F-16 Fighting Falcon

(Dilencongkan dari F-16)

F-16 Fighting Falcon adalah pesawat pejuang pelbagai peranan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh firma General Dynamics untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka sebagai pesawat pejuang ringan, pesawat ini kemudian berkembang dan menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan yang berjaya. Sifat serba boleh ini menjadi sebab paling utama Falcon laris dijual di pasaran eksport, dan kini berkhidmat di 24 negara lain.[3] Pesawat F-16 merupakan program pesawat pejuang Barat terbesar dengan lebih 4,000 buah pesawat dibina sejak pengeluarannya dimulakan pada tahun 1976. Walaupun ia sudah tidak dikeluarkan untuk Tentera Udara A.S., pesawat ini masih dikeluarkan untuk dieksport.[4] Pada tahun 1993, General Dynamics menjual perniagaan pembuatan pesawatnya kepada Lockheed Corporation,[5] yang mana menjadi sebahagian daripada Lockheed Martin selepas penggabungan dengan Martin Marietta pada tahun 1995.[6]

F-16 Fighting Falcon
Pesawat F-16C Fighting Falcon milik Tentera Udara A.S. di ruang udara Iraq pada tahun 2008
Peranan Pelbagai peranan
Pengeluar General Dynamics
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 2 Februari 1974
Mula digunakan 17 Ogos 1978
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
25 pengguna lain (lihat Senarai pengguna pesawat F-16 Fighting Falcon)
Jumlah dibina 4,604 (Jun 2018)[1][2]
Kelainan General Dynamics X-62 VISTA

Fighting Falcon merupakan pesawat pejuang dengan inovasi seperti tenda gelembung tanpa bingkai untuk darjah penglihatan yang lebih baik, tuas kawalan di sisi untuk memudahkan kawalan ketika di bawah Daya G tinggi, dan tempat duduk bersandar untuk mengurang kesan daya G terhadap juruterbang. Ia juga merupakan pesawat pejuang pertama yang dibina untuk dapat menahan pusingan 9-G. Ia mempunyai nisbah tujahan-kepada-berat melebihi satu, memberikan kuasa yang cukup untuk memanjat dan memecut menegak ke atas - sekiranya perlu.[7] Walaupun nama rasmi bagi pesawat F-16 adalah "Fighting Falcon", ia dipanggil oleh beberapa juruterbangnya sebagai "Viper", sempena nama pesawat pejuang bintang dalam siri Battlestar Galactica.[8]

Pembangunan sunting

 
Pesawat F-16CJ Fighting Falcon dengan persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan SEAD.

Pesawat F-16 adalah pesawat berenjin tunggal dan pesawat pejuang taktikal pelbagai peranan. Ia dilengkapi dengan meriam M61 Vulcan pada pangkal sayap sebelah kiri. Pesawat ini kebiasaannya membawa 2 peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, setiap satunya pada rel khas di hujung sayap. Versi pesawat terkini boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat ini boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat, roket atau bom. Senjata-senjta ini dipasang pada tengekkan (pilon) yang terletak di bawah sayap.

Sejak awal lagi, pesawat F-16 bertujuan untuk menjadi satu pesawat yang menjimatkan kos, boleh melaksanakan pelbagai misi dan bersedia pada sebarang masa. Ia lebih ringkas dan ringan daripada pesawat-pesawat yang terdahulu, tetapi mempunyai bentuk aerodinamik dan sistem avionik yang termaju, termasuk pesawat pertama yang menggunakan sistem kawalan penerbangan terbang dengan wayar (mendapat nama gelaran "jet elektrik"), bagi mengekalkan keupayaan yang baik.

Sejarah operasi sunting

 
Pengguna pesawat F-16, pengguna utama dalam warna biru, pengguna kecil dalam warna biru muda, dan pesanan dicadang atau dibatalkan dalam warna kuning.

Israel sunting

 
Pesawat F-16A Netz 107 daripada Tentera Udara Israel dengan 6.5 tanda bunuh ke atas pesawat lain dan satu tanda bunuh ke atas sebuah reaktor nuklear Iraq, satu rekod dunia untuk pesaat F-16[9]

Kejayaan pertama pertempuran udara ke udara bagi pesawat F-16 oleh Tentera Udara Israel (IAF) terjadi di Lembah Bekaa pada 28 April 1981, menentang sebuah helikopter Mi-8 milik Syria, yang mana dijatuhkan dengan menggunakan tembakan meriam.[10] Pada 7 Jun 1981, 8 buah pesawat F-16 Israel yang diiringi oleh pesawat F-15 melaksanakan Operasi Opera, operasi udara ke permukaan penting mereka. Serangan ini menyebabkan kerosakan teruk pada reaktor nuklear yang masih dalam pembinaan di Osirak, berdekatan Baghdad, Iraq. Ia dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Saddam Hussein menggunakan reaktor ini untuk membuat senjata nuklear.[11]

