Datuk Dr Ewon Ebin, PGDK; JMN, adalah Ahli Dewan undangan Negeri Sabah, kawasan N31 Paginatan,Sabah setelah menang bertanding atas tiket BN dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008.Beliau salah seorang dari 10 wakil Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang bertanding pada tahun 2008. Datuk Dr Ewon Ebin kini merupakan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia pada Mei 2013 dalam Kabinet Malaysia 2013.[1]

YBhg Datuk Dr.

Ewon Ebin

PGDK (Sab); JMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ranau, Sabah
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehSiringan Bin Gubat
Digantikan olehYang Berhormat Tuan Jonathan Yasin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehMaximus Johnity Ongkili
Digantikan olehWilfred Madius Tangau
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Paginatan
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSiringan Bin Gubat
Butiran peribadi
Lahir (1954-06-26) 26 Jun 1954 (umur 69)
Parti politik BN-UPKO
PasanganDatin Dana Untol
PekerjaanAhli politik

Tesis beliau di Universiti Malaya 1978 ialah 'Suatu Kajian Undang-Undang Adat Dusun Ranau di Sabah mengenai Perkahwinan, Perceraian dan Warisan'. Beliau begitu berminat tentang permasalahan masyarakat pribumi di Sabah.[2]


Pada 14 Mac 1994, beliau terlibat sama dalam Resolusi Seri Gaya untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) . Resolusi ini ditandatangani oleh hampir semua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) di Seri Gaya. Seri Gaya ialah kediaman rasmiKetua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Pilihan raya sunting

Sejak 1995 , Datuk Ewon Ebin telah bertanding dalam pilihan raya Sabah di Kundasang. Pada 1995 Ewon Ebin menang dengan majoriti 939 undi. Dalam Pilihan raya 1999, Ewon Ebin ditentang oleh Ramdi Indang (Bersekutu) ;Karim Bin Adam (PBS) dan Benjimin Yasin (Setia).Kawasan Kundasang mempunyai 11,539 undi.

DUN Paginatan sebelum ini dikenali sebagai Ranau dan mempunyai 8639 pengundi. Datuk Ewon Ebin (BN/UPKO) 3224, Janimin Saiun (Bebas)1673; Ramli Indang (Bebas) - 937 ; Henry Wan Kauting (Setia) 76 dan Nayon Gudumi (Bebas) - 69. [3]

Dalam pilihan raya seterusnya, Ewon Ebin (PBS) mendapat 4956 undi ; Datuk Kasitah Gadam (BN) mendapat 4017 undi.[4]

Dalam pilihan raya 2008, Ewon Ebin (BN) mendapat 5206 undi ; Jahumin Ampadong (Bersekutu) 157 ; Paul B. Kerangkas (PKR) 1,749 undi dan Mat Jaili Samat (Bebas) 90 undi .Setelah kemenangan itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.[5]

Pendatang asing tanpa izin sunting

Pada 11 Januari 2009, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin mengingatkan pihak Kemas, JKKK tentang taktik PATI menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan bantuan warga miskin tegar.[perlu rujukan] Melalui lawatan ke rumah, pihak-pihak yang berkenaan boleh memeriksa tahap sebenar kemiskinan pemohon sekali gus dapat memastikan dokumen mereka sah atau sebaliknya.

Kampung Sejahtera sunting

Pada 30 April 2010, Datuk Ewon Ebin selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah hadir dalam majlis Anugerah Kampung Sejahtera Sabah di Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Mansiang, Menggatal. Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.Pemenang ialah Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan - juara Anugerah Kampung Sejahtera peringkat negeri Sabah. Kampung Entilibon, Tongod (naib juara) dan Kampung Babagon Penampang (ketiga).Semua pemenang menerima hadiah dalam bentuk geran projek bernilai RM50,000 bagi juara, RM40,000 (naib juara) dan RM30,000 (ketiga).[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-28.
  2. ^ Women in Southeast Asia: a bibliography,Kok-sim Fan,G.K. Hall, 1982, hlm 242
  3. ^ Information Malaysia,Berita Publ. Sdn. Bhd, 2005, hlm 772
  4. ^ Sabah's dilemma: the political history of Sabah, 1960-1994,Datuk Herman J. Luping,Magnus Books, 1994,hlm 490
  5. ^ "N31 PAGINATAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 2021-09-26.
  6. ^ Kursus pelupusan sampah kepada JKKK