FC Gelsenkirchen-Schalke 04 e.V. (singkatan FC Schalke 04 atau S04) ialah sebuah kelab bola sepak dari daerah Schalke, Gelsenkirchen, North Rhine Westphalia. Schalke merupakan antara pasukan paling popular di liga Jerman (Bundesliga), walaupun hanya sekadar memenangi beberapa kejayaan utama berbanding ketika zaman kegemilangan mereka pada tahun 1930-an dan awal 1940-an. Pasukan bola sepak ini merupakan sebahagian daripada kelab sukan tempatan yang mempunyai hampir 59,000 ahli (Januari 2007). Aktiviti lain kelab ini termasuklah bola keranjang, bola baling dan olahraga.

FC Schalke 04
Nama penuhFC Gelsenkirchen-Schalke 04 e. V.
GelaranDie Königsblauen (The Royal Blues)
Die Knappen (The Miners)
DiasaskanMei 4, 1904
StadiumVeltins-Arena
Gelsenkirchen
(Kapasiti: 61,482)
PengerusiJerman Josef Schnusenberg
PengurusBelanda Huub Stevens
LigaBundesliga
2011/12ke-3 Bundesliga
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Sejarah sunting

Zaman awal Schalke sunting

Setahun selepas perkembangan pesat di kawasan Schalke dengan industri perlombongan,sekumpulan pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 15 tahun bertemu sekadar untuk bermain bolasepak di satu kawasan lapang berdekatan Gewerkenstrasse di Schalker Markt.Josef Ferse, Wilhelm „Willy“ Gies (aperantis untuk pengeluar alatan dapur Küppersbusch), Johann Kessel, Viktor Kroguhl, Heinrich Kullmann, Adolf Oetzelmann, Josef Seimetz und Willy van den Berg menubuhkan sebuah kelab pada 4 Mei 1904[1], dengan nama Westfalia Schalke .

Bilangan ahli kelab Schalke,seperti juga kelab lain yang bermain di kompleks sukan perbandaran, meningkat dua kali ganda pada akhir tahun pertama penubuhannnya.Pada tahun 1907,bilangan ahli meningkat kepada 40 orang ahli yang dikenakan yuran bulanan sebanyak 5 peni bagi pelajar sekolah dan 10 peni bagi yang telah meninggalkan alam persekolahan.Warna jersi elab pada masa ini berbeza kerana kelab menggunakan warna merah dan kuning sebagai warna jersi pasukan berbanding biru dan putih sekarang.

Pada tahun 1909 Schalke secara rasminya diiktiraf sebagai persatuan dengan berdaftar dengan Pendaftar Persatuan Gelsenkirchen.Pengerusinya ialah Heinrich Hilgert,seorang ketua bahagian timbang di lombong arang batu.

Semasa sunting

Satu kontrak penajaan daripada syarikat tenaga gergasi Russia,Gazprom ditandatangani pada 10 Oktober 2006 di Dresden . Bermula 1 Januari 2007 logo Gazprom akan kelihatan di jersi pemain untuk 5½ tahun seterusnya. Penaja akan menyumbang sekurang-kurangnya 60 hingga 66 juta Euro,dengan pilihan sehingga 100 juta Euro jika berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu,kerjasama lebih erat akan dijalinkan antara Schalke dan kelab Liga Russia, Zenit St. Petersburg.

Stadium sunting

 
Veltins Arena

Stadium kelab ini dikenali sebagai Veltins-Arena di bawah satu perjanjian penajaan dengan brewery, telah disiapkan pada musim panas tahun 2001 dan mempunyai kapasiti 61,482 tempat duduk. Schalke sering habis menjual semua tiket kepada para penonton dengan meluas dianggap sebagai paling moden dan kemudahan serba guna terbaik di Eropah. Kemudahan tersebut dahulu dikenali sebagai the Arena AufSchalke dan mengantikan Parkstadion (capacity 71,000) dibina pada 1973. Sebelum ini kelab telah bermain perlawanan-perlawanannya di Glückauf-Kampfbahn dibina pada 1928 dengan kapasiti 35,000. Kemudahan telah digunakan untuk perlawanan amatur pada tahun-tahun akhir dengan pengurangan kapasiti hanya 5,000.

Kejuaraan sunting

Domestik sunting

Juara (7): 1934, 1935, 1937, 1939, 1940, 1942, 1958
Naib juara (9) 1933, 1938, 1941, 1972, 1977, 2001, 2005, 2007, 2010
Juara (5): 1937, 1972, 2001, 2002, 2011
Naib juara (7): 1935, 1936, 1941, 1942, 1955, 1969, 2005
Juara (1): 2005
Naib juara (3): 2001, 2002, 2007

Eropah sunting

Juara (1): 1997
Juara (1) 1968
Juara (2): 2003, 2004

Pemain sunting

Skuad semasa (2011/12) sunting

Penjaga gol Pemain pertahanan Pemain tengah Penyerang
01 Ralf Fährmann   Jerman
33 Mathias Schober   Jerman
34 Timo Hildebrand   Jerman
36 Lars Unnerstall   Jerman
02 Hans Sarpei   Ghana   Jerman
03 Sergio Escudero   Sepanyol
04 Benedikt Höwedes Templat:Kapitän   Jerman
06 Tim Hoogland   Jerman
14 Kyriakos Papadopoulos   Yunani
21 Christoph Metzelder   Jerman
22 Atsuto Uchida   Jepun
23 Christian Fuchs   Austria
10 Lewis Holtby   Jerman
11 Alexander Baumjohann   Jerman
12 Marco Höger   Jerman
13 Jermaine Jones   Amerika Syarikat   Jerman
18 José Manuel Jurado   Sepanyol
24 Peer Kluge   Jerman
28 Christoph Moritz   Jerman
30 Lewan Qenia   Georgia (negara)
31 Julian Draxler   Jerman
32 Joel Matip   Cameroon   Jerman
07 Raúl   Sepanyol
08 Ciprian Marica   Romania
17 Jefferson Farfán   Peru
19 Chinedu Obasi   Nigeria
20 Teemu Pukki   Finland
25 Klaas-Jan Huntelaar   Belanda

Rujukan sunting

  1. ^ Persatuan juga menamakan 20 Mei sebagai tarikh penubuhan, menurut sumber lain pula,penubuhannya adalah awal tahun 1904 atau musim panas 1904. Kad ahli Heinrich Kullmann -salah seorang ahli terawalnya-mencatatkan Oktober 1904 yang memungkinkan kelab ini ditubuhkan pada waktu tersebut. Tarikh 4 Mei dipilih,dalam tahun 1960-an,sebagai tarikh rasmi penubuhan kelab ini,(lt. Website „100 Schalker Jahre“

Pautan luar sunting