Pada tahun berikutnya, semasa Perang Lubnan 1982 pesawat F-16 Israel menentang pesawat Tentera Udara Syria dalam satu pertempuran udara terbesar yang melibatkan pesawat jet, yang mana bermula pada 9 Jun dan berlangsung sehingga dua hari berikutnya. Pesawat F-16 milik Tentera Udara Israel berjaya memusnahkan 44 buah pesawat dalam pertempuran udara ke udara semasa konflik ini.[10][12]

Pada Januari 2000, Israel melengkapkan pembelian 102 buah pesawat "F-16I" baru dalam satu perjanjian yang bernilai AS$4.5 bilion.[13] F-16 juga digunakan dalam peranan serangan darat di sasaran-sasaran di Lubnan. F-16 Israel juga terlibat dalam Perang Lubnan 2006 dan serangan ke atas Gaza pada Disember 2008.[14] Semasa dan selepas Perang Lubnan 2006, F-16 Israel juga berjaya menembak jatuh dron UAV buatan Iran yang dilancarkan oleh Hezbollah, menggunakan peluru berpandu udara ke udara Rafael Python 5.[15][16]

Pakistan sunting

 
Pesawat pejuang F-16 Pakistan

Semasa Perang Afghanistan-Soviet antara Mei 1986 hingga Januari 1989, pesawat F-16 milik Tentera Udara Pakistan telah menembak jatuh sekurang-kurangnya lapan buah pesawat yang menceroboh daripada Afghanistan. Tiga buah pesawat pertama (sebuah Su-22, sebuah kemungkinan Su-22, dan sebuah An-26) telah ditembak jatuh oleh dua orang juruterbang daripada Skuadron No. 9. Para juruterbang daripada Skuadron No. 14 pula berjaya memusnahkan lima buah pesawat penceroboh yang lain (dua buah Su-22, dua buah MiG-23, dan sebuah Su-25).[17] Kebanyakan pesawat ini dimusnahkan oleh peluru berpandu udara ke udara AIM-9 Sidewinder, dengan sekurang-kurangnya sebuah pesawat Su-22 dengan menggunakan tembakan meriam. Leftenan Penerbangan Khalid Mahmoud diberi kredit kerana berjaya memusnahkan 3 buah pesawat. Sebuah pesawat F-16 telah musnah semasa dalam pertempuran udara yang melibatkan dua buah F-16 dan 4 buah pesawat MiG-23 milik Tentera Udara Soviet pada 29 April 1987; juruterbang F-16 berjaya melenting keluar.[18]

Tentera Udara Pakistan menggunakan armada pesawat F-16 miliknya dalam pelbagai latihan dalaman dan dengan negara luar, seperti latihan "Indus Vipers" pada tahun 2008 yang dilakukan bersama-sama dengan Turki.[19] Sejak Mei 2009, Tentera Udara Pakistan juga menggunakan armada pesawat F-16 mereka untuk menyerang kedudukan militan dan menyokong Tentera Darat Pakistan di dalam operasi di utara dan barat Pakistan menentang Taliban.[20] Setakat November 2011, pesawat F-16 telah membuat 5,500 operasi penerbangan. Lebih daripada 80% daripada senjata yang digugurkan adalah bom panduan laser.[21]

Pesawat F-16 Pakistan juga membuat rondaan di sepanjang sempadan India-Pakistan semasa Konflik Kargil dan semasa ketegangan dengan India pada tahun 2008.[22]

Mesir sunting

Pada 16 Februari 2015, pesawat F-16 Tentera Udara Mesir telah melakukan serangan udara ke atas simpanan senjata dan kem latihan milik tentera mujahidin di Libya bagi membalas dendam akan pembunuhan 21 orang pekerja oleh militan bertopeng yang dikaitkan dengan Islamic State (ISIS). Serangan udara ini membunuh 64 orang pejuang ISIS, termasuk 3 orang pemimpin di Derna dan pantai Sirte.[23]

Turki sunting

 
Sebuah F-16D milik Tentera Udara Turki

Tentera Udara Turki memperoleh pesawat F-16 pertamanya pada tahun 1987. Armada F-16 ini juga telah terbabit di Bosnia dan Herzegovina dan Kosovo sejak tahun 1993 bagi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu.[24]

Pada 18 Jun 1992, sebuah pesawat Mirage F-1 milik Greece telah terhempas dalam satu pertempuran udara dengan sebuah pesawat F-16 Turki.[25][26][27] Pada 8 Februari 1995, sebuah pesawat F-16 Turki terhempas ke dalam Laut Aegean selepas dipintas oleh sebuah pesawat Mirage F1 Greece.[28][29]

