Felda Kesidang Jengka 8

(Dilencongkan dari FELDA Kesidang Jengka 8)

FELDA Kesidang Jengka 8 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak antara dua bandar iaitu kira-kira 16 KM dari Bandar Jengka, dan 30 KM dari Jerantut Pahang

Jengka 8 juga dikenali dengan nama Felda Kesidang merupakan sebahagian daripada gugusan Felda Jengka yang mempunyai 25 buah jengka. Jengka 8 terletak kira-kira 30 km dari bandar Jerantut yang menjadikannya felda jengka paling hampir dengan bandar tersebut. Tanah rancangan Felda yang asalnya dipenuhi dengan ladang getah ini juga tidak jauh dari Bandar Jengka, iaitu kira-kira 16 km (arah ke Maran-Kuantan). Setelah proses penebangan pokok-pokok getah dilakukan bagi menggantikannya dengan pokok baru, sebahagian besar daripada penduduk di sini telah memilih untuk menanam pokok sawit pula.

Selain kawasan pertempatan untuk keluarga peneroka, terdapat juga satu kawasan perumahan untuk para pekerja kilang sawit.