F-15S/MTD

(Dilencongkan dari F-15 S/MTD)

McDonnell Douglas F-15 S/MTD (Short Takeoff and Landing/Maneuver Technology Demonstrator) merupakan sebuah pesawat F-15 Eagle yang telah diubahsuai. Dibangunkan sebagai penunjuk teknologi, F-15 S/MTD digunakan dalam penyelidikan bagi mengkaji kesan tujahan vektor dan meningkatkan keboleh-kendalian. Pesawat yang digunakan untuk projek ini berasal dari pesawat pra-pengeluaran TF-15A (F-15B) #1 (dengan nombor siri 71-0290), yang mana merupakan kerangka awal F-15. Ia telah dipinjamkan kepada NASA oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

F-15 S/MTD
F-15 ACTIVE
F-15 ACTIVE
Peranan Pesawat penyelidikan dan penunjuk teknologi
Pengeluar McDonnell Douglas
Penerbangan sulung 7 September 1988
Dihentikan 12 Ogos 1991
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Jumlah dibina 1
Dibangunkan dari F-15 Eagle

Pesawat yang sama telah digunakan dalam program F-15 ACTIVE (Advanced Control Technology for Integrated Vehicles) bermula pada 1993 hingga 1999, dan kemudian dalam program Sistem Kawalan Penerbangan Cerdik pada 1999. Dengan bantuan muncung tujahan vektor, pesawat ini boleh melakukan manuver Pugachev's Cobra yang terkenal.

Sejarah sunting

Pesawat yang digunakan dalam program S/MTD telah terbang beberapa kali sejak kejayaan penyiapan program S/MTD pada 1991 yang menggunakan tujahan vektor dan kanard bagi memperbaiki prestasi pada kelajuan rendah. Pesawat ini telah diuji dengan kaedah berteknologi tinggi untuk digunakan dalam landasan pendek yang mana penting semasa perang. F-15 ini merupakan sebahagian daripada usaha bagi memperbaiki ABO (Air Base Operability atau Kebolehgunaan Pangkalan Udara), ikhtiar hidup pesawat perang dan keupayaan tempur di lapangan terbang yang sedang diserang.

F-15 S/MTD diuji untuk meningkatkan situasi dengan mendemonstrasikan keupayaan untuk mendarat dan berlepas daripada landasan basah dan rosak teruk. Pesawat ini menggunakan kombinasi enjin tujahan yang boleh diundurkan, muncung jet yang boleh dipesongkan sehingga 20 darjah dan kanard. Tujahan dongakan/ muncung undur dan kanard telah dipasang kepada F-15 pada 1988. NASA memperoleh pesawar ini pada 1993 dan telah mengantikan enjin dengan Pratt & Whitney F100-229 dengan muncung tujahan. [1] Kanard diambil daripada penstabil pesawat F/A-18.

Sebelum tahun 1991, apabila McDonnell Douglas menamatkan program selepas menyelesaikan objektif-objektif penerbangannya, F-15 STOL/MTD telah mencapai beberapa keputusan prestasi yang mengagumkan:[2]

  • Pelepasan bervektor dengan putaran ditunjukkan pada kelajuan serendah 42 bsj.
  • 25% pengurangan dalam dongakan pelepasan.
  • Mendarat pada landasan sepanjang 1,650 kaki dibandingkan dengan 7,500 kaki untuk pesawat F-15 standard.
  • Pembalikan tujahan semasa penerbangan bagi menghasilkan nyah-pecut dengan pantas.
  • Penerbangan terkawal pada sudut serangan sehingga 85 darjah tanpa permukaan menegak ekor.

Ciri-ciri khas pada F-15 S/MTD sunting

  • Kanard: Kanard dipasang bagi memperbaiki keboleh-kendalian dalam satah menegak dengan "mengangkat satah hadapan pesawat", dan bukannya "menekan ke bawah bahagian belakang". Dalam sudut serangan tinggi, kanard akan bertindak sebagai brek udara.
  • Muncung tujahan vektor: Dengan menggunakan kombinasi muncung boleh-gerak dan bilah-bilah dalam paip jet, S/MTD boleh mengarahkan ekzos ke depan, ke arah luar atau sudut sehingga 20 darjah kepada paksi pesawat.
  • Gabungan kesan kanard, pengangkat dan muncung: Dengan perisian kawalan penerbangan canggihnya, S/MTD mengkordinasi pergerakkan kanard bagi memberi daya ke-atas, dan satah ekor dan muncung menghasilkan daya-ke bawah semasa bergerak. Ini menghasilkan momen condong lebih besar daripada konfigurasi kenvensional yang mungkin. Keputusannya, keboleh-kendalian berjaya dipertingkatkan.
  • Henti/Mula lebih cepat: Dengan ekzos enjin tujahan vektor dari atas dan bawah muncung dan memusingkan kanard untuk bertindak sebagai brek udara gergasi, S/MTD boleh nyah-pecutan dengan pantas dan memecut laju dengan menggunakan enjin F100 yang berkuasa. Pergerakkan ini mungkin berguna dalam pertempuran udara jarak dekat.

Spesifikasi (F-15 S/MTD) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 64 kaki (19.7 m)
  • Rentang sayap: 42.8 kaki (13 m)
  • Tinggi: 18 kaki 6 in (5.64 m)
  • Sayap luas: 626 kaki² (58.2 m²)
  • Berat kosong: 26,966 lb (12,232 kg)
  • Berat berisi: 44,442 lb (20,159 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 70,400 lb (31,930 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F100-PW-200 enjin turbofan Pratt & Whitney dengan muncung tujahan vektor 2-dimensi 20 darjah, boleh membalikkan tujahan
    • Tujahan kering: 14,360 lbf (63.88 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 23,780 lbf (105.78 kN) setiap satu

Prestasi


Spesifikasi (F-15 ACTIVE) sunting

 
F-15 ACTIVE dengan muncung tujahan vektor 3-dimensi.

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 63.7 kaki, tidak termasuk joran hidung ujian penerbangan (19.42 m)
  • Rentang sayap: 42.8 kaki (13 m)
  • Tinggi: 18 kaki 6 in (5.64 m)
  • Berat kosong: 35,000 lb (15,876 kg)
  • Berat berisi: 47,000 lb (21,319 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F100-PW-299 enjin turbofan Pratt & Whitney P/YBBN dengan muncung tujahan vektor 3-dimensi 20 darjah
    • Tujahan kering: 23,450 lbf (104 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 29,000 lb (129 kN) setiap satu
  • * Muatan bahan api: 11,520 lb (5,225 kg) (kira-kira 1,700 gelen)
  • Rentang ekor mendatar: 28.2 kaki (8.60 m)
  • Rentang kanard: 25.6 kaki (7.80 m)

Prestasi


Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ "NASA Dryden F-15 ACTIVE Graphics Collection". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2009-01-10.
  2. ^ "Contributions of the Langley Research Center to U.S. Military Aircraft of the 1990s". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-02. Dicapai pada 2009-01-10.
  • Aircraft of the World: The Complete Guide.

Pautan luar sunting