Pada 8 Oktober 1996, 7 bulan selepas peningkatan ketegangan ke atas Imia sebuah pesawat Mirage 2000 Greece dilaporkan telah melepaskan peluru berpandu R.550 Magic II dan menjatuhkan sebuah pesawat F-16D Turki[30][31] di Laut Aegean. Juruterbang Turki ini terkorban, sementara pembantunya berjaya melenting keluar dan diselamatkan oleh tentera Greece.[27][32][33] Pada bulan Ogos 2012, selepas sebuah pesawat RF-4E terhempas di pantai Syria, Menteri Pertahanan Turki İsmet Yılmaz mengesahkan bahawa sebuah pesawat F-16D Turki telah ditembak jatuh oleh pesawat Mirage 2000 Greece dengan menggunakan peluru berpandu R.550 Magic II selepas menceroboh ruang udara Greek berdekatan pulau Chios.[34]

Pada 23 Mei 2006, dua buah pesawat F-16 Greece telah memintas sebuah pesawat peninjauan RF-4 dan dua buah pesawat pengiring F-16 milik Turki di luar pantai pulau Karpathos Greece, dalam kawasan Athens FIR. Seatu pertempuran udara berlaku di antara kedua-dua belah pihak, menyebabkan berlakunya perlanggaran di udara[35] di antara pesawat F-16 Turki dan Greece. Juruterbang Turki berjaya melenting keluar, akan tetapi juruterbang Greece telah terkorban di sebabkan kerosakan semasa perlanggaran.[36][37]

Turki menggunakan pesawat F-16 secara ekstensif dalam konflik dengan pemisah Kurds di wilayah Kurdish di Turki dan Iraq. Turki melancarkan serangan merentasi sempadannya buat pertama kali pada 16 Disember 2007, satu permulaan kepada serbuan Turki ke utara Iraq 2008, melibatkan 50 buah pesawat pejuang sebelum Operasi Matahari. Ini merupakan pertama kali Turki melakukan operasi pengeboman pada waktu malam berskala besar, dan juga merupakan operasi terbesar yang dilakukan oleh Tentera Udara Turki.[38]

Semasa Perang Saudara Syria, pesawat F-16 Turki telah ditugaskan untuk melindungi ruang udara di sempadan Syria. Selepas kejatuhan pesawat RF-4 pada Jun 2012 Turki telah mengubah peraturan tempurnya menentang pesawat Syria, mengakibatkan beberapa pesawat tempur Syria ditembak jatuh.[39] Sebuah pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki telah menembak jatuh sebuah Sukhoi Su-24 milik Tentera Udara Rusia di sempadan Syria-Turki pada 24 November 2015.[40]

Lain-lain sunting

 
Pesawat F-16IQ Tentera Udara Iraq

Tentera Udara Diraja Belanda, Tentera Udara Belgium, Tentera Udara Diraja Denmark, Tentera Udara Diraja Norway, Tentera Udara Pakistan, dan Tentera Udara Venezuela telah menerbangkan pesawat F-16 mereka dalam misi-misi tempur.[41][42] Sebuah pesawat MiG-29 telah ditembak jatuh oleh peswat F-16AM Belanda semasa Perang Kosovo pada tahun 1999.[43] Pesawat F-16 Belgiun dan Denmark juga terlibat dalam operasi bersama di Kosovo semasa perang.[43] Armada pesawat F-16 Belanda, Belgium, Denmark dan Norway juga diaturgerak semasa campur tangan di Libya dan Afghanistan pada tahun 2011.[44] Di Libya, F-16 milik Norway telah menggugurkan hampir 550 bom dan menerbangkan 596 misi,[45] dengan 17% daripadanya adalah misi serangan[46] termasuk pengeboman ibu pejabat Muammar Gaddafi.[47]

Kelainan sunting

 
Sebuah F-16A Tentera Udara Portugal dipasang dengan peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, pod AN/ALQ-131 ECM, dan tangki bahan api luar.
 
Ujian menggunakan diverterless supersonic inlet pesawat F-35 pada sebuah pelantar ujian F-16. Salur masuk udara asal dengan plat Splitter ditunjukan pada imej atas.

Model-model F-16 ditandakan dengan kenaikan nombor-nombor blok untuk membezakan tingkat upaya yang telah dilakukan. Blok merangkumi kedua-dua versi satu dan dua tempat duduk. Pelbagai perisian, pekakasan, sistem, keserasian persenjataan dan peningkatan struktur telah dilakukan bertahun-tahun untuk meningkatkan model-model pengeluaran dan retrofit pesawat yang telah diserahkan secara beransur-ansur.

Meskipun banyak pesawat F-16 dikeluarkan berdasarkan rekabentuk blok-blok ini, terdapat juga banyak versi lain dengan perubahan-perubahan ketara, biasanya disebabkan oleh program-program modifikasi. Pengubahsuaian ini juga menghasilkan pengkhususan peranan, seperti versi pengawasan dan sokongan udara rapat. Beberapa model juga dibangunkan untuk diuji dengan teknologi baharu. Rekabentuk F-16 juga menjadi rujukan bagi rekabentuk pesawat lain, yang mana dianggap sebagai pesawat terbitan F-16. Pesawat-pesawat lama F-16 juga diubahsuai menjadi dron sasaran, QF-16.[48]

 
F-16B milik Tentera Udara Venezuela.

