebuah panggung yang mampu memuatkan 2,000 orang.

Esplanade – Teater di Persisiran
ايسڤلانيد – تياتر د ڤرسيسيرن
Esplanade – Teater di Persisiran seperti yang dilihat dari Teluk Marina (c.2010)
Map
Nama alternatifEsplanade
Maklumat umum
LokasiTeluk Marina, Downtown Core
Alamat1 Esplanade Dr
Singapura 038981
Pecah tanah
11 Ogos 1996 (1996-08-11)
Dibuka pada02 Oktober 2002 (2002-10-02)
Dirasmikan pada
12 Oktober 2002 (2002-10-12)
PembiayaanS$600 juta
PemilikMCI
PengurusanEsplanade Company, Ltd.
Butiran teknikal
Saiz60,000 m2 (6.0 he)
Bilangan tingkat
4
Reka bentuk dan seni bina
Arkitek
PemajuPWD Consultants
Jurutera penstrukturan
CPG Consultants
Jurutera awam
T. Y. Lin International
Pereka bentuk lain
  • ARTEC Consultants
  • alwitra
  • Elmich
  • Theatre Project Consultants
  • Atelier Group
  • Mero Raumstruktur
Kontraktor utamaPenta-Ocean Construction
Maklumat lain
Kapasiti tempat duduk
  • 1,950 (teater lirik)
  • 1,827 (dewan konsert)
  • 600 (teater luar)
  • 450 (studio tambahan)
  • 245 (studio resital)
  • 220 (studio teater)
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi

Sejarah sunting

Cadangan sunting

Pada 1989, Majlis Penasihat Kebudayaan dan Kesenian yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Ong Teng Cheong, mengeluarkan satu laporan yang menilai status kesenian di Singapura. Laporan itu akan membentuk rangka tindakan untuk dasar kebudayaan, dan membawa kepada penubuhan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Lembaga Warisan Negara (NHB). Laporan tersebut mencatatkan kurangnya tempat-tempat seni persembahan yang bersesuaian; contohnya Panggung Victoria dianggap hanya sesuai untuk persembahan berskala kecil hingga sederhana, manakala Dewan Konsert Victoria pula mempunyai muatan tempat duduk dan saiz pentas yang kecil sahaja. Ia disarankan supaya satu pusat seni persembahan baru dibina, dan pada 1992 Pusat Seni Singapura (kini dikenali sebagai Esplanade Co Ltd) telah ditubuhkan untuk membina Esplanade.[2]

Nama sunting

Nama bagi pusat seni baru untuk didedahkan pada tahun 1994. Ia dinamakan sempena Esplanade kerana kehadirannya yang ketara di Taman Esplanade.[3]

Pembinaan sunting

Rancangan untuk membina pusat itu bermula pada 1992 dan ia diketuai oleh Singapore Arts Centre Co. Construction. Upacara pecah tanah bagi pembinaan tersebut telah diadakan pada 11 Ogos 1996 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr. Tony Tan.[4] Esplanade menduduki tapak bekas Satay Club, salah satu pusat penjaja terkenal di Singapura yang telah dihentikan kerana pembinaan Esplanade. Satay Club telah dipindahkan di sebelah Pusat Beli-belah Sembawang,[5][6][7] sebelum ia ditutup.

Esplanade dibangunkan dengan kos kira-kira S$600 juta.[5]

Pembukaan sunting

Selesai dibina pada Februari 2001, pusat itu dibuka secara rasminya pada 12 Oktober 2002 oleh Presiden ketika itu, S. R. Nathan.[8]

Reka bentuk sunting

Reka bentuk seni bina unik bangunan ini telah dikatakan mempunyai persamaan dengan sebiji durian atau mata lalat. Jadi, dalam gaya bahasa percakapan, bangunan ini juga digelar penduduk setempat sebagai "Durian".[9]

Galeri sunting

  Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan sunting

  1. ^ "Jejak Jubli" (PDF). www.nhb.gov.sg. Lembaga Warisan Negara. Dicapai pada 9 Januari 2017. [arkib]
  2. ^ Lily Kong; Ching Chia-ho; Chou Tsu-Lung. Arts, Culture and the Making of Global Cities: Creating New Urban Landscapes in Asia (dalam bahasa Inggeris). Edward Elgar Publishing. m/s. 89–90. ISBN 9781784715847.
  3. ^ "Design for world-class arts centre unveiled" (dalam bahasa Inggeris). NewspaperSG (asalnya daripada The Straits Times). 22 Julai 1994. Dicapai pada 15 April 2015.
  4. ^ Habib (1 Mei 2013). "Esplanade Theatres on the bay Singapore - So Much to Choose From!" (dalam bahasa Inggeris). SG Travel. Dicapai pada 15 April 2015. [arkib]
  5. ^ a b MobileReference (1 Januari 2007). Travel Singapore: Illustrated Travel Guide, Phrasebook, and Maps (dalam bahasa Inggeris). MobileReference. m/s. 94. ISBN 978-1-60501-015-1. Dicapai pada 28 November 2013.
  6. ^ "T.Y. Lin International Group | Projects | The Esplanade – Theatres on the Bay" (dalam bahasa Inggeris). T.Y.Lin. [arkib]
  7. ^ "Satay Club" (dalam bahasa Inggeris). Infopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 28 November 2013.
  8. ^ "It's showtime at the Esplanade" (dalam bahasa Inggeris). NewspaperSG (asalnya daripada The Straits Times). 13 Oktober 2002. Dicapai pada 15 April 2015.
  9. ^ "Travel Guide: Singapore" (dalam bahasa Inggeris). The New York Times.

Pautan luar sunting