Ezad Lazim
Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.
Ezad Lazim | |
---|---|
Nama lahir | Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim |
Kelahiran | Alor Setar, Kedah, Malaysia | 30 November 1979
Genre | Pop Rock, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal ▪︎ gitar |
Tahun aktif | 1993–kini |
Syarikat rakaman | Ada Exists Sdn Bhd Universal Music Malaysia MVM Production (2011-2018) Broadway NuMusic (2019) DATU Entertainment (2020) NAR Records (2021) |
Pengkarya berkait | Exists |
Laman sesawang | http://facebook.com/EzadLazimOfficial http://instagram.com/ezadlazim http://twitter.com/EzadLazim |
Pasangan | Nor Azeana Haji Ramli (k. 2013) |
Anak-anak | Puteri Rania Kiesha Putra Muhammad Darwish |
Ibu bapa | Mohd Lazim Ismail (bapa) Rosadah Jahaya (ibu) |
Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas beliau meninggalkan kumpulan Exists pada tahun 2007.
Keluarga Sunting
Ezad telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarganya, Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013, tepat jam 10:40 pagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha dan Putera Muhammad Darwish.
Ezad juga mempunyai seorang anak saudara yang turut mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik bernama Mohd Rozaimi Rosli atau lebih dikenali sebagai Along Zaimi. Bakat Along dicungkil menerusi program realiti anjuran TV3 iaitu Mentor Milenia pada tahun 2017. Along juga telah menamatkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Diskografi Sunting
Album solo Sunting
- Mengharap Bintang (2011)
Single Sunting
- Solo
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2002 | "Renyai Di Hati" | Single |
2006 | Kau yang Terpaling Ku Cinta | |
2011 | "Bertemu Cintaku" | |
"Mengharap Bintang" | Mengharap Bintang | |
2012 | "Percintaan Ini" | |
2013 | "Kerana Kamu" | Single |
2016 | "Demi Cinta" | |
2017 | "Kuasa Cinta" | |
2018 | "Kesetiaan Cinta" | |
2019 | "Luahan Cintaku" | |
2020 | "Leka" | |
2021 | "Jarak Waktu" |
- Duet/Kolaborasi
Tahun | Judul | Artis duet | Album |
---|---|---|---|
1999 | "Andang Cintaku Menyala" | Safura Ya'cob | Single |
2001 | "Dua Insan" | Iva | |
2015 | "Hati Mati" | RJ | |
"Cinta Terakhir" | W.A.R.I.S | ||
2019 | "Lima Aksara" | Zamani | |
2023 | "Akira" | Salma Asis |
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Mami Jarum | Ezad | Filem pertama |
2003 | Mistik | Hakim | |
Mami Jarum Junior | Ezad | ||
2004 | Tangkai Jering | Hashim | |
2023 | Mami Jarum Kembali | Ezad |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Tak Sangka No! | |||
2016 | Veteran Rock | Latiff | TV9 | |
Kecoh Mami Jarum Beraya | ||||
2021 | Kuba Guling Karipap Pusing! | Awesome TV | ||
Balik Ke Idak ? | Astro Ria |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | 7 Hari Mencintaiku 3 | Husin | TV3 | |
Misi Anak Bulan | Rosli | TV9 |
Gegar Vaganza 2015 Sunting
Ezad Lazim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2 pada tahun 2015. Berikut persembahan beliau sewaktu bertanding didalam Gegar Vaganza;
Konsert | Tema | Tugasan Lagu | Ked. |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Mengintai Dari Tirai Kamar" nyanyian Exists | 1 |
Minggu 2 | Aku Dan Lagu | "Butakah Cinta" nyanyian Spring | 3 |
Minggu 3 | Ada Bran? | "Mengerti" nyanyian KRU | 8 |
Minggu 4 | Duet | "Di Sebalik Rahsia Cinta" nyanyian Metropolitan (duet Adira) | 9 |
Minggu 5 | Hits Vaganza | "Gerhana Cinta Luka" nyanyian Iklim | 3 |
Minggu 6 | Kenangan Terindah | "Cinta Melankolia" nyanyian Aan | 2 |
Minggu Suku Akhir | Rockdut (Rock + Dangdut) | "Nakal" nyanyian Gigi | 5 |
Minggu Separuh Akhir | Karok Tarik | "Tiada Lagi Kidungmu" nyanyian Lefthanded | 3 |
Minggu Akhir | Solo | "Nur Nilam Sari" nyanyian Search & Awie (solo) | Tempat Ketiga |
Battle | "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow & SonaOne (battle Haiza) |
All Stars Gegar Vaganza 2023 Sunting
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 10)
Ezad terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Ezad membawakan single Slam iaitu lagu Kembali Terjalin.
Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | Kembali Terjalin | Slam | Ke-9 |
Minggu 2 | Nyanyi Ikut Tekak Sendiri | Potret | Akim & The Majistret | Akan Dikemaskini |
Pencapaian Sunting
Tahun | Acara | Keputusan | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Gegar Vaganza 2 | Menang | Pemenang tempat ketiga. |
2019 | Muzikal Lawak Superstar | Menang | Juara bersama Kumpulan HEART. |
Rujukan Sunting
- ^ "Mahu dikenali Ezad Lazim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2015-10-27.
- ^ Rezeki Exist selepas berpecah