F-16A/B sunting

F-16A (satu kerusi) dan F-16B (dua kerusi) merupakan versi pengeluaran awal. Versi ini termasuk versi Block 1, 5, 10 dan 20. Block 15 merupakan perubahan major pertama dilakukan ke atas F-16 dengan penstabil mendatar yang lebih besar. Ia merupakan versi F-16 paling banyak dikeluarkan dengan 475 buah.[49] Kebanyakan F-16A dan B telah menjalani Mid-Life Upgrade (MLU) ke standard Block 20, yang mana keupayaan setara dengan model-model pertengahan C/D.[perlu rujukan]

 
Sebuah F-16I Block 52 milik Israel dengan tangki minyak konformal (CFT), tindak balas elektronik, dan muatan luar lain dalam satu latihan Red Flag di Nellis AFB, NV

F-16C/D sunting

Versi F-16C (satu kerusi) dan F-16D (dua kerusi) mula memasuki pengeluaran pada tahun 1984. Versi C/D pertama adalah Block 25 dengan avionik kokpit yang ditambahbaik dan radar dengan keupayaan dalam semua keadaan cuaca serta peluru berpandu udara ke udara AIM-7 dan AIM-120. Block 30/32, 40/42, dan 50/52 kemudian ditambah dalam versi C/D.[50] Kos seunit versi F-16C/D adalah AS$18.8 juta (1998).[51] Kos operasi bagi setiap jam penerbangan dianggarkan pada $7,000[52] hingga $22,470[53] atau $24,000, bergantung pada kaedah pengiraan.[54]

F-16E/F sunting

F-16E (satu kerusi) dan F-16F (dua kerusi) adalah versi baharu pesawat F-16 Block 60 berdasarkan F-16C/D Block 50/52. Emiriah Arab Bersatu banyak melabur dalam program pembangunannya. Ia memiliki radar Jujukan Imbasan Elektronik Aktif (AESA) AN/APG-80, avionik, tangki minyak konformal (CFTs), dan enjin General Electric F110-GE-132 yang lebih berkuasa.[55][56][57][N 1]

 
F-16E Block 60 milik Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu yang dipasang dengan pod IFTS, CFT, dan pelbagai persenjataan luar sedang berlepas

F-16IN sunting

Dalam Pertandingan MRCA India yang bertujuan untuk membekalkan pesawat baharu untuk Tentera Udara India, Lockheed Martin telah menawarkan F-16IN Super Viper.[60] F-16IN adalah berdasarkan versi F-16E/F Block 60 dan ciri-ciri tangki minyak konformal; radar AN/APG-80 AESA, enjin GE F110-GE-132A dengan kawalan FADEC; sut peperangan elektronik dan unit pencari dan penjejak infra merah (IRST); kokpit kaca yang dinaiktaraf; serta sistem penunjuk lekapan helmet.[61] Setakat tahun 2011, F-16IN tidak lagi berada dalam persaingan.[62] Pada tahun 2016, Lockheed Martin telah menawarkan versi baharu F-16 Block 70/72 kepada India di bawah program Buatan India.[63][64] Pada tahun 2016, kerajaan India telah menawarkan untuk membeli sehingga 200 buah (potensi sehingga 300 buah) pesawat pejuang dalam satu perjanjian bernilai $13–15bn.[65] Setakat tahun 2017, Lockheed Martin telah bersetuju untuk mengeluarkan pesawat pejuang F-16 Block 70 di India bersama dengan firma pertahanan India, Tata Advanced Systems Limited. Baris pengeluaran baharu mungkin akan digunakan untuk membina F-16 untuk India dan eksport.[66]

F-16IQ sunting

Pada September 2010, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan memberitahu Kongres Amerika Syarikat akan kemungkinan satu Jualan Ketenteraan Luar Negara bagi 18 buah pesawat F-16IQ bersama-sama dengan peralatan dan perkhidmatan berkaitan kepada Tentera Udara Iraq yang baharu dibina semula. Jumlah jualan ini dianggarkan pada AS$4.2 bilion.[67]

