Esteban Gutiérrez
Esteban Manuel Gutiérrez Gutiérrez[1]; lahir 5 Ogos 1991) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Mexico. Beliau bersaing dalam kejuaraan GP2 pada tahun 2012 untuk Lotus GP, dan menjadi pemandu ujian untuk pasukan Formula Satu Sauber. Pada musim 2013, Gutiérrez berlumba untuk Sauber, dan menjadi rakan sepasukan Nico Hülkenberg.[2]
Lahir | Monterrey, Mexico | 5 Ogos 1991
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Mexico |
Entri | 12 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 0 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 1 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2013 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Pada tahun 2008, beliau memenangi kejuaraan Formula BMW Europe,[3] dan menjadi pemandu Mexico yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Antarabangsa pada umur 17 tahun. Beliau juga memenangi kejuaraan GP3 Series yang pertama pada tahun 2010. Beliau juga menjadi graduan GP3 yang pertama untuk mendapat tempat ketiga teratas dalam GP2 pada kejuaraan tahun 2012.
Formula Satu
suntingGutiérrez memandu sebuah kereta Formula Satu BMW Sauber pada bulan Disember 2009 selepas memenangi kejuaraan Formula BMW Europe.[4] Walaupun pasukan tersebut kehilangan sokongan daripada BMW bagi tahun 2010, beliau menyertai pasukan tersebut sebagai pemerhati untuk beberapa perlumbaan pada hujung minggu dan dimasukkan dalam program latihan yang sama sebagai pemandu perlumbaan, Pedro de la Rosa dan Kamui Kobayashi.[5] Kemudiannya pada musim ini, beliau telah dinamakan sebagai pemandu ujian dan simpanan Sauber pada 10 September.[6] Pada 16 November 2010, Gutiérrez telah mengambil bahagian dalam acara Ujian Pemandu Muda di Abu Dhabi, dengan menetapkan masa keempat terpantas hari tersebut.[7]
Beliau hampir bertanding dalam perlumbaan sulungnya untuk Sauber di Grand Prix Kanada 2011 apabila pemandu pasukan, Sergio Pérez, masih kurang sihat akibat dari kemalangannya pada perlumbaan sebelumnya di Monaco.[8] Oleh kerana Gutiérrez ialah pemandu ujian dan simpanan untuk Sauber, beliau boleh memilih untuk berlumba. Walau bagaimanapun, disebabkan masa acara tersebut dan seorang pemandu perlu mencatat masa sebelum berakhirnya sesi latihan bebas kedua, dan ketika itu beliau berada di Mexico, Gutiérrez tidak dapat mengambil alih kereta tersebut dan Sauber memilih untuk mengunakan bekas pemandu dan ujian McLaren, Pedro de la Rosa.[9]
Pada 28 Julai 2011, ia telah diumumkan bahawa Gutiérrez akan kekal sebagai pemandu simpanan Sauber sehingga musim 2012.[10] Gutiérrez sekali lagi mengambil untuk pasukan Sauber pada acara Ujian Pemandu Muda di Abu Dhabi pada 19 November. Beliau mencatatkan masa kelima terpantas dan ketujuh terpantas secara keseluruhan.[11]
Pada 26 Oktober 2012, Gutiérrez mengambil bahagian pada sesi latihan bebas yang pertama di Grand Prix India, dengan menggantikan Pérez yang kurang sihat. Beliau akhirnya mencatatkan masa ke-20 terpantas pada sesi tersebut, sebelum Pérez kembali ke dalam keretanya untuk sesi kedua.[12]
Sauber (2013)
suntingPada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Gutiérrez akan kekal bersama Sauber, dan kini menjadi pemandu kedua pasukan tersebut, manakala Nico Hülkenberg menjadi pemandu pertama, selepas menyertai pasukan tersebut dari pasukan Force India.[2] Di Grand Prix Australia, beliau mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan selepas mengalami kemalangan pada Q1. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-13. Di Grand Prix Malaysia, Gutiérrez memasuki Q2 dan melayakkan diri di tempat ke-14.[13] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-12.
