Noranieyzah "Eyza" Bahra (lahir s. 1988) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi latar untuk M. Nasir, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris dan One Nation Emcees,[2] beliau terkenal sebagai ahli kumpulan pop reggae Salammusik sebagai vokalis utama bersama Salam, namun meninggalkan kumpulan itu pada 2015 dan memulakan kerjaya muzik secara solo.[3][4] Pada tahun 2017, beliau melancarkan album solo pertamanya, Suara.[5]

Eyza Bahra
Eyza ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 27 Januari 2015.
Latar belakang
Nama lahirNoranieyzah binti Bahra
Kelahirans. 1988 (umur 35–36)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Mixology Music, LIFE Records
Pengkarya berkait

Kerjaya muzik sunting

Salammusik sunting

Eyza Bahra ialah vokalis kumpulan Salammusik bersama-sama dengan Ashraf Azlan atau Salam. Sepanjang bersama kumpulan itu, beliau merakamkan dua album, Salam Musik (2011) dan O (2013) dan juga pernah mengadakan projek muzik secara solo. Eyza mengumumkan pada September 2015 bahawa beliau telah meninggalkan Salammusik selepas 6 tahun bersama.[3] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Eyza berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Salammusik di masa depan: "Saya keluar secara baik daripada Salammusik selepas perbincangan dengan anggota lain. Ia bukan keputusan yang mudah kerana banyak pengalaman berharga bersama mereka sebelum ini".[6]

Kerjaya solo sunting

Selepas meninggalkan Salammusik, Eyza memulakan kerjaya muziknya secara solo dan menandatangani kontrak bersama Mixology Music milik bekas ahli Teh Tarik Crew, DJ Fuzz.[3] Bersama Mixology, Eyza merakamkan single sulungnya, "Imaginasiku", kemudian diikuti oleh single kedua, "Cakerawala".[7]

Eyza merupakan antara artis yang mengadakan persembahan di konsert amal Membina Masa Depan yang Gemilang dan Penyayang' anjuran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (KUTS) pada 25 Mac 2016 dan Hari Terbuka KUTS pada 2 April. Artis lain yang terlibat ialah Noh Salleh, Misha Omar dan Farah Farhana.[8]

Album solo pertamanya, Suara dikeluarkan pada 16 Mac 2017,[9] mengandungi 8 lagu termasuk "Imaginasiku" dan "Cakerawala" yang dikeluarkan sebagai single dua tahun sebelumnya. Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[6] Selain itu, beliau turut menyumbangkan empat lagu dan menulis lirik untuk dua lagu dalam Suara.[10][11]

Pada tahun 2019, Eyza merakamkan single terbaharunya, "Ada Chan" menampilkan duet bersama Amsyar atau ADK. Menurutnya, lagu ini mengenai pengalaman peribadinya dan ADK.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Eyza Bahra dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah.[13] Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[1]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Suara

Single sunting

Tahun Tajuk Catatan
2012
"Biarkan"
2015
"Imaginasiku"
"Cakerawala"
2018
"Cahaya"
Lagu tema Zahir Tak Terucap
2019
"Ada Chan"
Duet bersama Amsyar (ADK)

Penampilan lain sunting

Tahun Tajuk Penyanyi lain
2011
"Seteguk"
Salammusik
2015
"Entah Apa Rasa"
Sissy Imann
2017
"Santai"
Nana Sheme
2019
"Salam Lebaran"
Mark Adam dan W.A.R.I.S
"Brace"
The Venopian Solitude

Rujukan sunting

  1. ^ a b Rudy Syareme Sheriffuddin (12 Oktober 2015). "Impian jadi kenyataan". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2015.
  2. ^ "Kenali Eyza Bahra". Online FM. Dicapai pada 6 November 2016.
  3. ^ a b c Kemalia Othman (19 September 2015). "Jadi penyanyi solo, Eyza Bahra tinggalkan Salammusik". mStar Online. Dicapai pada 1 November 2015.
  4. ^ Rozaimi Zubaidi (15 Mac 2017). "Bergerak solo bukan kerana ada masalah dengan Salam Musik - Eyza Bahra". Astro Gempak. Dicapai pada 6 November 2017.
  5. ^ Budiey (16 Mac 2017). "Eyza Bahra lancar album Suara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 November 2017.
  6. ^ a b Ramlah Zainal (13 Mac 2017). "Eyza tampil solo". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2017.
  7. ^ Eyza Bahra curi masa demi insan kurang bernasib baik. mStar Online. 23 Jun 2016. Dicapai pada 6 November 2016.
  8. ^ "ICTS organizing charity comert, Info Day and Open Day". The Borneo Post. 19 Mac 2016. Dicapai pada 6 November 2016.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (15 Mac 2017). "Eyza Bahra keluar zon selesa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-15. Dicapai pada 19 Julai 2017.
  10. ^ "Eyza Bahra gabungkan semua single dalam Suara". Utusan Borneo. 26 Mac 2017. Dicapai pada 6 November 2017.
  11. ^ Intan Suhana Che Omar (20 Mac 2017). "Eyza Bahra menggabungkan single dalam Suara". Youth Bernama. Dicapai pada 6 November 2017.
  12. ^ Syanty Octavia Amry (21 April 2019). "Eyza bebas berkarya". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2019.
  13. ^ "Meet the artist: Eyza Bahra" (dalam bahasa Inggeris). GirlsClub Asia. 12 Jun 2019. Dicapai pada 6 November 2019.

Pautan luar sunting