FML merupakan kumpulan duo lelaki yang berasal dari Malaysia.

FML
Berasal dariMalaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2020 – kini
Syarikat rakaman
Faithful Music
Pengkarya berkait
Faizal Tahir, Siqma, Shahida Supia, Seachains & Nhật Hoàng
AhliFahimi Rahmat
Mal Hamka

Mereka terkenal dengan lagu single pertama mereka iaitu Sinar yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Karier sunting

FML merupakan hasil gabungan nama Fahimi dan Mal serta nama mereka pernah menjadi kontroversi kerana membawa maksud lain dalam urban dictionary. Mereka berdua mula rapat setelah bertukar nombor antara satu sama lain kerana mengagumi bakat dan suara dalam bidang musik bahkan menghasilkan beberapa cover sebelum mendapat perhatian Faizal Tahir [1].

Bagi single Sinar, FML telah terlibat dalam projek JOOX iaitu JOOX Originals bersama Faizal Tahir sebagai Super Producer [2].

FML juga bernaung di bawah syarikat rakaman Faizal Tahir iaitu Faithful Music dan mereka juga pernah mengeluarkan single Payung Terjun bersama Faizal Tahir pada 24 Julai 2020. [3] [4]

Pada 25 Jun 2021, FML telah mengeluarkan lagu single terbaru mereka yang diberi nama "Sepertiga". Lagu ini telah dihasilkan oleh salah seorang ahli kumpulan FML sendiri iaitu Fahimi bersama saudara kembar beliau Firdaus Rahmat. [5]

FML telah mengeluarkan lagu single terbaru mereka Call You Mine pada 14 Januari 2022. Mereka telah berkolaborasi dengan rapper terkenal dari Vietnam iaitu Seachains dan Nhat Hoang. [6] Pada Mac 2022, FML telah mengeluarkan single Call You Mine dalam versi Bahasa Melayu. [7]

Ahli sunting

  • Muhammad Ikhmal Mohd Hamka atau Mal
  • Muhammad Fahimi Rahmat atau Fahimi

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Album Nota
2020 Sinar Single
Payung Terjun menampilkan Faizal Tahir
Dipinggirkan menampilkan Siqma
Caramu menampilkan Shahida Supia
2021 Sepertiga
2022 Call You Mine menampilkan Seachains & Nhật Hoàng
Call You Mine (Versi Melayu)

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting

  • FML di Instagram