Habsyah

(Dilencongkan dari Ethiopia)

Habsyah ([hab.syah], dari bahasa Arab: الحبشة) atau Ethiopia [i.ti.yo.pi.ya] merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).

Republik Demokratik Persekutuan Habsyah

የኢትዮጵያ ፌዴራላዊ
ዲሞክራሲያዊ ሪፐብሊክ
ye-Ītyōṗṗyā Fēdēralāwī Dīmōkrāsīyāwī Rīpeblīk
Bendera Habsyah
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan: Wodefit Gesgeshi, Widd Innat Ityopp'ya
"Maralah, ibuku Habsyah"
Ethiopia in its region.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Addis Ababa
Bahasa rasmiBahasa Amhara
KerajaanRepublik persekutuan
• Presiden
Mulatu Teshome
Abiy Ahmed Ali
Penubuhan
• Tarikh tradisional
980 SM
• Kerajaan D'mt
Abad ke-8 SM
• Kerajaan aksum
Abad pertama SM
• Pembentukan Empayar Habsyah
1137
• Derg
1974
• Air (%)
0.7
Penduduk
• Anggaran 2016
75,067,000 (ke-12)
• Bancian 2007
73,750,932[1]
• Kepadatan
92.7/km2 (240.1/sq mi) (ke-123)
KDNK (PPP)Anggaran 2018 
• Jumlah
$216.449 bilion[2]
• Per kapita
$2,299.26[2]
KDNK (nominal)Anggaran 2018 
• Jumlah
$87.303 bilion[2]
• Per kapita
$927.39[2]
Gini (2011)negative increase 33.2[3]
sederhana
HDI (2008)0.503
rendah · ke-155
Mata wangBirr Habsyah (ETB)
Zon masaUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan251
DPT Internet.et

NamaSunting

Nama Habsyah pula berasal daripada kumpulan kaum Habesha, iaitu kaum yang mendiami kawasan Habsyah sejak 3000 S.M, nama kaum tersebut datangnya daripaa ungkapan nama bahasa Arab untuk bahasa Ethiosemitik; nama "Ḥabaśāt" (bukan vokal "ḤBŚT"). Perkataan moden Habesha adalah merujuk kepada nama penduduk awal negara (manakala negaranya dikenali "Ityopp'ya"). Namun begitu, dalam sesetengah bahasa, seperti bahasa Melayu, Ethiopia masih lagi dirujuk atas nama sanaknya (nama keturunan) yakni dengan perkataan "Habsyah"; ada juga menyebut "Abyssinia" yang berakar daripada istilah bahasa Arab moden Al-Ḥabashah.

Nama Bahasa Inggeris-nya "Ethiopia" pula dikatakan berasal daripada "Ityopp'is", iaitu nama anak cucu Ham, pembentuk bandar Aksum. Bukti paling awal tentang penggunaan nama Ityopya dalam wilayah itu sendiri adalah merujuk kepada Kerajaan Aksum pada kurun ke-4, dalam sebuah batu bersurat Raja Ezana,[4] dimana yang pertama di Kristiankan untuk seluruh empayarnya. Nama tersebut muncul dua kali dalam karya Iliad dan tiga kali dalam Odýsseia melalui bentuk bahasa Yunani ia diberi nama Αἰθιοπία (dari Αἰθίοψ, Aithiops, 'Ethiopia').[5] Herodotus mengkhususkan penggunaannya kepada kesemua tanah di selatan Mesir,[6] termasuk Sudan dan Habsyah moden. Plinius yang Tua mengatakan nama negara itu datang dari anak Hephaestus (aka Vulcan) bernama Aethiops.[7] Sama juga, pada kurun ke-15, Bahasa Ge'ez Kitab Aksum, nama tersebut dihuraikan sebagai nama bagi seorang individu lagenda dipanggil Ityopp'is, anak kepada Cush, anak Ham, yang dikatakan pengasas Bandar Axum. Tambahan lagi, menurut Cushite, dua orang Raja Semitik terawal juga dikatakan diberi nama Ityopp'is berdasarkan susur galur Raja tradisional Habsyah. Cendekiawan Eropah moden yang bermula sekitar tahun 1600[8] juga merujuk nama tersebut diambil dari perkataan Yunani iaitu aitho "Saya bakar" + ops "muka".[9][10]

