Felda Soeharto

(Dilencongkan dari FELDA Soeharto)

FELDA Soeharto atau Kampung Soeharto ialah sebuah pekan di 44010 Kuala Kubu Bahru,Hulu Selangor Selangor, Malaysia. Felda Soeharto terletak di bawah pentadbiran Felda Wilayah Trolak.

FELDA Soeharto

Luasnya 2909.35 hektar dan penerokanya seramai 119 orang dan bertambah kepada 635 orang. Tanaman utama ialah kelapa sawit. Sebahagian Felda Soeharto ini bermukadi Hulu Bernam,Tanjung Malim,Perak.

Felda ini berhampiran dengan sempadan Selangor/Perak yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Felda ini bersebelahan dengan kampung tradisional Melayu, Kampung Gedangsa,Sungai Dusun. Kampung Gesir,Kampung Seberang, Seri Keledang, dan FELDA Sungai Tengi . Felda ini kira-kira 125 km dari ibu kota Kuala Lumpur. Kawasan ini menerima skim pengairan Sungai Bernam dan Sungai Panjang.

Asal usul nama sunting

Ia dinamakan bersempena dengan bekas presiden Indonesia, Soeharto, yang telah melawat kampung ini pada 18 Mac 1977, dua belas tahun selepas Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1962-1966. Felda Sungai Dusun telah ditukar nama kepada Felda soeharto.Pengurus Felda ketika itu ialah Yusuf bin Sharif (1962). Turut mengiringi beliau ialah Tun Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia.

Pada 1978 Soeharto telah melawat pulau Labuan bagi merapatkan lagi hubungan Indonesia-Malaysia yang tegang akibat 'Ganyang Malaysia'.[1]

Peneroka sunting

 
Ladang kelapa sawit dekat FELDA Soeharto

FELDA ini mulanya menempatkan peneroka ladang getah pada 1962 dan kemudian ditanam semula dengan kelapa sawit.Kontraktor telah membina rumah-rumah penempatan daripada kayu untuk diduduki oleh para peneroka Felda.

Para peneroka berasal dari negeri Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang dan Perak. Kebanyakannya keturunan Melayu, Jawa dan Banjar. Kaum India seramai 21 keluarga.[2]

Galeri sunting

Rujukan sunting