Eurocopter Tiger (designasi syarikat EC 665) adalah merupakan sebuah helikopter penyerang yang dikeluarkan oleh Eurocopter. Di Jerman ia dikenali sebagai Tiger; manakala di Perancis dan Sepanyol ia dikenali sebagai Tigre.

Tiger / Tigre
Eurocopter Tiger di Pertunjukan Udara Paris 2007.
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Eurocopter
Penerbangan sulung 27 April 1991
Diperkenalkan 2003
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Jerman
Tentera Darat Perancis
Tentera Darat Australia
Tentera Darat Sepanyol
Jumlah dibina 206 dirancang sehingga 2013[1]
Kos seunit €27.4 juta[1] (Tiger HAP, FY2013)
€36.1 juta[1] (Tiger HAD, FY2013)

Pembangunan sunting

Pada 1984, kerajaan Jerman dan Perancis telah mengeluarkan keperluan bagi sebuah helikopter tempur pelbagai peranan termaju. Satu usahasama yang terdiri daripada firma MBB dan Aérospatiale kemudian dipilih sebagai pembekal yang diutamakan. Disebabkan berkos tinggi, program ini telah dibatalkan pada 1986, tetapi kemudian dilancarkan semula pada 1987. Kemudian, pada November 1989, Eurocopter telah menerima kontrak untuk membina lima buah protototaip. Tiga buah akan menjadi tapak ujian tanpa persenjataan manakala dua lagi prototaip bersenjata: sebuah untuk versi anti kereta kebal Jerman dan selebihnya bagi versi helikopter pengiring Perancis.

Prototaip pertama telah membuat penerbangan sulung pada April 1991. Apabila Aerospatiale dan MBB, serta beberapa yang lain, bergabung pada 1992 bagi membentuk Eurocopter Group, program Tiger juga berpindah. Siri pengeluaran Tiger bermula pada Mac 2002, dan penerbangan pertama bagi helikopter pengeluaran pertama Tiger HAP untuk Tentera Darat Perancis dilakukan pada Mac 2003. Penghantaran lapan buah pertama helikopter yang dipesan oleh Perancis dilakukan pada September 2003.

Sehingga akhir 2003, penghantaran bermula untuk 80 buah versi helikopter tempur sokongan, UHT yang dipesan oleh Jerman kepada Pejabat Persekutuan bagi Perolehan dan Teknologi Pertahanan.

Pesanan eksport sunting

Pada Disember 2001, Eurocopter telah dianugerahkan kontrak bagi “Keperluan Udara 87”, Tentera Darat Australia, yang mana merupakan kontrak untuk membekalkan 22 buah helikopter versi Tiger ARH (Armed Reconnaissance Helicopter, Bahasa Melayu: Helikopter Pengawasan Bersenjata). Helikopter Tiger ARH pertama dijadualkan memasuki perkhidmatan pada 2004. 18 dari 22 buah helikopter akan dipasang di kemudahan milik Australian Aerospace, di Brisbane yang merupakan anak syarikat Eurocopter di Australia.

Pada September 2003, Sepanyol telah memilih versi helikopter tempur sokongan Tiger HAD untuk tentera daratnya. 24 buah helikopter dari jenis ini telah dipesan dan akan dipersenjatai dengan sistem-sistem Trigat dan peluru berpandu Mistral. Helikopter ini juga akan dilengkapkan dengan enjin MTR390 yang dipertingkatkan dan beban muatan yang lebih berat. Penghantaran dijangka bermula pada 2007-2008.[2] Perancis memilih untuk menaik taraf kebanyakan helikopter versi HAP kepada HAD; oleh itu versi HAC tidak akan dibina.

Pada Jun 2006, Rafael Spike-ER telah dipilih oleh Tentera Darat Sepanyol sebagai peluru berpandu panduan anti kereta kebal untuk digunakan pada helikopter versi HAD miliknya, dan bukan seperti pengumuman sebelumnya iaitu peluru berpandu Trigat.

Pada Julai 2006, kerajaan Arab Saudi telah menandatangai kontrak pembelian bagi sejumlah 142 buah helikopter, termasuk 12 buah helikopter penyerang Tiger.[3]

Rekabentuk sunting

 
Tiger UHT yang digunakan oleh Tentera Darat Jerman.
 
Pandangan dekat kemungkinan persenjataan UHT

Badan Tiger dibuat daripada 80% polimer fiber karbon diperkuat dan kevlar, 11% aluminium, dan 6% titanium. Rotor dibuat daripada fiber-plastik yang boleh bertahan dari kerosakan pertempuran dan serangan burung. Perlindungan dari kilat dan gelombang elektromagnet dilakukan dengan menanam kekisi tembaga/gangsa dan kerajang ikatan tembaga.

