FIFA Ballon d'Or (Sebutan bahasa Perancis: [balɔ̃ dɔʁ], "Bola Emas") merupakan anugerah tahunan bola sepak yang diberikan kepada pemain bola sepak lelaki terbaik dunia yang diadakan di antara tahun 2010 hingga 2015. Dianugerahkan oleh FIFA dan France Football, anugerah ini merupakan gabungan kepada anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Ballon d'Or, dua anugerah tertinggi yang memberi penghormatan kepada individu dalam sukan bola sepak, dengan perjanjian yang dilaporkan dipersetujui sebanyak £13 juta[1]. Anugerah FIFA Ballon d'Or diberikan berdasarkan kepada undian daripada wartawan antarabangsa, serta kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, yang mengundi calon-calon pemain yang dirasakan telah memberikan prestasi yang sangat mengagumkan untuk tahun sebelumnya.

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi, bergambar pada tahun 2011, mendominasi anugerah ini.

Enam edisi anugerah FIFA Ballon d'Or ini didominasi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Messi memenangi edisi pertama anugerah ini pada tahun 2010, sebelum mempertahankan anugerah ini pada tahun berikutnya. Ronaldo, yang bermain untuk Real Madrid, memenangi anugerah ini untuk dua tahun berikutnya. Edisi terakhir FIFA Ballon d'Or dimenangi Messi pada tahun 2015. Selepas itu, kedua-dua badan yang mengendalikan anugerah ini bersetuju untuk menamatkan kerjasama; pada tahun 2016, France Football memperkenalkan kembali Ballon d'Or menggunakan format lama, manakala FIFA pula memperkenalkan anugerah The Best FIFA Men's Player[2].


PemenangSunting

Tahun Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga
2010   Lionel Messi (Barcelona)   Andrés Iniesta (Barcelona)   Xavi (Barcelona)
2011   Lionel Messi (Barcelona)   Cristiano Ronaldo (Real Madrid)   Xavi (Barcelona)
2012   Lionel Messi (Barcelona)   Cristiano Ronaldo (Real Madrid)   Andrés Iniesta (Barcelona)
2013   Cristiano Ronaldo (Real Madrid)   Lionel Messi (Barcelona)   Franck Ribéry (Bayern Munich)
2014   Cristiano Ronaldo (Real Madrid)   Lionel Messi (Barcelona)   Manuel Neuer (Bayern Munich)
2015   Lionel Messi (Barcelona)   Cristiano Ronaldo (Real Madrid)   Neymar (Barcelona)


RujukanSunting

  1. ^ "Ballon d'Or changes announced in attempt to loosen Lionel Messi and Cristiano Ronaldo stranglehold". The Independent. ESI Media. 20 September 2016. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  2. ^ "Ballon d'Or and Best FIFA Men's Player awards explained". Sky Sports. Sky Media. 12 Disember 2016. Dicapai pada 24 Mei 2017.


Lihat jugaSunting


Pautan luarSunting