Di China, beliau hanya mampu mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan, manakala rakan sepasukannya berjaya memasuki pusingan kelayakan bahagian ketiga. Perlumbaan Gutiérrez berakhir pada pusingan ke-4 apabila berlanggar ke belakang kereta Adrian Sutil, dan menyebabkan beliau bersara buat kali pertama pada musim ini. Di Bahrain, beliau sekali mendapat tempat ke-18 pada pusingan kelayakan, dan memulakan perlumbaan di tempat terakhir selepas menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menyebabkan kemalangan di China. Beliau gagal mendapat sebarang mata dan menamatkan perlumbaan satu pusingan di belakang pemenang.
Sepanyol adalah titik perubahan dalam kerjaya Formula Satu Gutiérrez. Walaupun memasuki Q2 buat kali kedua, beliau hanya mampu melayakkan diri di tempat ke-16. Sebelum perlumbaan, beliau didapati telah menghalang Kimi Räikkönen pada pusingan kelayakan, dan menyebabkan beliau jatuh tiga tempat, dan memulakan perlumbaan di tempat ke-19. Prestasi Gutiérrez pada perlumbaan ini jauh lebih baik berbanding dengan prestasinya sebelum ini. Beliau mendahului beberapa pusingan, dan menjadi menjadi pemandu ke-12 yang berbeza untuk melakukan demikian pada tahun 2013. Beliau juga bersaing dengan Jenson Button, tetapi selepas melakukan perhentian pit pada saat-saat akhir, beliau gagal untuk memintas Daniel Ricciardo, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas. Beliau juga mendapat pusingan terpantas yang pertamanya pada perlumbaan ini,[14] dan menjadi pemandu kedua termuda untuk menetapkan masa pusingan terpantas selepas Nico Rosberg.
Rekod kerjaya
suntingRingkasan kerjaya
suntingMusim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | Formula BMW USA | Team Autotecnica | 14 | 4 | 9 | 2 | 8 | 436 | Ke-2 |
Formula BMW World Final | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-25 | ||
Formula BMW ADAC | Esteban Gutiérrez | 2 | 0 | 0 | 1 | 0 | 46 | Ke-26 | |
2008 | Formula BMW Europe | Josef Kaufmann Racing | 16 | 7 | 3 | 9 | 12 | 353 | Pertama |
Formula BMW World Final | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | N/A | Ke-3 | ||
German Formula Three | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC† | ||
International Formula Master | Trident Racing | 2 | 0 | 0 | 0 | 1 | 8 | Ke-19 | |
2009 | Formula Three Euroseries | ART Grand Prix | 20 | 0 | 0 | 0 | 2 | 26 | Ke-9 |
British Formula Three | 4 | 0 | 0 | 1 | 1 | N/A | NC† | ||
Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-17 | ||
2010 | GP3 Series | ART Grand Prix | 16 | 5 | 3 | 7 | 9 | 88 | Pertama |
Formula Three Euroseries | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC† | ||
British Formula Three | 3 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC† | ||
2011 | GP2 Series | Lotus ART | 18 | 1 | 0 | 1 | 2 | 15 | Ke-13 |
GP2 Asia Series | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | Ke-11 | ||
GP2 Final | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | Ke-8 | ||
Formula Satu | Sauber F1 Team | Pemandu ujian | |||||||
2012 | GP2 Series | Lotus GP | 24 | 3 | 0 | 5 | 7 | 176 | Ke-3 |
Formula Satu | Sauber F1 Team | Pemandu ujian | |||||||
2013 | Formula Satu | Sauber F1 Team | 12 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0* | Ke-18* |
† Sebagai pemandu jemputan, Gutiérrez tidak boleh mendapat mata.
* Musim sedang dijalankan.