Meskipun Tiger memiliki konfigurasi helikopter bersenjata biasa iaitu susunan dua krew yang diatur dalam kedudukan selari, ia bagaimanapun agak berlainan di mana kedudukan juruterbang adalah di kerusi hadapan dan penembak di belakang, tidak seperti helikopter penyerang lain pada masa sekarang. Kerusi dialih kearah berlawanan dengan garis tengah bagi meningkatkan pandangan hadapan untuk penembak yang duduk di kerusi belakang.

Perlindungan sunting

EC Tiger berupaya untuk menghentikan tembakan meriam-auto berkaliber 23mm.[4]

Antara pekakasan lain yang dipasang adalah Sistem AN/AAR-60 MILDS yang mana memastikan amaran radar, sistem amaran laser, dan penjejak peluru berpandu yang dilancarkan/menghampiri yang dibangunkan oleh EADS DE, semuanya akan disambungkan kepada unit pemproses pusat keluaran Thales dan dispenser pengumpan/suar SAPHIR-M dari MBDA. Tanda-tanda visual, radar, inframerah dan bunyi juga dikurangkan.

Navigasi/komunikasi sunting

Sistem navigasi mengandungi dua unit giro laser cincin Thales Avionique tiga paksi, dua meter magnet, dua komputer data udara, radar Doppler empat-rasuk CMA 2012 buatan BAE Systems Canada, altimeter radio, sistem kedudukan sejagat, kelengkapan penderia kelajuan udara rendah dan penderia untuk permukaan ikutan.

Jaringan data: Link 4A, Thales Proprietary PR4G, STANAG 5066

Radio: HF, MF, VHF, UHF, military SATCOM, penerima GPS dan jaringan data..

Kos sunting

Kos sistem (helikopter, persenjataan dan sokongan) bergantung kepada jumlah dan versi:

  • Tiger HAP - AS$ 35-39 juta
  • Tiger ARH - AS$ 36 juta
  • Tiger HAD - AS$ 44-48 juta
  • Tiger UHT - AS$ 38-43 juta
  • (Sebagai perbandingan, helikopter Apache Longbow adalah AS$ 48-52 juta)

Paparan Pajera Lekapan Helmet sunting

  • Helikopter Perancis dilengkapi dengan paparan pajera lekapan helmet TopOwl untuk kedua-dua juruterbang/pembantu juruterbang dan satu HUD untuk juruterbang dari Thales Avionics.
  • Krew helikopter Jerman dilengkai dengan paparan pajera lekapan helmet buatan BAE Systems.
  • Krew helikopter Tiger Australia menggunakan paparan pajera lekapan helmet TopOwl HMSD dari Thales Avionics.

Kelainan sunting

Tiger HAP sunting

Tiger HAP/HCP (Helicoptere d'Appui Protection / Helikopter untuk Perlindungan Dekat) merupakan sebuah helikopter sokongan tembakan dan tempur udara ke udara berat sederhana yang dibina untuk Tentera Darat Perancis.

Ia dilengkapi dengan meriam berkaliber 30 mm yang dipasang pada turet dagu dan roket tanpa panduan SNEB yang berkaliber 66 mm untuk peranan sokongan tembakan selain peluru berpandu udara ke udara Mistral.

UH Tiger sunting

 
Tiger UHT dari Tentera Darat Jerman

Tiger UHT (from Unterstützungshubschrauber Tiger; Bahasa Melayu helikopter sokongan Tiger) merupakan helikopter sokongan tembakan pelbagai peranan berat sederhana yang dibina untuk Bundeswehr (Angkatan Tentera Jerman).

UHT boleh membawa peluru berpandu “tembak dan lupa” PARS 3 LR dan/atau HOT3 selain roket sokongan tembakan udara ke darat 70 mm Hydra. Empat peluru berpandu AIM-92 Stinger (2 pada setiap sisi) dipasang untuk pertempuran udara ke udara. Tidak seperti versi HAP/HCP, ia tidak memiliki turet meriam, tetapi pod meriam 12.7 mm yang boleh dipasang sekiranya perlu. Tentera Darat Jerman memutuskan untuk tidak menggunakan meriam GIAT buatan Perancis yang berkaliber 30 mm digunakan pada versi Tiger yang lain kerana tidak puas hati dengan kuasa tendang balas yang kuat yang dihasilkan oleh meriam ini. Versi UHT yang ditingkat upaya dengan meriam auto tanpa tendang balas Rheinmetall RMK30 berkaliber 30 mm, belum dapat dipastikan disebabkan oleh belanjawan.
Satu lagi perbezaan ketara pada versi HAP adalah penggunaan mast-mounted sight, yang memiliki saluran inframerah generasi kedua dan saluran TV.

Sistem pertahanan diri termasuk penerima amaran radar/laser/pelancaran dan penghampiran peluru berpandu serta pengumpan.

