Eurasia
Eurasia ialah sebuah tanah besar yang mencakupi sekitar 52,990,000 km2 (20,846,000 batu2) atau kira-kira 10.6% daripada permukaan Bumi (36.2% kawasan tanah). Seringkali dianggap sebagai benua tunggal,[1] Eurasia terdiri daripada benua tradisional Eropah dan Asia (dengan Eurasia menjadi sebuah daripada dua buah kata gembleng), satu konsep yang bertarikh sehingga era antik klasik. Afro-Eurasia, adalah 2 kelompok benua iaitu Eurasia dengan Afrika yang bertemu di Terusan Suez.
Kawasan | 54,759,000 km2 |
---|---|
Penduduk | 4,620,000,000 (2010) |
Ketumpatan penduduk | 84/km2 |
Demonim | Serani |
Negara | 92 (senarai) |
Wilayah tanggungan | 9 |
Negara bukan PBB | 8 |
Zon masa | UTC to UTC+12 |
Eurasia didiami hampir 4.6 bilion penduduk, lebih daripada 72.5% jumlah penduduk dunia. Terdapat dakwaan namun fakta ini masih dalam perdebatan yang mengatakan, manusia pertama datang ke Eurasia adalah dari benua Afrika, dianggarkan sekitar 125,000 hingga 60,000 tahun yang lalu.[2][3]
Geografi
suntingEurasia terletak bermula dari Hemisfera Utara menganjur ke Hemisfera Timur dan ke pesisir perairan timur Lautan Atlantik, kemudian menganjur ke sempadan tanah negara Portugal dan Sepanyol hingga ke utara Rusia yang menganjur sehinggalah ke tanah terakhir belah timur negara Rusia. Lalu unjuran ini membawa ke bahagian tebing pesisir pantai Selat Bering, dimana terletaknya lokasi diantara Lautan Artik dan lautan Pasifik. Sempadan utara benua adalah Rusia dan Scandinavia yang berjiran dengan Lautan Artik, sempadan bahagian paling utara Afrika, Lautan Mediterranean, sepanjang pesisir Lautan Hindi. Kemudian ia terus menganjur ke pesisir pantai-pantai barat daya Myanmar, pesisir pantai Thailand, seluruh pesisir pantai Semenanjung Malaysia hingga melalui pesisir pantai barat Laut China Selatan, kemudian menganjur ke utara, ke pesisir pantai Vietnam, sepanjang pesisir pantai belah timur tanah besar China, Semenanjung Korea sehinggalah ke seluruhan Semenanjung Kamchatka, hujung timur Rusia. Negara-negara yang terletak di bahagian paling timur Eurasia adalah Sepanyol, Yemen, India, Semenanjung Malaysia. Tanjung Piai, Malaysia adalah tanah paling terselatan bagi tanah besar benua Eurasia dan Asia keseluruhannya.[4] Pembahagian benua antara benua eropah dan Asia adalah disebabkan faktor sejarah dan pembinaan budaya sahaja, namun begitu jika dilihat dalam konteks bentuk muka bumi azali yakni dalam keadaan fizikal, kedua-dua benua ini berkongsi suatu medan tanah benua yang sama.[5]
Rujukan
sunting- ^ "Continents: What is a Continent?". National Geographic Society. Dicapai pada 2009-08-22. "Most people recognize seven continents—Asia, Africa, North America, South America, Antarctica, Europe, and Australia, from largest to smallest—although sometimes Europe and Asia are considered a single continent, Eurasia."
- ^ "Hints Of Earlier Human Exit From Africa". Science News. doi:10.1126/science.1199113. Check
|doi=
value (bantuan). Dicapai pada 2011-05-01. - ^ Paul Rincon Humans 'left Africa much earlier' BBC News, 27 Januari 2011
- ^ "What is Eurasia?". geography.about.com. Dicapai pada 17 December 2012.
- ^ "How many continents are there?". National Geographic Society. Dicapai pada 2010-09-26. Unknown parameter
|note=
ignored (bantuan)
Pautan luar
sunting- EurasiaNet
- Eurasia Group
- Smile Europe Diarkibkan 2017-10-08 di Wayback Machine
- Eurasia Researchers Virtual Meeting