Keputusan lengkap GP3 Series
sunting(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2010 | ART Grand Prix | ESP FEA 3 |
ESP SPR 3 |
TUR FEA 1 |
TUR SPR 7 |
VAL FEA 1 |
VAL SPR 7 |
GBR FEA 1 |
GBR SPR 3 |
GER FEA 4 |
GER SPR 1 |
HUN FEA 2 |
HUN SPR 5 |
BEL FEA 16 |
BEL SPR 7 |
ITA FEA 1 |
ITA SPR Ret |
Pertama | 88 |
Keputusan lengkap GP2 Series
sunting(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | Lotus ART | TUR FEA Ret |
TUR SPR 11 |
ESP FEA Ret |
ESP SPR 12 |
MON FEA 12 |
MON SPR DNS |
VAL FEA 7 |
VAL SPR 1 |
GBR FEA 10 |
GBR SPR 8 |
GER FEA 12 |
GER SPR Ret |
HUN FEA Ret |
HUN SPR 2 |
BEL FEA 14 |
BEL SPR 7 |
ITA FEA 9 |
ITA SPR 6 |
Ke-13 | 15 | ||||||
2012 | Lotus GP | MYS FEA 7 |
MYS SPR 2 |
BHR1 FEA 3 |
BHR1 SPR 2 |
BHR2 FEA 10 |
BHR2 SPR 4 |
ESP FEA 10 |
ESP SPR 7 |
MON FEA 23† |
MON SPR 8 |
VAL FEA 1 |
VAL SPR Ret |
GBR FEA 1 |
GBR SPR 4 |
GER FEA 10 |
GER SPR 5 |
HUN FEA 8 |
HUN SPR 1 |
BEL FEA 11 |
BEL SPR 13 |
ITA FEA 9 |
ITA SPR Ret |
SIN FEA 2 |
SIN SPR 6 |
Ke-3 | 176 |
† Gutiérrez tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
Keputusan lengkap GP2 Asia Series
sunting(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2011 | Lotus ART | ABU FEA Ret |
ABU SPR 12 |
ITA FEA 12 |
ITA SPR 4 |
Ke-11 | 3 |
Keputusan lengkap Formula Satu
sunting(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2012 | Sauber F1 Team | Sauber C31 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS | MAL | CHN | BHR | ESP | MON | CAN | EUR | GBR | GER | HUN | BEL | ITA | SIN | JPN | KOR | IND TD |
ABU | USA | BRA | - | - |
2013 | Sauber F1 Team | Sauber C32 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS 13 |
MAL 12 |
CHN Ret |
BHR 18 |
ESP 11 |
MON 13 |
CAN 20† |
GBR 14 |
GER 14 |
HUN Ret |
BEL 14 |
ITA 13 |
SIN |
JPN |
KOR |
IND |
ABU |
USA |
BRA |
Ke-18* | 0* |
† Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Rekod
sunting- Kelima dalam senarai pemandu termuda untuk mendahului perlumbaan.
- Kedua dalam senarai untuk merekodkan masa pusingan terpantas.
Rujukan
sunting- ^ "Esteban Gutiérrez". Escudería Telmex. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-11. Dicapai pada 29 Jun 2011.
- ^ a b "Gutierrez berlumba untuk Sauber bagi musim 2013". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 23 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
- ^ BMW Motorsport "Formula BMW Europe Results – Driver's Championship" Diarkibkan 2008-10-24 di Wayback Machine. September 2008. Diambil 27 Mei 2013.
- ^ "BMW confirms tests for Rossi and Gutierrez". grandprix.com. Inside F1. 31 Julai 2009. Dicapai pada 20 Mac 2013.
- ^ Beer, Matt (26 Februari 2010). "Gutierrez to work with Sauber". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 20 Mac 2013.
- ^ "Gutierrez named BMW Sauber reserve for 2011". Formula One Official Site. Dicapai pada 10 September 2010.
- ^ Straw, Edd (16 November 2010). "Ricciardo tops day one of rookie test". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 20 Mac 2012.
- ^ "Sergio Perez to stay in hospital following Monaco crash". Dicapai pada 29 Mei 2011.
- ^ "De la Rosa replaces unwell Perez in Canada". F1Zone.net. Dicapai pada 22 Mac 2013.
- ^ "Kobayashi and Perez to stay at Sauber in 2012". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 28 Julai 2011. Dicapai pada 22 Mac 2013.
- ^ "Abu Dhabi Young Driver F1 test times – Combined". Crash Media Group. Dicapai pada 19 November 2011.
- ^ "Gutierrez enjoys India run, 'ready to go again'". Crash.net. Crash Media Group. 26 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-29. Dicapai pada 20 Mac 2013.
- ^ http://www.formula1.com/results/season/2013/894/7196/
- ^ http://www.formula1.com/results/season/2013/897/7299/fastest_laps.html