F-16N sunting

F-16N bertidak sebagai sebuah pesawat musuh yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia berasaskan pada standard F-16C/D Block 30 dan dikuasai oleh enjin General Electric F110-GE-100, serta mampu terbang pada kelajuan superkrus.[68] F-16N memiliki sayap yang diperkuat dan mampu membawa sebuah pod Air Combat Maneuvering Instrumentation (ACMI) pada hujung sayap di sebelah kanan. Meskipun pesawat satu tempat duduk F-16N dan dua tempat duduk (T)F-16N adalah berdasarkan pada kerangka pengeluaran awal pesawat F-16C/D Block 30 dengan inlet kecil, ia masih menggunakan radar APG-66 yang digunakan pada versi F-16A/B. Tambahan lagi, meriam 20 mm telah ditanggalkan, selain mempunyai ASPJ, dan tidak membawa sebarang peluru berpandu. Peralatan EW terdiri daripada sebuah penerima amaran radar, ALR-69 dan sebuah dispenser suar/penyerak, ALE-40. F-16N dan (T)F-16N memiliki sebuah pencangkuk ekor dan giar pendaratan standard Tentera Udara A.S dan tidak boleh beroperasi di atas kapal pengangkut. Jumlah pengeluaran pesawat ini adalah 26 buah, di mana 22 buah adalah versi F-15N satu tempat duduk dan empat buah lagi TF-16N dengan dua tempat duduk. Kumpulan awal pesawat ini mula memasuki perkhidmatan antara tahun 1988 hingga 1998. Pada masa ini, rekahan rambut telah ditemui pada beberapa bulkhead dan pihak Tentera Laut tidak mempunyai sumber untuk mengantikannya, oleh itu pesawat ini akhirnya dibersarakan, dengan sebuah pesawat dihantar sebagai koleksi ke Muzium Penerbangan Tentera Laut Kebangsaan di NAS Pensacola, Florida, dan selebihnya diletakkan dalam simpanan di Davis-Monthan AFB. Pesawat-pesawat ini kemudian digantikan dengan pesawat F-16 milik Pakistan yang telah dihalang penyerahannya pada tahun 2003. Inventori asal F-16N yang sebelumnya dioperasikan oleh skuadron adversari di NAS Oceana, Virginia; NAS Key West, Florida dan bekas NAS Miramar, California. Pesawat terkini F-16A/B dioperasikan oleh Pusat Peperangan Udara dan Serangan Tentera Laut di NAS Fallon, Nevada.[69][70][71]

F-16V Blok 70/72+ sunting

Di Pertunjukan Udara Singapura 2012, Lockheed Martin telah mendedahkan rancangan untuk sebuah versi baharu F-16V di mana singkatan V merujuk pada nama gelarannya "Viper". Ia mempunyai sebuah radar Jujukan Imbasan Elektronik Aktif (AESA) AN/APG-83, sebuah komputer misi dan sut peperangan elektronik, sistem pengelakan perlanggaran darat automatik, dan pelbagai penambahbaikan kokpit; pakej ini merupakan pilihan bagi versi pengeluaran produksi F-16 dan boleh diretrofit pada armada pesawat F-16 sedia ada.[72][73] Penerbangan pertama berlaku pada 21 Oktober 2015.[74] Lockheed dan AIDC telah melabur dalam pembangunan pesawat dan akan berkongsi hasil daripada semua jualan dan tingkat upaya.[75] Program naik taraf ke atas armada F-16 Taiwan bermula pada bulan Januari 2017.[76] Negara pertama yang telah mengesahkan pembelian 16 buah F-16V Block 70/72 baharu adalah Bahrain.[77][78] Pada bulan Oktober 2017, Greece telah mengumumkan program naik taraf ke atas 84 buah F-16C/D Block 52+ dan Block 52+ Advanced (Block 52M) ke versi terkini V (Block 70/72).[79][80] Slovakia telah mengumumkan pada 11 Julai 2018 bahawa ia berniat untuk membeli 14 buah peswat F-16V Block 70/72.[81][82] Lockheed Martin telah mengdesignasi semula pesawat F-16V Block 70 kepada "F-21" dalam tawarannya untuk keperluan pesawat pejuang India.[83] Pada 19 Mac 2019, Tentera Udara Republik China (Taiwan) pula mengumumkan bahawa ia secara rasmi telah memohon untuk membeli tambahan 66 buah pesawat F-16V.[84] Pentadbiran Trump telah meluluskan jualan ini pada 20 Ogos 2019.[85][86] Pada 14 Ogos 2020, Lockheed Martin telah dianugerahkan satu kontrak bernilai AS$62 bilion oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat[87] yang mana termasuk 66 buah pesawat F-16 baharu bernilai AS$8 bilion untuk Taiwan.[88] Pada Februari 2024, majoriti Kongres AS meluluskan penjualan F-16V kepada Turki, selepas negara itu mengesahkan keahlian Sweden dalam NATO.

 
QF-16A milik Tentera Udara A.S, semasa penerbangan ujian pertama tanpa pemandu, di Teluk Mexico

QF-16 sunting

Pada September 2013, Boeing dan Tentera Udara A.S. telah menguji sebuah tanpa pemandu F-16, di mana dua orang juruterbang Tentera Udara A.S mengawal pesawat dari darat sejak dari masa pelepasannya di Tyndall AFB ke Teluk Mexico.[89][90][91]

Pembangunan berkaitan sunting

Vought Model 1600
cadangan versi untuk tentera laut
General Dynamics F-16XL
penunjuk teknologi 1980an
General Dynamics NF-16D VISTA
pesawat ujian 1990an
Mitsubishi F-2
pesawat pejuang pelbagai peranan Jepun berasaskan F-16 pada tahun 1990an

Senarai pengguna sunting

 
Peta dengan pengguna F-16 dalam warna biru manakala bekas pengguna dalam warna merah
 
Sebuah F-16C Blok 52 dari Tentera Udara Greece yang dipasang dengan tangki minyak luar serta sistem IFF (AIFF) terkini

Menjelang bulan Julai 2010, terdapat kira-kira 4,500 F-16 telah diserahkan.[92]

Bekas pengguna sunting

  •   ItaliTentera Udara Itali telah menyewa sehingga 30 buah F-16A dan 4 buah F-16B daripada Tentera Udara A.S bermula pada tahun 2001 sehingga 2012.[93]

Spesifikasi (F-16C Blok 30) sunting

 
Orthographically projected diagram of the F-16.