SejarahSunting

Pada zaman nabi MuhammadSunting

Semasa Nabi Muhammad   masih berada di Makkah, baginda mengarahkan penganut Islam untuk menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia. Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia. Ketika itu rajanya bernama Najasyi beragama Kristian. Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat nabi Bilal bin Rabah berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal diseksa oleh majikannya Umaiyyah bin Khalaf.

Isteri Nabi Saudah pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya.

Melalui al Najashi, Nabi Muhammad   melamar Ummu Habibah. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham dibayar al Najashi bagi pihak Nabi.

Zaman EmpayarSunting

Zaman rejim DergSunting

Zaman kiniSunting

GeografiSunting

Habsyah berkeluasan kira-kira 1,104,300 kilometer persegi, menjadikan Habsyah sebagai negara ke-28 terbesar dunia.[11] Habsyah juga sebuah negara dikelilingi daratan. Kebanyakan kawasan Habsyah terletak dalam kawasan Tanduk Afrika, bahagian paling timur Afrika. Kebanyakan kawasan Habsyah adalah tertakluk kepada Tanah Tinggi Habsyah yang meliputi kawasan tengah dan barat laut negara. Ras Dashen, puncak tertinggi negara terletak dalam pergunungan ini dengan ketinggian 4,550 meter.[12] Sungai Nil Biru, salah satu punca utama Sungai Nil terbit dari Tasik Tana di barat laut negara. Iklim negara ini adalah pelbagai dengan iklim lazim ialah monsun tropika. Kawasan Habsyah di kawasan tanah tinggi memiliki suhu sederhana dengan kawasan lebih rendah adalah lebih panas.

PolitikSunting

Sistem politik di Habsyah adalah berdasarkan republik persekutuan berparlimen, dengan Presiden sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Secara umumnya, tugas-tugas Presiden adalah bersifat simbolik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan negara, dan kuasa perundangan dikongsi oleh badan parlimen dwidewan negara serta kerajaan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Country Level". 2007 Population and Housing Census of Ethiopia. CSA. 13 Julai 2010. Dicapai pada 18 Januari 2013.
  2. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects: Ethiopia". World Economic Outlook Database. International Monetary Fund. October 2017. Dicapai pada 2017-10-26.
  3. ^ Selima., Jāhāna, (2015). Work for human development (PDF). Human Development Report. United Nations Development Programme. ISBN 9789211263985. OCLC 936070939.Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link)
  4. ^ Munro Hay 1991
  5. ^ Histories, book 2, chapters 29 and 146; book 3 chapter 17 Odyssey, book 1, lines 22–23; book 4, line 84
  6. ^ Histories, II, 29–30; III, 114; IV, 197
  7. ^ Nat. Hist. 6.184–187; son of Hephaestus was also a general Greek epithet meaning "blacksmith".
  8. ^ India Sacra: hoc est suppetiae sacrae, ex vtraque India in Europam, pro ... by Francisco Colin, p. 5; see also Aethiopia
  9. ^ "Aithiops, Henry George Liddell, Robert Scott, ''A Greek-English Lexicon'', at Perseus". Perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2009-03-16.
  10. ^ Anton L. Allahar (2001). "When Black First Became Worth Less". International Journal of Comparative Sociology. 34 (1–2). ISBN 9781446224175.
  11. ^ "CIA World Factbook – Rank Order – Area". Dicapai pada 2 February 2008.
  12. ^ "African Ultra-Prominences". Peaklist (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Habsyah di Wikimedia Commons

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.