Mohamad Ezam Mohd Nor

(Dilencongkan dari Ezam Mohd Nor)

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia sejak Disember 2022[1]. Beliau mula dikenali apabila terlibat dalam gerakan reformasi 1998 dan menjadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pertama pada 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebanyak dua kali dari 2010 hingga 2013, dan 2013[2] hingga meletakkan jawatan pada 2014[3].

Datuk

Mohamad Ezam Mohd Nor

Fail:Ezam pc.jpg
Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia
Memegang jawatan
14 Disember 2022
Didahului olehTan Chow Kang
Presiden Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK)
Dalam jawatan
2005–2008
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
3 Mei 2010 – 2 Mei 2013
Dalam jawatan
26 Ogos 2013 – 5 Mac 2014
Butiran peribadi
Lahir (1967-04-24) 24 April 1967 (umur 56)
Klang, Selangor
Parti politik Keadilan (1998-2007)
UMNO (2008-2016)
Bersatu (Oktober-Dismeber 2016)
Berjasa (Mei-November 2022)
PRM (November 2022-kini)
PekerjaanAhli Politik

Pendidikan sunting

Ezam dilahirkan pada 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Penglibatan dalam pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Mohd Fadli Che Me
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
1999 Shah Alam Mohamad Ezam Mohd Nor Keadilan 33,075 Mohd Zin Mohamed BN (UMNO) 35,851 30,841
2022 Petaling Jaya Mohamad Ezam Mohd Nor PRM 2,049 Lee Chean Chung PH (Keadilan) 83,311 50,575
Theng Book PN (Bersatu) 32,736
Chew Hian Tat BN (MCA) 23,253
Mazween Mokhtar GTA (Pejuang) 4,052
K. J. John Bebas 461

Latar belakang politik sunting

DI dalam UMNO sunting

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1999.

Beliau pernah menjadi Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan teks ucapan, perancangan politik dan sebagainya. Beliau juga pernah menulis teks ucapan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Di dalam PKR sunting

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton. Ezam adalah bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dari 1999 sehingga 2005. Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang mempertahankan Anwar.

Menubuhkan Gerak sunting

Beliau merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara. Ezam pernah mendakwa memiliki enam kotak dokumen sulit kerajaan. Penyokong beliau ternanti-nanti dan menghadiri ceramah beliau untuk mendengar pendedahan rahsia tersebut. Ribuan hadir dalam ceramah beliau di Kampung Rinching Hilir, Semenyih.

Pada 24 Januari 2004, ketika Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, Ezam mengatur ceramah bersama Gerak. Majlis Pelancaran 'Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di diadakan Markas keADILan Pasir Salak di Permatang Pelanduk . Ceramah ini tidak mendapat permit Balai Polis Teluk Intan . Oleh itu pasukan polis dengan 8 buah trak dengan lebih 200 orang FRU lengkap telah menyerbu ketika Ezam , Muhaimin Sulam, Othman Abd. Rahman dan Kapten Usaili (Adun Bota) berucap. FRU lengkap bersenjata dan water canon.

Memasuki UMNO semula sunting

Beliau dikatakan tidak dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali kerana berlainan cara perjuangan. Baginya Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari arus perjuangan suatu ketika dahulu. [4]

Pada 28 Mei 2008, Ezam memohon menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian dan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.[5][6]

Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 hingga 2016. Kali terakhir beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebelum dilantik semula menyertai Kementerian itu ialah pada tahun 1998. Pada 2 Oktober 2016, beliau mengumumkan untuk keluar dari UMNO setelah gagal melaksanakan trasformasi dalam kerajaan terutama berkenaan OSA. [1]

6 kotak rasuah sunting

Pada 27 Mei 2009, dalam program Hujah di TV9, Ezam menafikan beliau memiliki 6 kotak rasuah yang diwar-warkan semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaliknya kotak itu dikatakan masih di tangan Anwar Ibrahim. Ezam juga kesal pemimpin PAS Husam Musa tidak hadir untuk menjawab persoalan rasuah balak pemimpin PAS pada 1970-an ketika PAS memerintah Kelantan. Sebenarnya yang tidak dapat hadir dalam program Hujah ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi Ezam, kerajaan yang berkuasa sering terdedah kepada rasuah. Hal ini ada dinyatakan oleh Ibnu Khaldun dan Syed Hussein al Attas. UMNO lama berkuasa dan mudah terjebak. Sudah menjadi sunah alam , parti yang berkuasa terlibat dengan rasuah. Pemimpin UMNO sendiri mengaku rasuah memang wujud dalam parti itu.[7]

Gerakan Selamatkan Selangor sunting

Pada 23 Julai 2010, beliau di antara beberapa pemimpin Selangor yang terlibat di dalam 9 program ceramah sempena program 'Roadshow' Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) bermula esok sehingga 8 Ogos 2010.[8]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi PRM yang baharu". Astro Awani. 14 Disember 2022. Dicapai pada 14 Disember 2022.
  2. ^ "Ezam sworn in as senator for second term". Astro Awani. 26 Ogos 2013. Dicapai pada 14 Disember 2022.
  3. ^ "Ezam pengarah komunikasi Kementerian Kewangan". Malaysiakini. 18 Mac 2014. Dicapai pada 14 Disember 2022.
  4. ^ "Mohamad Ezam Mohd Nor", Malaysia kini, Written by Helmi, Friday, 18 July 2008 15:18
  5. ^ Keputusan Ezam 'aneh', kata Wan Azizah, Malaysiakini. 22 Mei 2008.
  6. ^ Najib sambut baik kemasukan semula Ezam dalam Umno, mSTAR Online. 25 Mei 2008
  7. ^ [Program Hujah jam 9.30 malam 27 Mei 2009 bersama Prof. Agus Yusof]
  8. ^ "Umno lancar kempen 'Selamatkan Selangor'", Malaysiakini.com. 22 Julai 2010.
  9. ^ "Peguam Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran". Berita Harian. 4 Jun 2016. Dicapai pada 14 Disember 2022.