Data dari Senarai fakta Tentera Udara A.S[94], AerospaceWeb[95] GlobalSecurity.org[96]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 14.8 m
  • Rentang sayap: 9.8 m
  • Tinggi: 4.8 m
  • Sayap luas: 27.87 m²
  • Bentuk keratan rentas sayap: NACA 64A204 root and tip
  • Berat kosong: 8,270 kg
  • Berat berisi: 12,000 kg
  • Berat berlepas maksimum: 19,200 kg
  • Enjin: 1× Pratt & Whitney F100-PW-220 kipas turbo pembakaran lanjut
  • Tujahan kering: 64.9 kN
  • Tujahan dengan pembakar lanjut: 105.7 kN
  • Enjin gantian: 1× General Electric F110-GE-100 kipas turbo pembakaran lanjut
  • Tujahan kering: 76.3 kN
  • Tujahan kering dengan pembakar lanjut: 128.9 kN

Prestasi

  • Kelajuan maksimum:
    • Pada paras laut: Mac 1.2 (1,460 km/j)
    • Di altitud: Mac 2+ (2,414 km/j)
  • Jejari bertempur: 550 km semasa misi penerbangan tinggi-rendah-tinggi bersama 6x bom 1,000 paun (450 kg)
  • Jarak maksimum: >3,900 km
  • Lelangit khidmat >15,239 m
  • Kadar panjat: 254 m/s
  • Beban sayap: 431 kg/m²
  • Tujahan/berat: Enjin F100: 0.898, Enjin F110: 1.095

Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ "How the F-16 fighter jet put Fort Worth on the aerospace map". star-telegram.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
  2. ^ "Lockheed Martin Awarded Contract to Build F-16 Block 70 Aircraft for Bahrain". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2018. Dicapai pada 28 June 2018.
  3. ^ "F-16 Fighting Falcon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 2008-05-29.
  4. ^ Lockheed Martin, Tentera Udara Poland meraikan ketibaan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan F-16 yang termaju di Eropah
  5. ^ Sejarah firma General Dynamics
  6. ^ Sejarah firma Lockheed Martin, 1990
  7. ^ Lembaran fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
  8. ^ F-16 Fighting Falcon, F16, atau Viper?
  9. ^ Record-breaking F-16 Falcon to be retired from IDF service, ynet, 11.2.2015
  10. ^ a b Iskra, Alex. "GD/L-M F-16A/B Netz in Israeli Service." Air Combat Information Group (ACIG), 26 September 2003. Retrieved: 16 May 2008.
  11. ^ Grant, Rebecca. "Osirak and Beyond." Air Force Magazine, August 2002. Retrieved: 8 December 2011.
  12. ^ Schow, Jr., Kenneth C., Lt. Col., USAF. "Falcons Against the Jihad: Israeli Airpower and Coercive Diplomacy in Southern Lebanon." Diarkibkan 2009-03-25 di Wayback Machine Air University Press, November 1995. Retrieved: 16 May 2008.
  13. ^ "F-16 Air Forces - Israel". Dicapai pada 13 September 2014.
  14. ^ Marie Colvin, Tony Allen-Mills and Uzi Mahnaimi. "Israeli jets kill ‘at least 225’ in strikes on Gaza." The Sunday Times, 28 December 2008. Retrieved: 25 October 2009.
  15. ^ "Airframe Details for F-16 #87-1672". Dicapai pada 13 September 2014.
  16. ^ "IAF shoots down hostile drone from Lebanon off Haifa". Jerusalem Post. 25 April 2013.
  17. ^ "PAF F-16 air kills illustrations". PAFwallpapers.com.
  18. ^ "F-16 Air Forces – Pakistan". F-16.net. Dicapai pada 2010-09-08.
  19. ^ Bokhari, Farhan. "Pakistan and Turkey organise air force exercises."(langganan diperlukan) Jane's Defence Weekly, 17 April 2008. Retrieved: 24 April 2013.
  20. ^ Schmitt, Eric. "Pakistan Injects Precision Into Air War on Taliban." The New York Times, 29 July 2009. Retrieved: 30 July 2009.
  21. ^ "PAF conducted 5,500 bombing runs in Fata since 2008". Tribune. PK. Dicapai pada 13 September 2014.
  22. ^ "Indian jets violating Pakistani airspace 'technical incursion', says Zardari (Fourth Lead)". Thaindian News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 13 September 2014.
  23. ^ Chris Stephen. "Egyptian air strikes in Libya kill dozens of Isis militants". the Guardian.
  24. ^ Turkish Air Force "Our History" hvkk.tsk.tr, Retrieved: 3 February 2012.
  25. ^ HUD footage di YouTube
  26. ^ "While engaged by two THK F-16Cs, Sialmas entered a break that was too much for the F.1CG at low level: the aircraft entered a spin and crashed into the sea surface, killing the pilot". Dicapai pada 13 September 2014.
  27. ^ a b Sander Peeters. "Greek & Turkish Air-to-Air Victories". Dicapai pada 13 September 2014.
  28. ^ "F-16 crash heightens tension in Aegean". The Independent. Dicapai pada 13 September 2014.
  29. ^ Greek TV: A pilot of Hellenic Air Force explain how the Turkish F-16 crashed over Aegean Sea di YouTube
  30. ^ "Turkish F-16 jet crashes after Greek interception". Chicago Sun-Times. 9 October 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 8 October 2015.
  31. ^ "Deadly 1996 Aegean clash is confirmed". f-16.net. Dicapai pada 21 November 2015.
  32. ^ Turkish Pilot at 0:46 di YouTube
  33. ^ "F-16 Aircraft Database: F-16 Airframe Details for 91-0023". Dicapai pada 13 September 2014.
  34. ^ Cenciotti, David. "30 years later, Ankara admits Turkish Air Force jet was shot own by Iraq." The Aviationist, 6 September 2012.
  35. ^ Turkish F-16 pilots attitude-2:22 di YouTube
  36. ^ "It will be recalled that on 23 May 2006, a Greek F-16 aircraft crashed into a Turkish F-16". Dicapai pada 13 September 2014.
  37. ^ "Greek F-16 and Turkish F-16 collide - 1 pilot OK". Dicapai pada 13 September 2014.
  38. ^ Gürgen, Murat. "Uçaklar nasıl vurdu?". Vatan, 17 December 2007. Retrieved: 3 February 2012.
  39. ^ "Turkish F-16 jets scramble to intercept 2 Syrian Su-24s". Dicapai pada 13 September 2014.
  40. ^ "Putin calls plane's downing by Turkey 'stab in the back'". CNN. 24 November 2015. Dicapai pada 24 November 2015.
  41. ^ Senior 2002, p. 92.
  42. ^ Winning, Andrew. "Libya: Gaddafi envoy in Europe, exchanging fire in Brega."[pautan mati kekal] Rueters, 4 April 2011. Retrieved: 16 September 2011.
  43. ^ a b Spick 2000, p. 241.
  44. ^ Composante Air, La Défense, Retrieved: 19 February 2014
  45. ^ "Norway withdraws fighter jets from Libya mission: military". defencetalk.com.
  46. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-10. Dicapai pada 2016-07-23.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  47. ^ Ramona Tancau. "Norway involved in Gaddafi bombing". theforeigner.no. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-07. Dicapai pada 2016-07-23.
  48. ^ "Boeing Receives First F-16 For Conversion into QF-16 Aerial Drone." Diarkibkan 1 Jun 2010 di Wayback Machine Boeing, 27 May 2010. Retrieved: 6 September 2010.
  49. ^ Darling 2003, pp. 55–57.
  50. ^ Darling 2003, pp. 58–62.
  51. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AF_fact_sh tidak disediakan
  52. ^ Joshi, Saurabh. "Gripen operational cost lowest of all western fighters: Jane’s Diarkibkan 16 Februari 2014 di Wayback Machine" Stratpost, 4 July 2012. Retrieved: 27 August 2012.
  53. ^ Venlet, David. "F-35 Selected Acquisition Report (SAR) RCS: DD-A&T(Q&A)823–198 Diarkibkan 13 Mei 2012 di Wayback Machine" p84. Defense Acquisition Management Information Retrieval, 31 December 2011. Retrieved: 27 August 2012.
  54. ^ Trimble, Steven. "US Air Force combat fleet's true operational costs revealed Diarkibkan 29 Januari 2012 di Wayback Machine" Flight International, 26 August 2011. Retrieved: 27 August 2012.
  55. ^ Darling 2003, pp. 62–63.
