Taptibau (burung)

(Dilencongkan dari Eurostopodinae)

Taptibau atau tetabu ialah sekumpulan kecil burung nokturnal dalam keluarga tukang, walaupun taksonominya tidak pasti. Terdapat sembilan spesies, terutamanya ditemui di hutan dan semak dari China ke Australia. 5 spesies diletakkan dalam genus, Eurostopodus (tetabu), dua lagi spesies dalam Lyncornis (taptibau). Ia merupakan burung bersayap panjang dengan buluan bercorak kelabu dan perang untuk menyamarkan diri apabila berehat di atas tanah. Ia memakan serangga yang ditangkap dalam penerbangan. Sebiji telur putih ditelurkan terus di atas tanah dan dieram oleh kedua-dua induk. Anaknya boleh berjalan sejurus selepas menetas.

Taptibau
Eurostopodus mystacalis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Subkeluarga: Eurostopodinae
Genus
  • Eurostopodus
  • Lyncornis

Taksonomi sunting

Order Caprimulgiformes mengandungi beberapa keluarga insektivor nokturnal, iaitu segan, malas, minyak, dan tukang. Keluarga yang terakhir tersebut biasanya dibahagikan kepada dua subkeluarga, Chordelinae dan Caprimulginae.[1] Taptibau (Eurostopodinae) kadangkala dianggap sebagai subkeluarga di dalam keluarga Caprimulgidae tetapi sesetengah kajian menganggapnya sebagai kumpulan kerabat,[2] manakala yang lain menganggapnya sebagai klad tersendiri;[3] ada yang lain menganggap bahawa genus Eurostopodus mungkin bukan ekafiletik.[4][5][6]

Taptibau terdiri daripada sembilan spesies hidup dalam dua genus, Eurostopodus (tetabu) dan Lyncornis (taptibau sungguh):[7]

Gambar Genus Spesies hidup
  Eurostopodus (Tetabu)
  Lyncornis (Taptibau sungguh)

Pemerihalan sunting

Taptibau bersaiz besar berbanding dengan kebanyakan tukang lain, tetapi selain itu, wajahnya serupa. Ia bersayap panjang dan berekor panjang, dan ringan relatif dengan saiz sayap, menjadikannya kuat dan tangkas dalam penerbangan. Perbezaan penting taptibau berbanding spesies tukang sungguh ialah ketiadaan bulu kejur di sekeliling paruhnya. Ia adalah nokturnal dan mempunyai tapetum lusidum berpantul di bahagian belakang mata. Paruhnya kecil, tetapi ia mempunyai nganga yang sangat besar untuk menangkap serangga dalam penerbangan. Kaki dan batang kakinya kecil dan lemah, dan jari kakinya sebahagiannya berselaput. Cakar kaki tengahnya mempunyai pekten seperti sikat pada tepi dalam, yang boleh digunakan untuk penjagaan buluan.[8]

Buluannya bercorak samar dengan warna perang dan kelabu, untuk menjadikannya sukar dilihat apabila berehat pada siang hari di sarang tanahnya. Sesetengah spesies mempunyai tompok putih di sayap, dan dua dalam genus Lyncornis (taptibau kecil dan taptibau besar) mempunyai "jambul telinga" di bahagian belakang gombaknya.[9] Seruannya ialah tiga atau lebih nada berulang, kadangkala dengan siulan atau bunyi menggelegak, dan biasanya dibunyikan pada waktu subuh atau senja.[10]

Taburan dan habitat sunting

Taptibau ditemui dari China melalui Asia Tenggara ke Australia. Populasi tropika kebanyakannya tidak giat, tetapi dua spesies Australia (tetabu bertompok dan tetabu leher putih) ialah pendatang separa. Ia sering mendiami hutan terbuka atau pembukaan hutan dan sisian.[10]

Tingkah laku sunting

Pembiakan sunting

Tiada sarang dibina, telur putih tunggal ditelurkan terus ke tanah atau sampah daun. Betina mengeram telur pada siang hari, bergantung terutamanya pada penyamaran buluan yang sangat baik untuk mengelakkan pemangsa. Jantan mengambil alih pengeraman pada waktu malam, tetapi bertengger agak jauh apabila betina sedang mengeram.[11] Jika perlu, betina akan cuba mengalihkan perhatian penceroboh dari telur, atau melakukan paparan pertahanan dengan melebarkan sayap, mengembangkan leher, dan membunyi berdesis. Telur menetas dalam masa tiga hingga empat minggu, dan anaknya boleh berjalan tidak lama selepas menetas. Anaknya diberi makan oleh kedua-dua induk.[10]

Pemakanan sunting

Tabiat pemakanan semua taptibau hampir sepenuhnya bergantung pada serangga yang ditangkap dalam penerbangan, biasanya rama-rama dan kumbang. Ia memburu pada waktu senja dan malam, dan memakan mangsanya menggunakan sayap. Penerbangannya berapung dan berpusing,[12] dan mungkin diselangi dengan tempoh berehat di atas tanah, jalan raya, atau di dalam pokok.[10] Ia minum dalam penerbangan, meluncur rendah di atas air dan mencelup paruh.[12]

Petikan sunting

  1. ^ Cleere (1998) p. 15
  2. ^ Mariaux, J; Michael J Braun (1996). "A Molecular phylogenetic survey of the nightjars and allies (Caprimulgiformes) with special emphasis on the potóos (Nyctibiidae)" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 6 (2): 228–244. doi:10.1006/mpev.1996.0073. PMID 8899725.
  3. ^ Barrowclough, George F.; Groth, Jeff G.; Mertz, Lisa A. (2006). "The RAG-1 exon in the avian order Caprimulgiformes: phylogeny, heterozygosity, and base composition". Molecular Phylogenetics and Evolution. 41 (1): 238–48. doi:10.1016/j.ympev.2006.05.013. PMID 16814574.
  4. ^ Braun, MJ; Huddleston, Christopher J. (2009). "A molecular phylogenetic survey of caprimulgiform nightbirds illustrates the utility of non-coding sequences". Molecular Phylogenetics and Evolution. 53 (3): 948–60. doi:10.1016/j.ympev.2009.08.025. PMID 19720151.
  5. ^ Kin-Lan Han, M.S. (2006) Molecular systematics of nightjars and nighthawks (Caprimulgidae) MS Thesis. University of Maryland
  6. ^ Larsen, C; Michael Speed; Nicholas Harvey; Harry A. Noyes (2007). "A molecular phylogeny of the nightjars (Aves: Caprimulgidae) suggests extensive conservation of primitive morphological traits across multiple lineages" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 42 (3): 789–796. doi:10.1016/j.ympev.2006.10.005. PMID 17123840.
  7. ^ Han, K.-L.; M.B. Robbins; M.J. Braun. 2010 (2010). "A multi-gene estimate of phylogeny in the nightjars and nighthawks (Caprimulgidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 55 (2): 443–453. doi:10.1016/j.ympev.2010.01.023. PMID 20123032.
  8. ^ Cleere (1998) p. 24
  9. ^ Cleere (1998) pp. 106–112
  10. ^ a b c d Cleere (1998) pp. 174–184
  11. ^ Cleere (1998) pp. 24–35
  12. ^ a b Cleere (1998) pp. 32–33

Sumber umum dan yang dipetik sunting

  • Cleere, Nigel; Nurney, David (1998). Nightjars: A Guide to the Nightjars, Frogmouths, Potoos, Oilbird and Owlet-nightjars of the World. Pica/Christopher Helm. ISBN 1-873403-48-8.