Tiger ARH sunting

Tiger ARH (Armed Reconnaissance Helicopter – Bahasa Melayu: Helikopter Pengawasan Bersenjata) merupakan versi yang dipesan oleh Tentera Darat Australia untuk mengantikan helikopter OH-58 Kiowa dan helikopter bersenjata “Bushranger” yang berasaskan model UH-1 Iroquois. [5] Tiger ARH merupakan sebuah helikopter versi ubahsuai dan tingkat upaya Tiger HAP yang menggunakan enjin MTR390 yang ditingkat upaya selain dari penanda laser yang digabungkan dalam pajera Strix untuk melancarkan peluru berpandu udara anti kereta kebal Hellfire II, bagi mengantikan roket tanpa panduan SNEB. Versi ARH akan menggunakan roket berkaliber 70 mm (2.75 in.) yang dibangunkan oleh firma dari Belgium, Forges de Zeebruges (FZ).

Tiger HAD sunting

Tiger HAD (Hélicoptère d'Appui Destruction [6]/ Support Destruction Helicopter) sebenarnya serupa dengan versi HAP, dengan lebih 14% kuasa tersedia enjin disebabkan tingkat upaya pada enjin Enhanced MTR390 (1464shp) dan memiliki perlindungan balistik yang lebih baik. Ia juga boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu anti kereta kebal PARS 3 LR yang pada asalnya dibangunkan untuk helikopter Tiger UHT versi Jerman.

Helikopter ini sesuai bagi peranan sokongan dan menumpaskan tentangan musuh serta telah dipilih oleh Tentera Darat Sepanyol. Penerbangan Ringan Tentera Darat Perancis (ALAT) telah memutuskan untuk meningkat upaya kebanyakan helikopter HAP kepada versi HAD. Oleh itu, versi HAC (bermaksud Hélicoptère Anti-Char atau Helikopter Anti Kereta Kebal) telah dibatalkan.

Sehingga Jun 2006, 28 buah helikopter Tiger versi pengeluaran telah diterbangkan, ini termasuk 18 buah helikopter yang diserahkan kepada pelanggan di empat buah negara. 28 buah helikopter ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 4000 jam penerbangan.

Pengguna sunting

  Australia
  • 22 buah versi ARH.
  Perancis
  • 80 buah – 40 buah versi HAP dan 40 buah versi HAD (HAD akan diserahkan sehingga tahun 2012).
  Jerman
  • 80 buah – kesemuanya versi UHT.
  Sepanyol
  Pakistan

Spesifikasi (Eurocopter Tiger) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 (juruterbang, pegawai sistem senjata)
  • Panjang: 14.08 m fiuslaj (46 kaki 2 in)
  • Diameter rotor: 13.00 m (42 kaki 8 in)
  • Tinggi: 3.83 m (12 kaki 7 in)
  • Ceper luas: 133 m² (1,430 kaki ²)
  • Berat kosong: 3,060 kg (6,750 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 6,000 kg (13,000 lb)
  • Muatan bahan api dalaman: 1,080 kg (2,380 lb)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce/Turbomeca/MTU MTR390 turboshaft, 873 kW (1,170 shp) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 290 km/j dengan tiang, 315 km/j tanpa tiang (157 knot atau 181 bsj dengan tiang, 170 knot atau 196 bsj tanpa tiang)
  • Jarak: 800 km (430 batu nautika, 500 batu) tempur (dengan tangki bahan api luaran di stesyen ke arah dalam: 1300km)
  • Lelangit khidmat 4,000 m (13,000 kaki)
  • Kadar kenaikan: 10.7 m/s (2,105 kaki /min)

Persenjataan

  • Meriam:
    • 1× 30 mm (1.18 in) meriam GIAT 30 di turet dagu (HAP, HAD, ARH) atau
    • 1× 12.7 mm (0.50 in) atau pod meriam 20 mm (0.787 in) (bagi UHT)
  • Roket: Pod-pod
    • 19× 70 mm (2.76 in) SNEB (HAD), atau
    • 19× 70 mm Hydra (UHT, ARH), atau
    • 22× 68 mm (2.68 in) SNEB (HAP), atau
    • 7× 70 mm SNEB atau roket tanpa panduan (HAD)
  • Peluru berpandu:

Lihat juga sunting

Pesawat setanding

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Francebudget2013 tidak disediakan
  2. ^ [1]
  3. ^ The 2006 Saudi Shopping Spree: More Helicopters from Eurocopter[pautan mati kekal]
  4. ^ Proc IMechE, Part G: Journal of Aerospace Engineering - Materials for military helicopters
  5. ^ Defence Materiel Organisation
  6. ^ France & Spain Order New Eurocopter Tiger HAD Variant (updated)
  7. ^ "Eurocopter - Homecoming For Spanish Army's First Eurocopter Tigers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-04. Dicapai pada 2008-12-10.
  8. ^ France to provide combat copters

Pautan luar sunting