  56. ^ "Dubai 2007: UAE shows off its most advanced Falcons". Reed Business Information Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009. Dicapai pada 13 September 2014.
  57. ^ "Top Falcons: The UAE's F-16 Block 60/61 Fighters". Defense Industry Daily. 19 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2018. Dicapai pada 14 November 2018.
  58. ^ Darling 2003, p. 63.
  59. ^ Piccirillo, Albert C. (2014). Elegance in Flight: A Comprehensive History of the F-16XL Experimental Prototype and its Role in NASA Flight Research. Washington, D.C.: National Aeronautics and Space Administration. m/s. 143. ISBN 978-1-62683-022-6.
  60. ^ Pandey, Vinay. "F-16 maker Lockheed mounts an India campaign." Diarkibkan 30 Jun 2012 di archive.today Times of India, 17 January 2008. Retrieved: 23 March 2011.
  61. ^ "F-16IN page". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2009. Dicapai pada 11 October 2007.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link) Lockheed Martin. Retrieved: 7 August 2011.
  62. ^ Trimble, Stephen. "Tellis: US fighters lost MMRCA contract due to technical faults." Diarkibkan 3 September 2011 di Wayback Machine Flight International, 3 June 2011. Retrieved: 9 September 2011.
  63. ^ "In exclusive deal, India to get 'most advanced' F-16 fighter jets by 2019–20". The Hindu. 11 July 2016. Dicapai pada 11 July 2016.
  64. ^ "F-16 Block 70 Under Make in India". lockheedmartin.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 6 August 2016.
  65. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2017. Dicapai pada 21 June 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  66. ^ Gady, Franz-Stefan. "Lockheed Martin Agrees to Build F-16 Fighter Jets in India". thediplomat.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2017. Dicapai pada 21 June 2017.
  67. ^ "Iraq – F-16 Aircraft." Diarkibkan 28 September 2010 di Wayback Machine Defense Security Cooperation Agency, 15 September 2010. Retrieved: 4 February 2011.
  68. ^ "What it Was Like Flying and Fighting the F-16N Viper, Topgun's Legendary Hotrod". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2018. Dicapai pada 2 February 2019.
  69. ^ "F-16 Versions – (T)F-16N". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  70. ^ "Naval Strike and Air Warfare Center". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 13 September 2014.
  71. ^ Dan Petty. "The US Navy – Fact File: F-16A/B Fighting Falcon Fighter". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  72. ^ Reed Business Information Limited (15 February 2012). "Singapore: Lockheed Martin announces F-16V development". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  73. ^ Seligman, Lara (21 October 2015). "Lockheed's New F-16V Flies With Advanced AESA Radar". Defense news. Gannett. Dicapai pada 7 May 2016.
  74. ^ "First F-16V Developed for Taiwan Requirement Takes Flight". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2018. Dicapai pada 8 January 2018.
  75. ^ Salmonsen, Renée. "Taiwan earns money off Korean fighter jet purchase". taiwannews.com.tw. Taiwan News. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2019. Dicapai pada 7 June 2019.
  76. ^ Gady, Franz-Stefan. "Taiwan Begins Upgrade of 144 F-16 Fighter Jets". The Diplomat. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2018. Dicapai pada 8 January 2018.
  77. ^ "Bahrain order keeps F-16 production ticking over". 25 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
  78. ^ [1][pautan mati]
  79. ^ "Government of Greece – Upgrade of F-16 Aircraft to F-16 Block V Configuration". Defence Security Cooperation Agency (dalam bahasa Inggeris).
  80. ^ "F-16V for the Hellenic Air Force". Lockheed Martin (dalam bahasa Inggeris).
  81. ^ Garrett, Reim (12 July 2018). "Slovakia to purchase 14 Lockheed Martin F-16s". FlightGlobal. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  82. ^ Gould, Joe (18 November 2018). "With F-16 buy, Slovakia 'cutting off' Russian hardware". Defense News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 January 2019.
  83. ^ "AERO INDIA: F16V rechristened 'F-21' for New Delhi fighter deal". 20 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2019. Dicapai pada 23 February 2019.
  84. ^ "Pressured by China's Military Updates, Taiwan Asks US for More Weapons". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 7 April 2019.
  85. ^ Wong, Edward (16 August 2019). "Trump Administration Approves F-16 Fighter Jet Sales to Taiwan". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 19 August 2019.
  86. ^ "Taipei Economic and Cultural Representative Office in the United States (TECRO) – F-16C/D Block 70 Aircraft and Related Equipment and Support | The Official Home of the Defense Security Cooperation Agency". dsca.mil.
  87. ^ "Contracts For Aug. 14, 2020 AIR FORCE". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2020. Dicapai pada 19 August 2020.
  88. ^ "66 new fighter jets to arrive in Taiwan by 2026". Taiwan News. 12 Nov 2019. Dicapai pada 7 Oct 2020.
  89. ^ "Forget drones – F-16 makes unmanned flight". 3 news. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2013. Dicapai pada 13 September 2014.
  90. ^ "First unmanned QF-16 flight takes place". AF. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  91. ^ "Boeing". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2016. Dicapai pada 21 November 2015.
  92. ^ "Lockheed Martin F-16 Is Ready for the Future As The World's Most Advanced 4th Generation Fighter". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  93. ^ Shamim, Asif. "Italian F-16 'Peace Caesar' program comes to an end." F-16.net, 24 May 2012.
  94. ^ "Senarai fakta pesawat F-16 Tentera Udara A.S". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-21. Dicapai pada 2005-10-21.
  95. ^ F-16, Aerospaceweb.org
  96. ^ Spesifikasi F-16, GlobalSecurity.org.

Bibliografi sunting

Pautan Luar sunting

Diarkibkan 2006-08-18 di Wayback Machine


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "N" ada tetapi tag <references group="N"/> yang sepadan tidak disertakan